Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Monday, August 5, 2013

Habis.

kalau Ramadhan ni macam study break,
aku rasa aku lah budak yang study last minute tu.

Kalau Syawal ni permulaan exam yang akan berlangsung selama 11 bulan,
aku tak tahu lah aku boleh cemerlang tak exam kali ni.

Study break dah nak habis ni, aku rasa cara aku study tak tersusun, tak ada stratergi, tak efektif.

Habislah aku exam kali ni. Habis.

Sunday, March 17, 2013

saat nanti

Saat kamu pergi nanti,
moga sempat aku riba kepalamu,
belai rambutmu,
tatap wajahmu,
cium dahimu,
dan katakan yang aku sayang kamu,
hingga kita ditemukan kembali berehat di pohon-pohon istanamu di syurga.

Dari saat ini, hingga saat nanti,
aku berjanji akan menjadi anak mu yang berbakti,
menceriakan detik hidupmu,
mencerahkan bilik penantianmu,
berusaha memudahkan lintasan titianmu.

Sungguh, tiada yang lebih berbakti pada roh dan jasadku,
selain kamu berdua.


**

Buat yang telah pergi, kita doakan semoga ditempatkan bersama orang-orang soleh dan dikasihi Allah. Satu peringatan untuk aku; hargai ibu ayah yang masih lagi hidup bersama kita.

Buat sahabat-sahabat, kuatkan jiwa.

Thursday, January 3, 2013

Duit

"Kenapa nak naikkan sewa doktor? kami duduk sini lama dah. Bukan ke kami ni dah macam anak doktor?"

"Masa berubah, kos hidup pun dah berubah anak oi. Sejak Mesir revolusi ni, kawasan ni makin maju. Tak lama lagi Mansurah ni nak sama taraf dengan Tokyo dah." kata tuan rumah dengan muka stern.

"Kalau ya pun, mana boleh naik beratus macam tu. Ni dah increment lebih 300%, Mana logik?"

"Dah nak buat macam mana, aku bukan suka-suka, tapi land value dekat sini memang dah naik. kau ingat apa, sia-sia lah aku professor of economics dekat universiti kau tu. Malu tahu kawan-kawan aku semua cakap diorang naikkan sewa untuk budak Malaysia. Mana aku nak sorok muka?"

Kami tunduk. Tak ada hujah balas.

"Lagipun, Rumah akhwat Malaysia depan ni sewa dia LE1600. Cuba banding dengan sewa korang?"

"Mak aih, 1600? hampeh punya adik-adik"

Pasrah.

Perbualan berdasarkan kisah benar.

Aduhai adik-adik. Kalau benar pun korang mampu, kami ni tak lah sangat. Kalau dah sewa tu lebih LE1300 ke, tak payahlah akad. Aduhai.

Abang nak simpan duit untuk kahwin. Tahu?

Sunday, December 30, 2012

Solat

"...Ghoiril maghdu bi'alaihim, walad Dhoollin. Ameen."


'Eh, hemiplegia dengan paraplegia ni lebih kurang jugak kan tadi..'

'Lepas ni aku kena makan cepat-cepat, nanti sambung stroke pulak. kalau tak, nganga aku jawab soalan esok'

'Tapi erm, otak aku penat jugak ni. Kena tidur dulu kot.'


"Allahu Akbar!"


"Subhana Rabbial 'Azimi wabihamdih"

'Allah dah ruku'. Ya Allah apa aku fikir ni? Kalau masa tak solat dah fikir pasal dunia, tak kan lah masa solat pun nak fikir hal remeh dunia kau tu? aduhhh'


"Sami'Allahu limanhamidah"



'Astaghfirullahal'azeem!'

Monday, December 24, 2012

Realiti

Entahlah, aku pun dah tak tahu mana nak lari. Lari dari realiti yang kadangkala boleh tarik kita jauh ke jurang-jurang laut hitam kelam. Mujur ada orang-orang tersayang, menghulur tangan, tarik dari lemas, berkongsi haba, sama-sama elak dari hypothermia dunia.

Bila masuk ke pengakhiran kuliyah begini. Biasalah. Kaki rasa berat, hati rasa penat, otak pula tak pun makin likat. Ilmu dah cuba dilumat, cuba disumbat. tak jugak lekat. Hampa tahu?

Dan mulalah bila motivasi jatuh, mainkan lagu hobbit, pejam mata dan bayangkan berjalan di tepi sungai indah Hobitton. Hah, lari dari realiti memang kepakaran aku.

Tapi tak apa lah, melawat fantasi itu biar sebentar. Tak perlu lagi lari dari realiti. Larilah sejauh mana pun, dia tetap akan kejar. Sedar-sedar dah depan mata.

Berhenti lari dari realiti. Sekarang aku nak lari ke arah realiti!

Friday, October 19, 2012

Lagu hati

Benar hidup tidak seindah lagu,
Riang-ria menghidupkan kalbu.
Kadang-kala berkumandang teman pengganti,
Kehilanganmu amat ku kesali.

Kadang-kala ku rasa ini semua salahku,
Tanpa kudrat untuk beradu.
Kadang-kala aku resah hati,
Fikirkan yang aku seharusnya kuatkan hati.

Selamat jalan duhai sahabatku,
Perjalanan tetap berduri seperti dahulu.
Tegapkan jiwa tabahkan hati,
Tiba masa kita bersua lagi.


Wednesday, October 3, 2012

Kitalah Cyborg

Tulang kita keras, kuat. Namun boleh rapuh, patah. Jantung kita gagah. Tapi pasti akan mengalah, pecah. Tidak kira fizikal mahupun perasaan, hati kita berdaya, kalbu kita cahaya, mampu mengalas bebanan kimia dan juga persekitaran. Sebaliknya ia juga boleh putus asa, putus harapan. 

Badan kita dibina berasaskan keunikan. Sistem jantung akan berhenti, organ hati akan rosak. Tetapi ia hanya akan berlaku jika terdapat satu penghinaan kimia mahupun trauma yang dahsyat kepada badan. Contoh, cuba bunuh diri dengan menelan 40 biji paracetamol setelah ditinggalkan cinta? itu benar benar satu penghinaan, hina hati untuk proses menyah toksik. Hina Tuhan kerana menyangka diri tak disayangi-Nya.

Jika menjauhi sebarang bentuk pencelaan. Badan mampu merawat diri tanpa kita sedar. Melawan virus dan bakteria. Merawat luka hirisan pisau. Menghadam makanan sambil menyimpan nutrien penting dan tinggalkan yang lain. Meletakkan had air dalam badan, had gula dalam darah, had hormon untuk dikeluarkan. Siapa kata cyborg tidak wujud, kitalah cyborg, merawat diri yang luka, membela nasib tercela.

Itu apa yang aku belajar dalam rotasi tulang. Aku perhatikan, sakit itu tiada siapa mampu rawat selain Tuhan. Apa yang kita mampu buat adalah memanipulasi badan untuk merawat diri berasaskan sistem dan skematik ciptaan-Nya. Kita tak mampu untuk jahit tulang bila patah, kita hanya kekalkan tempat anatomi asal dan harapkan tulang bergabung semula. Benar ada ubatan kimia yang mampu mengubah hala tuju penyakit, namun ia hadir dengan harga komplikasi yang berbagai. Terbukti kini cara terbaik merawat badan adalah dengan membantu diri kita merawat diri sendiri.


Buku pasti akan habis, dakwat akan hilang, jam akan berhenti, air akan kering, panas akan redup, cahaya akan malap, empayar runtuh. Dunia pasti akan berubah, dan terus berubah. Situasi dalam badan juga tak pernah statik, ada sel mati, ada sel baru, ada sel dibunuh badan, dan ada juga sel membunuh badan.

Badan kita istimewa. Panjatkan syukur kadang-kala kita leka. Tidak ingat pada koordinasi teratur tanpa cacat, hasil inovasi Yang Maha Esa. Tuhan Pencipta Sekalian Alam. Allahu Rabbi. 

Wad Orthopedik penuh dan terpaksa menempatkan pesakit di koridor. Pakcik baju kelabu tu patah tulang kaki -nya dan ada besi yang diletak di sekeliling kaki untuk tetapkan kaki di kedudukan anatomi.

Friday, September 28, 2012

Bone thief

One week in orthopedics rotation. At first I thought I was on a verge of a new discovery, a glimpse on what I'll be doing later on with my life. The sight of bone within flesh. The sound of the drilling. The sweats on the my attending's forehead. The screwing. The hammering. The titaniums. Hah.

And then on the second day I saw an amputated leg. Osteosarcoma. A middle aged man. And a young women, having a bone biopsy, suspecting again; bone cancer. I had second thoughts. Although, wherever we go in medicine, it is there. No way to run. But the idea of our patient blaming us for the rest of their life for cutting out their leg, or hand. Is theoretically unbearable.  

I saw an operation to repair a dislocated calcaneus on a thief, who originally acquired the injury by jumping off a wall running from the police. I saw the Anterior Cruciate Ligament of the knee being repaired without even doing an incision, just by pocking holes, Tendon grafting. I saw amazing things being done.

Maybe Orthopedics, maybe. Lets finish up whats in front of us first. 

A femur prosthetic, this was in a patient once; said my lecturer.

Friday, August 3, 2012

"Solat pun nak main aci ligan?"

"Ramai orang dekat surau pa? sampai bahagian perempuan melimpah keluar ni ha.
Dulu time macam ni dah tinggal tiga saf, ni penuh lagi. Ramai orang pindah sini ke?"

"Budak-budak dulu dah makin besar, kira sekarang sini dah jadi kampung"

Jawapan yang legit.

Dulu aku lah budak hingusan yang bising di belakang surau main tiang lepas isyak, lepas tu pergi kedai Cina dekat dengan padang Damak pergi beli mercun mancis dan berpesta di padang sampaikan uncle Cina duduk depan padang pun keluar marah-marah. Main thunder clap tepi surau sampaikan bila meletup terkedu imam tengah baca surah sebab terkejut. Tukang kemas dapur buat air teh nak dapat elaun moreh, tambah bajet nak beli mercun.

Sekarang aku lah budak hingusan yang senyap dan hanya senyum bila bersalam. Kaget juga rasa bila setahun sekali balik berjumpa orang kampung. Kawan-kawan yang main mercun sekali entah kemana. Dunia facebook tanpa sempadan pun tak dapat main peranan.

Dan aku lah budak hingusan yang sentiasa pelik bila berjemaah di Malaysia tanah tumpah darah janji ditepati ni. Susah sangat nak rapatkan saf bila bersolat. Jarak antara jemaah tu ada yang lebih 5 inci. Nak tegur satu saf sungguh aku hanya budak. Tapi bila kita mahu rapatkan dengan orang ditepi, makin kita rapat, makin diajak rapat, makin dia lari ke tepi, makin menjarakkan diri. Nak solat pun boleh main aci ligan?

Aku faham, mungkin rapat tu nanti bila bersujud atau duduk tahiyyat tidak selesa. Tapi hilanglah berkat dan kebaikan jemaah jika saf itu tak dirapatkan.

Ingat kisah tentera Islam semasa zaman Umar RA. Tentera Islam semasa itu buntu mencari kemenangan. Semua berperang di siang hari dan beribadah di malam hari, namun belum mencapai kemenangan. Bila diteliti, ada dua perkara ringan yang diabaikan, tidak bersugi/membersihkan mulut sebelum solat, dan tidak merapatkan saf.


Rapatkan saf solat kita. InsyaAllah dengan berkat dan izin-Nya, tak bergaduh dah kita di bumi janji ditepati ni. Bergaduh sana-sini macam tak ada agenda lain.

Monday, July 30, 2012

Sahur Sampah


Bulan Ramadhan bulan mulia. Seminggu aku berpuasa di bumi Mansurah, seminggu itulah aku jadi surirumah. Bila imtihan dah khalas, sahabat serumah dah balik, kita yang gatal nak tinggal. Konon boleh mencari diri di bulan mulia, tingkat ibadah dari bulan biasa, berkat rahmat tanah penuh sejarah. Tapi, itulah, perancangan sebelum ni tak semua yang menjadi. Dulu siap rancang nak buat kek pelangi masa cuti duduk sorang, akhir sekali sekaya kuih masakan ibu pun hangus dicemari tangan aku yang rakus. Rosak makanan Melayu yang manis dan harmoni.

Aku sahur di rumah orang, aku berbuka di rumah orang, aku mandi tidur di rumah orang. Masak saja di rumah sendiri. Jadinya memang rutin aku bawak bekas berisi lauk dalam bag hijau 'please recycle' sangkut di bahu macam Mak Cik Hamidah balik beli ikan tenggiri dari Pasar Besar Cik Kiah berjalan ke arah Syari3 Makkah depan Abo Rayya. Dan sememangnya jadi rutinlah aku lalu depan pemuda-pemuda mesir ber-galabiya sambil memegang bag tangan serupa macam bag hijau please recycle aku cumanya bag mereka bertulis 'muhandeseen cement' duduk di hadapan masjid putih tepat jam 6.30pm, 20 minit sebelum berbuka. Aku tak pasti macam mana diorang boleh buat bag tangan dari bag cement, kalau copyright-kan mungkin boleh dapat royalti. Ni belum kes buat seluar dalam dari bag cement lagi, macam dalam buku Yacoubian Building tulisan Alaa Al-Aswany. Dia orang Mesir, dia mesti lagi tahu.

Apa yang buat aku fikir pasal syabab ber-beg cement ni adalah, mereka memang hari-hari akan tunggu di tepi jalan beramai-ramai, mungkin mengharapkan kalau ada kerja binaan atau angkat pasir atau apa saja, mereka akan dipanggil. Itu sistem yang aku faham. Aku tak tahulah betul salah, teringin juga nak pergi bersembang cumanya tak berkesempatan lagi. Rasa macam invading private space pulak dah lah tak kenal. Tapi di situlah mereka duduk dari pagi hingga berbuka, mungkin juga menanti makanan dari masjid, tapi ada juga mulut dah mengunyah sebelum waktu berbuka. Entahlah. Husnu Zhon. Kasihan sebenarnya, sebab ada semua lapisan umur, dari remaja hingga ke muka bapa anak lima. Maksudnya, once you are in, you'll never go out. Once a Syabab Galabiya, always a Syabab Galabiya. Mana pergi sekolah, mana pergi belajar, mana pergi masa depan. Tak ada dalam kamus. Maaf. Tapi aku doakan mana tahu ada yang jadi tauke cement nanti. Syukur.

Itu berbuka, sahur pun aku merantau juga. Biasalah takut makan sorang. Kembara ke rumah sahabat pukul 2.30am amat menenangkan. Sejuk, tak ada orang, tak ada syabab galabiya tenung bag hijau please recycle yang ada rendang ayam baru siap masak. Tapi yang aku perasan, tepat jam 2.30am ni, di tempat pelupusan sampah istaad gam3ah, yang mana bulan puasa ni makin besar pulak kawasan dia ambil. Tepi jalan macam biasa, Mesir. Akan ada seorang pak cik naik basikal tua banyak gantung plastik berbalut kepala dengan serban tercari-cari sesuatu dalam timbunan foul to3miyyah hadarol maut koshary rendang ayam tak habis buka tadi yang dah dibuang. Dia belek, nampak elok, dia makan. Dia belek, nampak sedap, dia minum. Hebat tak hebat. Kita sahur western mash potato french toast sosej. Pak cik tu sahur makan zibalah, sampah. Minum jus mangga basi yang kita buang. Makan kurma masam yang kita buang. Hebat tak hebat. Dan tempat pak cik ni sahur, betul betul tengah jalan, ada orang sahur dekat Ceaser mesti nampak, jalan depan istaad mesti nampak, jalan pergi abo raiya mesti nampak. Tapi tak seorang pun hulur air bersih, makanan bersih. Tak seorang pun, termasuk aku. Terfikir, tapi jadi takut. Takut pak cik tu ego. Takut orang ramai tegur. Takut dengan reaksi. Pengecut, aku pengecut.

Seminggu aku puasa di bumi Mansurah. Seminggu aku jadi suri rumah. Basuh peti ais sorang-sorang bila nak tinggal rumah sebulan balik bercuti di malaysia sangat seksa. Nanti isteri kemas rumah, aku tolong, aku tahu penat. Nanti isteri masak aku tolong potong bawang, aku tahu pedih mata. Nanti isteri basuh baju aku tolong sidai, aku tahu perasaan malas nak sidai baju. Sudah, tamat promosi saya jejaka meterial suami dekat bakal isteri. Nanti kata-kata hanya tinggal mimpi, hanyut. Tulisan ni jadi saksi.

Kesimpulan seminggu bersuri-rumah di bulan puasa. Tak usahlah kita tunggu untuk buat sesuatu, beribadah terutamanya. Tunggu tak kemana kita. Tangguh tak kemana kita. Tangguhlah baca Quran, nanti lagi banyak nak kena cover. Tangguhlah solat tarawih, nanti takbeer lah atas tilam. Jangan tunggu macam syabab galabiya, mulakan langkah, cari pedoman, cari ibadah, cari kerja, cari halawatul Iman.

Jangan jadi macam aku, dan semua orang yang nampak pak cik sahur makan sampah. Jika anda rasakan benda baik perlu dilakukan, perkara betul harus ditegakkan. Jangan berniat saja, nanti menyesal. Pecah persepsi orang, mereka tak mahu lihat, mereka pejam mata, kita buka, kita bantu, kita hulurkan tangan. Jangan buat kesilapan macam aku. Jangan aku ulang kesilapan yang sama. InsyaAllah.

Semoga selamat sampai di bumi Malaysia.
Semoga selamat bumi Malaysia. 
Janji ditepati.


Saturday, June 30, 2012

The fact

The fact that, in the exams, 90% of the questions will come out from the accumulation of 5-10% of classes you missed, chapters you didn't manage to read, and pages that you skipped. True story.

The fact that Obs and Gyn essays was so cruel, I cried my skin out trembling for not knowing what to 'shoot'. 

The fact that exams and normal life routine is not compatible. I constantly change my circadian rhythm and study times, daily.   

The fact that I miss writing, as much as going out for a jog or rugby. I think my love handle is turning into a Harley. 

The fact that studying Obs and Gyn eats your soul. Everytime I saw an old lady along the streets, my mind will go like 'menopause, prolapse, senile vaginitis'. Scary.

The fact that Pediatrics exam will be in 4 days, made me cry.

The fact that I even considered putting pediatrics in my specialty list, intrigues me.

The fact that, I realized I'm in the right direction, is such a relief. 

The fact that the exams are coming to an end, plus summer holidays is just around the to'miyyah stall!

And the fact that, the sweetness of honey is rare. Once you found it, treasure it. 


Thursday, April 12, 2012

3 bulan

Kita banyak belajar daripada pengalaman. Sesuatu yang kita lalui itulah yang menjadi salah satu aspek utama dalam pembentukan personaliti dan karakter diri kita.

Perkataan personaliti itu sendiri lahir dari perkataan latin; persona yang membawa maksud mask, topeng. Maka persoalannya di sini, adakah pengalaman yang kita lalui itu hanya berupaya menjadi topeng lambang persepsi masyarakat umum kepada kita atau dalam masa yang sama ia juga berupaya membentuk nilai peribadi dan karakter diri yang unggul?

Semuanya bergantung kepada diri kita dalam menilai pengalaman yang kita lalui. Maka perkara yang paling penting dalam pembentukan diri adalah keupayaan kita untuk menganalisa semula situasi yang telah kita lalui dan menjadikan ia sebagai satu sumber pengajaran dan refleksi diri.

Sebagai contoh, jika kita pernah dibuli dipukul dalam bas nak pergi sekolah agama suatu ketika dahulu. Adakah refleksi diri kita kepada pengalaman tersebut hanya dengan terkenang parut fizikal dan mental atau kita jadikan pengalaman tersebut sebagai satu nilai pengajaran bahawasanya kita mampu untuk lalui satu peringkat hidup yang sukar satu ketika dahulu, maka datanglah apa jua rintangan sekarang, kita yakin kita mampu laluinya.

Mari kita singkap semula peristiwa penting sepanjang 3 bulan lepas, secara ringkas. Sebagai satu sumber peringatan dan pengajaran untuk diri sendiri.

1. Kembara Andalusia

Di Hadapan Casa del Ray Moro, Ronda. Sebuah peninggalan Istana, Kubu dan sumber air bandar Kerajaan Islam Nazari yang berpusat di Granada.
Mengembara di persekitaran baru sentiasa memberi pengalaman yang berharga buat diri. Jelajah mencari jejak peninggalan tamadun Islam di bumi Sepanyol banyak memberi inspirasi bahawa suatu masa dulu, kita mampu melangkah kehadapan, kita mampu membina sebuah empayar yang disegani dunia. Dari Istana indah Al-Hambra di Granada, hingga ke Masjid Cordoba, kami terpegun dan sedih dalam masa yang sama. Pengalaman 9 hari di wilayah Andalusia mengajar aku erti kekuatan dan kejatuhan. 700 tahun Islam subur di bumi Andalusia, namun kini tatkala solat di penjuru stesen metro di Madrid pasti akan wujud pandangan pelik, seperti sesuatu yang asing padahal Islam kuat bertapak dalam akar sejarah mereka. Kejar impian kecemerlangan berasaskan Islam. Sejarah membuktikan yang kita mampu melakukannya.

2. Kembali bersukan

Friendly match sebelum kejohanan ragbi se-Mesir di Iskandariyah - photo by Umaq Mj from Mumia Creative

Satu benda yang perlu aku hargai adalah kesihatan. 9 bulan lepas, aku tak terfikir yang ada kemungkinan untuk masuk semula dalam padang, berlari sana sini, angkat itu ini. Kalau doktor Shah tahu apa yang aku buat sekarang ni, mahu kena ketuk kepala. Kalau relapse, jangan salahkan dia, salahkan diri sendiri. Walaupun situasi aku tersangatlah kecil kalau dibandingkan dengan semangat juang Lance Armstrong, namun aku harus ingat, walaupun kita perlu hadapi halangan sukar, ia bukan satu pengakhiran kepada sesuatu yang kita cintai.

3. Nilai perdebatan

Masih tersenyum walaupun kalah dengan margin 7-0 -photo by ayu

Bagi aku, nilai seni perdebatan itu menjangkaui semangat juang bertikam lidah, berlawan fakta, berperang hujah. Nilai perdebatan itu terletak pada rakan-rakan seperjuangan kita, rakan-rakan yang memberi sokongan dan bantuan. Nilai perdebatan itu terletak pada kepercayaan kita kepada sahabat, keupayaan untuk bantu-membantu, keupayaan kita untuk menangani tekanan bersama. Itu nilai yang aku ingin simpan, semat dalam ruang-ruang memori. Terharu bila banyak sokongan hadir dari pelbagai penjuru. Terima kasih.

**

Tak mampu nak tulis panjang lebar, tak cukup masa lah konon. Mungkin nanti kita cerita satu demi satu, kalau ada peluang.

Thursday, December 1, 2011

"just keep swimming" - dory

Seasonal affective disorder, or some may call it winter depression, is no laughing matter alright. I swear I have all the symptoms written on my forehead, increased appetite with weight gain, increased sleep time and daylight sleepiness, can't concentrate in the afternoon, loss of interest in other activities, social withdrawal and even irritability. Being easily irritated is a women's privilege, they have all the hormones and such, truly acceptable, but for a guy, don't think it fits. Call me hypochondriac and I'll smack you in the face, I'm truly depressed hack yeah.

What I did to justify my blue funk? what else, blame the winter, blame the cold weather, blame the Egyptians for honking in the streets, blame the construction worker who started to hammer my wall early in the morning, blame the microbs for infecting my nose and throat, blame my hermit crabs for dying, blame the pain, the never ending pain, blame my pampiniform plexus for dilating, blame the valve dysfunction, blame global warming, blame deforestation, blame social stigma, I even condemn the poor ammu who shouts for recyclable junks to feed his children at home for disturbing my depressed afternoon nap.   

I bury myself with the delusion of finishing something important, a quest in the world of fantasy by reading novels and putting myself in the shoes of Robb Stark and Frodo Baggins. I dread adventures, a journey of wonders, magical swords, elves, unicorns and dragons. I bury myself deep in the sand, just like how the hermit crabs did before they die.

But I realize soon enough that I could still breathe the fresh air. Exaggerating my depression and blaming the whole wide world is the easiest way for me to escape the fact that I myself is the one to be blamed. 

Photo taken last month near Wadi Rayyan, El Fayoum.
Using pain as an excuse for everything is lame. People live in pain all the time, even worse than mine. It's time to move on, and accept it as apart of me. What else can I do. You know when we learn about the five steps of grief during psych class; denial, anger, bargaining, depression and finally acceptance. I do believe I'm at the last stage now, acceptance. 

From something bad, comes good. I do believe that my small challenge from Allah gave me a better understanding in medicine as a whole. How a simple disease could effect a life, emotionally, physically. Even my surgeon said that once we open up our body with an incision of a scalpel, we disturb the serenity of our inner body and affects our normal physiology. Sometime it is needed to prevent worse condition, it cures, and it even kills. Even if everything goes fine after that, it still leaves a scar, a memory.  

Bushes growing in the middle of the desert near the Wadi Rayyan oasis.
It's time to pull myself back together, be the person who I was before. Realizing that throughout the dark times, there is still people around me who gave endless support, care and love was a wake up call. You know when a monkey is sick, they tend to withdraw from their tribe, that was what I did to my close friends, and I regret it, I shouldn't have. It's time to fix everything up, get my club up and running again, enough of hiding from responsibilities, be a human, with feelings and all. 

Take one step at a time though. Couldn't run 3km in 15 minutes now or Ill end up bedridden for two days. Ill gain weight for sure, and this time it wont be muscles. Oh dear future wife, will I still be cute if I got chubby?

#selamatberamal! 


Friday, October 14, 2011

Projek Berjaya yang tak berjaya


Bila kita jatuh, nak bangun berdiri balik tu senang, tapi bila nak mula berlari semula, itu yang payah. Semua orang pernah jatuh, jatuh basikal, jatuh tangga, jatuh katil, jatuh cinta, jatuh bangunan. Tapi keupayaan untuk bangun dan naik semula basikal, nak tangga, naik katil, naik cinta, naik bangunan, semua bergantung kepada kekuatan diri masing-masing.

Aku pun biasa jatuh, dan nak panjat naik semula tu memang payah. Kena mengesot dulu macam pocong ngesot, lepas tu merangkak sikit sikit, kemudian baru boleh berjalan dan berlari. Tapi jatuh, pada nilai kesihatan, bagi aku adalah salah satu ujian yang banyak memberi makna tersirat dalam kehidupan. Kalau direnung kenapa wujudnya banyak sangat penyakit sampai nama pun berbelit lidah nak sebut, pasti akan muncul penjelasan tersendiri, samada berkaitan persekitaran ataupun individu itu sendiri. Wujudnya satu keadaan di sebuah negara Afrika, apabila bantuan kemanusiaan tiba dan mula memberi penduduk vitamin dan makanan tambahan terutamanya iron kerana wujudnya masalah nutrisi dalam kalangan mereka membawa kepada peningkatan kes Malaria. Pelik. Namun kadang kala kebuluran atau kurang nutrisi juga boleh membawa kebaikan dalam persekitaran tertentu.

Aku dibedah di bahagian inguinal. Mungkin satu hari nanti boleh lah kalau teringin nak cerita secara fakta penyakit yang aku lalui. Rasanya sebab keadaan penyakit tu sendiri aku malu nak bercerita, kalau tangan kaki boleh jugak terima. Merawat penyakit tu mudah, nak pulih dari rawatan tu yang susah sebenarnya. Untung juga aku tergolong dalam kategori minor, itu pun dah banyak pantang larangnya, kalau tak nanti relapse datang semula diri sendiri padan muka. Terbayang juga, adik adik di pusat onkologi tempat kuliah, hilang sudah rambut comel akibat radiasi dan chemo. Belum lagi masalah jantung atau paru-paru, perut atau usus, hati atau limpa. Bersyukur ujian Allah itu datang dalam bentuk yang kita mampu hadapi. 



jauh lagi perjalanan
Itu kisah sakit, kisah kalah jatuh tak berjaya dalam pertandingan video anjuran kumpulan Berjaya pun kira satu kejatuhan keyakinan diri yang agak dahsyat jugak. Tapi baru mula libatkan diri dalam filming dah harap nak menang empat puluh ribu memang tak dapat lah. Siap kata dulu, kalau menang ni, aku retire buat video video ni, penat. Kira takdir tak nak aku berhenti lah rasanya. Tak pun tak nak bagi makan duit shubhah sebab Berjaya groups ada syarikat sports toto. Semua perkara yang jadi ada baiknya, bukan? Jadi kalau jatuh, bangkit, sapu sapu luka dan jalan semula. Kalau boleh, lari lari sikit, mula dengan lari anak kemudian boleh lah pecut semula. Kalau sakit, ambil masa untuk pulih. Kemudian boleh mula berjalan dan pecut. Jangan terus nak panjat gunung. 

Thursday, October 6, 2011

#random - Dr. Zoidberg

I've just realized how travelling 12 hours on a plane with a two year old kid wont be easy, even travelling with three hermit crabs isn't as easy as it sounds, but at least they didn't cry until the whole cabin couldn't sleep. Maybe someday when I have kids on my own, I'll just give 'em a slight dose of cough syrup just to knock the out throughout the flight, hey, I learnt this from my uncles alright, its purely legit. Or maybe not though. Ney I'm just kidding around oh my dear future loving wife, we wont do that to the kids, right?


Pulling an all-nighter before a long journey was a very bad idea. Very bad idea. I left my camera rig, I left my lab coat, I left my bags, I left some toiletries, my magic mouse, my books. All because I was falling dizzy the morning I should've been wide alert. I blame that dragging feeling of the early onset symptom of home-sickness. 


Being in class for the first time after months of zero brain usage is hard. My lecture notes end up being full of question marks, and with all this new abbreviations, it's like CML? AML? ALL? Ph chromosome? and it goes on and on. And then comes the new spirit of 'I need to go home and start to cover all this ASAP' and then I end up sleeping jetlag-ed later on. It happens every semester. 


My new target for the semester was not going to accept any video making projects of any kind. But last night I've just agreed to make a graduation video for an Egyptian school. How nice. You just cant resist the temptation cant you?


It's going to be a few more days until Berjayayouth announce the selected top ten short film, and I hope we're in the list. Not expecting much, but if we didn't get into the list, I'll cry my heart out, bang my head to the floor, all those things.


This guy above, I mean the hermit crab. He tried to run away last night. Like seriously dude, after all we went through? and you tried sneaking out from your home, and how come you never show me that you could even climb that high? you rebellious little cute crab!


One thing which is kind of scary when I got home here in Mansoura was, they were no dust on the mirror table and the book shelf, like someone had been cleaning it for the past few months. Erm, thank you?

Hye, I'm Dr. Zoidberg and I like to eat
"Remembering that I'll be dead soon is the most important tool I've ever encountered to help me make the big choices in life. Your time is limited, so don't waste it living someone else's life." - Steve Jobs

Saturday, September 10, 2011

Tangan seni


Teringat saat-saat keluar mengembara keliling Mansurah bersama kawan serumah mencari batang paip dan barang-barang tukang, semata-mata nak bina camera stabilizer sendiri, dah nak beli yang betul terang-terang tak mampu, satu batang besi yang cameraman dekat stadium tu guna untuk record game EPL macam Arsenal bolos tamaniyyah dulu tu harga dia ada dalam 31ribu, Malaysian ringgit. Mahu videomaker poket kering macam aku ni nak mampu. Dan buat tangan tak ada seni macam aku ni, benda tu nampak jugak rupa dia kira boleh guna okey lah tu bersyukur tak melayang duit genih aku. Namun, flaw paling tak best adalah, mana lah benda rigid macam tu nak muat bag luggage bawak balik Malaysia. Nak pegang tangan mahu kena tahan airport security dekat Bahrain ingat seludup dadah ke apa. Maka, dengan kerja yang makin menimbun sekarang ni, terpaksalah eden keluar cari batang paip dekat kedai hardware belakang rumah ni. Nasib baik ada. Dan nasib baik tangan tak berseni ni masih tak keluar aura disaster.

Di saat menunggu video tengah proses masuk iMovie ni lah, aku rajinkan diri perah jugak otak, tak adalah cerebral cortex aku ni mandom sejuk je cuti-cuti ni. Banyak kisah konon macam adventure-lah bulan-bulan lepas. Lepas tu konon lah tak ada masa nak bersosial di alam maya, padahal duduk sibuk asah war strategy skills nak takluk Rome dalam Total War punya RTS game. Konon berguna di masa hadapan. 

Nanti kita try cover balik cerita lama bulan bulan lepas. Sekarang, kita kena pack untuk kerja akad nikah Aiman and Tasnim. Tak bangun esok pagi ni, mahu naya.



Monday, May 9, 2011

"betul ke mansoura ni.."

"fathi dan subhi ni kembar" kata ibu muda yang kami jumpa semasa latihan klinikal di wad psychiatry minggu lepas. Terpancar sinar kerisauan dari raut wajahnya, perasan juga muka si ibu, dengan anak perempuannya dan subhi lebih kurang sama, cuma fathi nampak berlainan. Nampak kurang tumbesaran, kurang nutrisi berbanding abang kembarnya. Keliru dan sukar menumpukan perhatian; Mental retardation mungkin. Namun, satu perkara yang betul-betul aku kesal, bapa kepada tiga anak ini, pengecut, lari dari masalah, tinggalkan wanita tersebut berseorangan membesarkan anak-anak, menghadapi ujian membesarkan fathi yang sangat memerlukan perhatian. Malu kaum Adam.

Kami masuk ke dalam satu bilik pesakit di wad psychiatry. Kelihatan seorang pemuda, khusyuk membaca Al-Quran di atas katil. Aku rasakan dia normal, tiada masalah. Namun apabila mula bercerita dengan doktor, ternyata dia sedang menghidapi OCD, obsessive compulsive disorder. Walid obses dengan kenyatannya yang syaitan menyuruhnya murtad dari Islam, sehinggakan beliau tidak pernah meninggalkan zikir, tidak memandang wajah doktor kerana beliau seorang wanita. Mengalir air mata ayahnya tatkala bercerita kepada kami apabila walid mula menjerit-jerit di jalanan dan mula menggangu ketenteraman orang lain, dan kerana itu dia dihantar untuk dirawat.  

Aku teringat konsep beberapa buku leadership yang pernah aku baca semasa rajin-rajin dulu. Cara terbaik untuk menarik perhatian orang, atau dengan kata lain, to influence people, adalah dengan mengenal pasti apa yang mereka lakukan dengan betul, dan mengulangi semula guidelines untuk melakukan sesuatu jika mereka tersalah buat. Bukan dengan memaki hamun dan membuatkan mereka rasa inferior. Jika hendak melatih kanak-kanak solat lima waktu, rotan dan maki mereka setiap kali tertinggal solat, ataupun memberi pujian pada mereka, "rajin anak abah solat hari ni" setiap kali mereka selesai solat, yang mana satu agaknya mampu memberi impak positif kepada pemikiran mereka, membawa kepada satu kefahaman yang solat ini sesuatu yang baik, yang mereka perlu sedar sendiri keindahan solat dan bukan atas dasar paksaan maki dan rotan.

Baiklah, sudah lah dengan beranalogi. Kita terus ke cerita sebenar. Jika benar 'anda' katakan bumi Mansoura ini bumi penuh maksiat, bumi neraka, pelajar Malaysia nya teruk teruk belaka. Adakah benar 'anda' pernah datang ke sini mendalami cara hidup keseluruhan pelajar ataupun hanya mendengar khabar berita, khabar angin yang mula berterbangan bukan sahaja bersama debu pasir mesir, malah mengalir bersama aliran sungai nil sama seperti parasite bilharziasis yang meninggalkan telurnya di dalam bladder dan rectum untuk meneruskan perjuangan cerita yang tidak pernah berakhir.

Jika benar anda katakan diri 'anda' seorang yang ingin berdakwah. Adakah dengan melabel sesuatu kawasan bumi neraka dan memboikot semua orang di sana mampu mebawa kebaikan? sama saja perumpamaannya dengan seorang ahli bomba yang tidak mahu memadamkan api, seorang pakar bedah yang tidak mahu mengeluarkan tumor. 

Jika benar kita mahu berpesan kepada kebaikan, adakah dengan memalukan mereka, menjatuhkan maruah mereka, menggugat kredebiliti mereka sebagai seorang bakal doktor muslim mampu memberi kesan seperti satu pujian kepada anak kecil kerana menunaikan solat atau ia seperti memaki hamun merotan mereka kerana gagal bertindak seperti 'anda'.  

Jika benar anda mahu membantu kami, datanglah ke sini, main ragbi bersama kami, berfutsal bersama kami, kita makan koshary sama sama, nak sedap sikit kita pergi aura roma green corner. Tidur di rumah kami, kenal dengan kami. Betul ke kami ni ahli neraka jahil lahanat. Betul ke kami ni kaki maksiat. Mungkin kita akan jumpa beberapa perkara menarik, tapi macam mana, nak lari menunding jari ataupun nak menawar diri membantu kami. Rasanya tempat 'anda' juga punya keadaan yang sama, tak pun, negara kita, masih tetap sama. Sia sia kita bernaung di bawah bumbung satu Malaysia.

Jika benar 'anda' mahu menjaga nama baik pelajar mesir, berhentilah mengeluarkan khabar berita yang entah betul entah tidak. Membawa cerita ke sana sini, jika mengumpat seseorang sudah besar balasannya, apa perbandingannya jika 'anda' bawa cerita mengenai 'pelajar mansoura' yang beribu bilangannya. 'Anda' perlu ingat, ramai lagi mereka yang seperti anda di luar sana, yang hanya nampak satu tompok mikro hitam pada kain rentang putih. Anda katakan pelajar mansoura teruk belaka, orang lain akan katakan pelajar mesir teruk belaka. Sama saja perumpamaannya. Tak ke dah jadi autoimmune.

Aku sedar penulisan di sini tak dapat membawa sebarang makna pada dunia. Namun sekurang kurangnya jika ada yang google 'kontroversi pelajar mesir' 'mansoura maksiat' dan sebagai nya. Ada rezeki anda ke sini.

Tapi betul kan? kalau salah sedikit, gempar satu mesir mansoura itu dan ini. Tapi usaha kami merapatkan silaturrahim, kejohanan ragbi tiga penjuru kaherah mansoura alexandria bebas kontreversi buat julung kalinya tiada page bantah bantah dan tiada blog fitnah. Tak pula diberi sokongan. 

Sudahlah, kami pasrah, kami senyum, kami ceria, kami belajar, kami berbakti. 'anda' pula?




Tentang penulis ini: Livingkoshary wujud untuk pastikan penulisnya tidak berkeliaran di dunia nyata dengan minda psychosis miliknya. Penulis juga berkecimpung dalam paksi fotografi dan hasilnya ada di Kosharyphotos. Setiap kali lepas solat Jumaat, dia juga menulis di 100penulis, tempat yang wajib anda lawati. Penulis berpesan, banyakkan minum air kosong, dan jangan lupa baca Al-Quran.
My profiles: Twitter Blogger Blog RSS Flickr Google Buzz Tumblr WordPress Facebook Contact me: Skype/ zkushairi Y! messenger/ zkushairism00

Thursday, March 10, 2011

"apa yang kita dah buat hari ni?"

Cuti darurat kali ini banyak membuka mata pada perkara-perkara baru. Tersedar dari kehidupan yang selama ini dilitupi selaput buih yang memisahkan diri dengan realiti dunia. Bagaimana rakyat sesebuah negara bersatu duduk berkampung dalam sejuk demi cinta mereka pada tanah air, aku pun belum tentu sanggup. Bagaimana besar ertinya mempunya sebuah tempat yang boleh dipanggil tanah air, rumah, yang selamat aman terjamin kesejahteraan, siap belanja 50 juta bawak kami balik, lepastu siap sediakan tiket balik semula lagi, sayang tak sayang rakyat dekat pelajar?. Bagaimana beruntungnya mempunyai sebuah keluarga yang sanggup membahayakan diri walaupun tahu keadaan tempat aku bukan lah masa yang sesuai untuk dilawati, datang jugak dan piramid yang ingin dilawati diganti dengan lori polis terbakar dan kereta kebal. Aku mula faham erti kehidupan, walaupun hanya merangkumi sekumit zarah dibanding dengan apa yang hidup sediakan.

Walaupun banyak masa yang dihabiskan lebih kepada membuang masa, sekurang-kurangnya masa yang terbuang tu tak sia-sia, dah boleh sedarkan aku, buat masa ni. Ada kemungkinan besar aku akan hanyut semula nanti, tapi harapnya tidak. 

Falling Off from Weldon Byrns on Vimeo.


Apa yang video ini cuba sampaikan memang tepat. "apa yang kita dah buat hari ni?" get the shot, jom usahakan sesuatu.



Tentang penulis ini: Livingkoshary wujud untuk pastikan penulisnya tidak berkeliaran di dunia nyata dengan minda psychosis miliknya. Penulis juga berkecimpung dalam paksi fotografi dan hasilnya ada di Kosharyphotos. Setiap kali lepas solat Jumaat, dia juga menulis di 100penulis, tempat yang wajib anda lawati. Penulis berpesan, banyakkan minum air kosong, dan jangan lupa baca Al-Quran.
My profiles: Twitter Blogger Blog RSS Flickr Google Buzz Tumblr WordPress Facebook Contact me: Skype/ zkushairi Y! messenger/ zkushairism00

Wednesday, March 9, 2011

"Rocky Balboa pernah berkata.."


Percaturan hidup tidak selalu membawa kita ke destinasi harapan, kadang-kala kita perlu jatuh dari gunung impian, pecah bertaburan, hanya untuk membina kekuatan untuk mendaki lebih tinggi, lebih jauh, lebih gemilang. Walaupun pendakian kita pernuh persediaan, penuh semangat, tidak semestinya kita kebal dari tiupan taufan realiti dunia. Rocky Balboa pernah berkata, "dunia ini tidak semestinya hanya cerah diterangi sinaran mentari disulami keindahan pelangi, ia akan menghentam kita terjunam ke dasar mantel bumi jika kita tak melawan". Tak pakcik Rocky tak tahu berbahasa Malaysia, itu hanya interpretasi peribadi.

Namun, seteruk mana badai menimpa, akan hadir saat ketenangan selepasya. Bumi akan diselebungi suasana yang paling gelap menandakan matahari akan muncul kemudiannya. Kita hanya perlu mengamati saat-saat yang kita hadapi, tak kira manis atau pahit, akan kita telan, dan jadikannya sebahagian dari diri kita.

Aku mula mengarut dengan tulisan tanpa hala tuju ini, adalah kerana, akhirnya buat kali yang tak dapat dikira, berjaya jugak video saat-saat aku bercuti darurat dimuat-naik ke you tube, tanpa ada masalah hak milik lagu dan sebagainya. Video ni pun tak ada hala tuju jugak. Maka hala tuju hidup harus ku cari.

Akhir sekali, buat wanita di seluruh dunia, hari ni hari anda, esok hari kami. Okey bukan, selamat hari wanita sedunia, ibu aku wanita, akak aku wanita, adik aku bakal jadi wanita, bakal isteri aku pun wanita. Ingat. anda mampu menggoncang dunia.




Tentang penulis ini: Livingkoshary wujud untuk pastikan penulisnya tidak berkeliaran di dunia nyata dengan minda psychosis miliknya. Penulis juga berkecimpung dalam paksi fotografi dan hasilnya ada di Kosharyphotos. Setiap kali lepas solat Jumaat, dia juga menulis di 100penulis, tempat yang wajib anda lawati. Penulis berpesan, banyakkan minum air kosong, dan jangan lupa baca Al-Quran.
My profiles: Twitter Blogger Blog RSS Flickr Google Buzz Tumblr WordPress Facebook Contact me: Skype/ zkushairi Y! messenger/ zkushairism00