Showing posts with label Mansoura. Show all posts
Showing posts with label Mansoura. Show all posts
Sunday, June 8, 2014
Wednesday, May 28, 2014
Rokok
"Kuliyyah tibb" jerit aku pada teksi. Dia angguk setuju. Pintu istaad dikunci; akibat arahan kerajaan yang minta universiti ditutup seminggu untuk beri laluan kepada pilihanraya, tapi kelas aku tetap berjalan macam biasa. Maka 5 genih terpaksa dikorbankan untuk teksi.
Aku duduk. Teksi bergerak.
"Astagfirullah, Astagfirullah, Astagfirullah" sebut pemandu teksi tadi perlahan-lahan.
"Astagfirullah, Astagfirullah, Astagfirullah"
"Astagfirullah, Astagfirullah, Astagfirullah"
"Astagfirullah, Astagfirullah, Astagfirullah" aku pun terikut sama dalam hati.
"Bagus dia ni. Mana lah aku nak jumpa orang macam ni dekat Malaysia nanti" Bisik hati aku.
"Astagfirullah, Astagfirullah, Astagfirullah"
"Astagfirullah" di keluarkan sesuatu dari poket.
Rokok dinyalakan, asap rokok murah entah jenama apa mula menusuk hidung aku. Dia tarik dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan.
Istighfar pun berhenti.
Aku duduk. Teksi bergerak.
"Astagfirullah, Astagfirullah, Astagfirullah" sebut pemandu teksi tadi perlahan-lahan.
"Astagfirullah, Astagfirullah, Astagfirullah"
"Astagfirullah, Astagfirullah, Astagfirullah"
"Astagfirullah, Astagfirullah, Astagfirullah" aku pun terikut sama dalam hati.
"Bagus dia ni. Mana lah aku nak jumpa orang macam ni dekat Malaysia nanti" Bisik hati aku.
"Astagfirullah, Astagfirullah, Astagfirullah"
"Astagfirullah" di keluarkan sesuatu dari poket.
Rokok dinyalakan, asap rokok murah entah jenama apa mula menusuk hidung aku. Dia tarik dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan.
Istighfar pun berhenti.
Monday, May 26, 2014
For the happiness of your wife
In the mist of their presidential election, this photo made me smile. A guy with french moustache wearing a helmet and holding a huge spanner with a caption above saying 'for the happiness of your wife' or 'to make your wife happy' (mind my arabic) is something that amazes me. Im not sure if we have an ad like this in Malaysia, we ought to spray 'ubat kuat lelaki' under the bridge or at the bus stop, but this, is amazing.
Sildin, or Sildenafil, you can choose either 100mg or 50mg. Its basically - viagra.
Malaysians, we have that same urge to use it im sure, but because we are all wrapped up in the taboo effect of it, we tend to utilize 'ubat herba untuk lelaki' or 'kopi kuat' masking it with 'tongkat ali dan ginseng'. If you actually research what they put in all that, you'll be suprised to find Sildenafil in all of them, without the precautions and specific dose.
So, erm. Thats all. The moral of the story, everytime you want to take a medicine, even its 'herbal', please consult a pharmacist or doctor near you. Thank you.
*Orang balik mesir asyik jual pil baraka je, aku rasa ada potensi aku jadi dealer sildenafil pulak.
Friday, January 18, 2013
Tukul strawberry
Apa yang dah jadi, kita tutup buku. Simpan dalam almari. Moga tak perlu diungkap kembali. Selain ilmu-ilmu ketuk lutut orang tu lah moga tak hilang sampai bila-bila sebab nanti perlu untuk kerja.
Banyak pengalaman baru dari rotation kali ni, dan aku selalu fikir nak tulis semula lepas tamat musim ujian. Tapi bila fikir balik, tak perlulah. Tak perlu buka pekung di dada. Okey aku bagi contoh salah satu cerita; bila tiba di station OSCE bone x-ray, bak kata orang kita kena yakin bila jawab soalan. Jadinya aku dengan yakin bagi komen x-ray; this is a bone x-ray, AP view with good quality of an adult showing the ankle joint. Mahu terbeliak Dr. Fahmy masa tu, kemudian dia suruh baca balik soalan yang jelas dan nyata tulis fracture of the distal radius. Hah yakin lah sangat sampaikan x-ray tangan jadi x-ray kaki. Tapi dia faham aku gemuruh. Boleh juga jawab walau tak sempurna. Yakin dan gemuruh bukan satu kombinasi yang stabil. Sungguh.
Tu baru satu, lagi sembilan tak perlulah cerita.
![]() |
Senjata semasa ujian. Tak apa lah bentuk strawberry boleh guna untuk budak-budak nanti. Ini je yang ada last minute beli. Tak macho langsung. |
Kita selalu sebut, pesakit adalah guru terbaik. Pak cik di bawah ni memang guru terbaik secara literal. Dia tahu serba serbi tentang penyakit dia dan setiap symptom and signs lebih dari budak medik. Nanti aku nak juga ada pesakit yang handal macam ni, ajar dia semua benda dan bila tiba waktu kelas aku suruh dia saja yang ajar. Aku duduk di tepi minum kopi gaya doktor Mesir.
Maka tamatlah semester 9. Kau tu dah nak grad, dah ada kesedaran belum?
Thursday, January 3, 2013
Duit
"Kenapa nak naikkan sewa doktor? kami duduk sini lama dah. Bukan ke kami ni dah macam anak doktor?"
"Kalau ya pun, mana boleh naik beratus macam tu. Ni dah increment lebih 300%, Mana logik?"
"Mak aih, 1600? hampeh punya adik-adik"
Pasrah.
Perbualan berdasarkan kisah benar.
Aduhai adik-adik. Kalau benar pun korang mampu, kami ni tak lah sangat. Kalau dah sewa tu lebih LE1300 ke, tak payahlah akad. Aduhai.
Abang nak simpan duit untuk kahwin. Tahu?
"Masa berubah, kos hidup pun dah berubah anak oi. Sejak Mesir revolusi ni, kawasan ni makin maju. Tak lama lagi Mansurah ni nak sama taraf dengan Tokyo dah." kata tuan rumah dengan muka stern.
"Kalau ya pun, mana boleh naik beratus macam tu. Ni dah increment lebih 300%, Mana logik?"
"Dah nak buat macam mana, aku bukan suka-suka, tapi land value dekat sini memang dah naik. kau ingat apa, sia-sia lah aku professor of economics dekat universiti kau tu. Malu tahu kawan-kawan aku semua cakap diorang naikkan sewa untuk budak Malaysia. Mana aku nak sorok muka?"
Kami tunduk. Tak ada hujah balas.
"Lagipun, Rumah akhwat Malaysia depan ni sewa dia LE1600. Cuba banding dengan sewa korang?"
"Mak aih, 1600? hampeh punya adik-adik"
Pasrah.
Perbualan berdasarkan kisah benar.
Aduhai adik-adik. Kalau benar pun korang mampu, kami ni tak lah sangat. Kalau dah sewa tu lebih LE1300 ke, tak payahlah akad. Aduhai.
Abang nak simpan duit untuk kahwin. Tahu?
Tuesday, November 6, 2012
Idea dan ragut
Mencari idea itu mudah,
Untuk menggerakkanya itu,
Aduhai payah.
Berat.
Tak larat.
Kalaulah sekarang ini aku memimpin negara,
Sudah pasti naik revolusi hangat,
Untuk gulingkan aku.
Untuk bunuh juga, mungkin.
Tarik nafas.
Tulis dan atur.
Jangan gelabah duhai insan.
Kamu boleh saksama.
Kamu boleh laksana.
Kamu boleh!
Tolonglah boleh.
**
Selamat itu doa semua.
Kita mendoakan sahabat, keluarga.
Namun di masa bahaya,
Diri perlu cegah sebelum ia bermula.
Diri perlu cegah semasa ia bermula.
Jaga diri, jaga rakan.
Berjalanlah berkumpulan.
Guna bag galas, biarlah tidak anggun.
Kurangkan saiz bag tangan.
Silangkan tali bag.
Bawalah penyembur minyak wangi.
Atau gantikan airnya dengan larutan cili api.
Banyakkan doa,
Bacalah Ma'thurat.
Jika berlaku jua,
Itu ujian, terima hakikat.
Elakkan berulang.
Aku doakan anda semua selamat!
Untuk menggerakkanya itu,
Aduhai payah.
Berat.
Tak larat.
Kalaulah sekarang ini aku memimpin negara,
Sudah pasti naik revolusi hangat,
Untuk gulingkan aku.
Untuk bunuh juga, mungkin.
Tarik nafas.
Tulis dan atur.
Jangan gelabah duhai insan.
Kamu boleh saksama.
Kamu boleh laksana.
Kamu boleh!
Tolonglah boleh.
**
Selamat itu doa semua.
Kita mendoakan sahabat, keluarga.
Namun di masa bahaya,
Diri perlu cegah sebelum ia bermula.
Diri perlu cegah semasa ia bermula.
Jaga diri, jaga rakan.
Berjalanlah berkumpulan.
Guna bag galas, biarlah tidak anggun.
Kurangkan saiz bag tangan.
Silangkan tali bag.
Bawalah penyembur minyak wangi.
Atau gantikan airnya dengan larutan cili api.
Banyakkan doa,
Bacalah Ma'thurat.
Jika berlaku jua,
Itu ujian, terima hakikat.
Elakkan berulang.
Aku doakan anda semua selamat!
Labels:
life stories,
Mansoura,
Mesir,
puisi
Wednesday, October 3, 2012
Kitalah Cyborg
Tulang kita keras, kuat. Namun boleh rapuh, patah. Jantung kita gagah. Tapi pasti akan mengalah, pecah. Tidak kira fizikal mahupun perasaan, hati kita berdaya, kalbu kita cahaya, mampu mengalas bebanan kimia dan juga persekitaran. Sebaliknya ia juga boleh putus asa, putus harapan.
Badan kita dibina berasaskan keunikan. Sistem jantung akan berhenti, organ hati akan rosak. Tetapi ia hanya akan berlaku jika terdapat satu penghinaan kimia mahupun trauma yang dahsyat kepada badan. Contoh, cuba bunuh diri dengan menelan 40 biji paracetamol setelah ditinggalkan cinta? itu benar benar satu penghinaan, hina hati untuk proses menyah toksik. Hina Tuhan kerana menyangka diri tak disayangi-Nya.
Jika menjauhi sebarang bentuk pencelaan. Badan mampu merawat diri tanpa kita sedar. Melawan virus dan bakteria. Merawat luka hirisan pisau. Menghadam makanan sambil menyimpan nutrien penting dan tinggalkan yang lain. Meletakkan had air dalam badan, had gula dalam darah, had hormon untuk dikeluarkan. Siapa kata cyborg tidak wujud, kitalah cyborg, merawat diri yang luka, membela nasib tercela.
Itu apa yang aku belajar dalam rotasi tulang. Aku perhatikan, sakit itu tiada siapa mampu rawat selain Tuhan. Apa yang kita mampu buat adalah memanipulasi badan untuk merawat diri berasaskan sistem dan skematik ciptaan-Nya. Kita tak mampu untuk jahit tulang bila patah, kita hanya kekalkan tempat anatomi asal dan harapkan tulang bergabung semula. Benar ada ubatan kimia yang mampu mengubah hala tuju penyakit, namun ia hadir dengan harga komplikasi yang berbagai. Terbukti kini cara terbaik merawat badan adalah dengan membantu diri kita merawat diri sendiri.
Buku
pasti akan habis, dakwat akan hilang, jam akan berhenti, air akan kering, panas
akan redup, cahaya akan malap, empayar runtuh. Dunia pasti akan berubah,
dan terus berubah. Situasi dalam badan juga tak pernah statik, ada sel mati, ada sel baru, ada sel dibunuh badan, dan ada juga sel membunuh badan.
Badan kita istimewa. Panjatkan syukur kadang-kala kita leka. Tidak ingat pada koordinasi teratur tanpa cacat, hasil inovasi Yang Maha Esa. Tuhan Pencipta Sekalian Alam. Allahu Rabbi.
![]() |
Wad Orthopedik penuh dan terpaksa menempatkan pesakit di koridor. Pakcik baju kelabu tu patah tulang kaki -nya dan ada besi yang diletak di sekeliling kaki untuk tetapkan kaki di kedudukan anatomi. |
Friday, September 28, 2012
Bone thief
One week in orthopedics rotation. At first I thought I was on a verge of a new discovery, a glimpse on what I'll be doing later on with my life. The sight of bone within flesh. The sound of the drilling. The sweats on the my attending's forehead. The screwing. The hammering. The titaniums. Hah.
And then on the second day I saw an amputated leg. Osteosarcoma. A middle aged man. And a young women, having a bone biopsy, suspecting again; bone cancer. I had second thoughts. Although, wherever we go in medicine, it is there. No way to run. But the idea of our patient blaming us for the rest of their life for cutting out their leg, or hand. Is theoretically unbearable.
I saw an operation to repair a dislocated calcaneus on a thief, who originally acquired the injury by jumping off a wall running from the police. I saw the Anterior Cruciate Ligament of the knee being repaired without even doing an incision, just by pocking holes, Tendon grafting. I saw amazing things being done.
Maybe Orthopedics, maybe. Lets finish up whats in front of us first.
![]() |
A femur prosthetic, this was in a patient once; said my lecturer. |
Thursday, April 12, 2012
3 bulan
Kita banyak belajar daripada pengalaman. Sesuatu yang kita lalui itulah yang menjadi salah satu aspek utama dalam pembentukan personaliti dan karakter diri kita.
Perkataan personaliti itu sendiri lahir dari perkataan latin; persona yang membawa maksud mask, topeng. Maka persoalannya di sini, adakah pengalaman yang kita lalui itu hanya berupaya menjadi topeng lambang persepsi masyarakat umum kepada kita atau dalam masa yang sama ia juga berupaya membentuk nilai peribadi dan karakter diri yang unggul?
Semuanya bergantung kepada diri kita dalam menilai pengalaman yang kita lalui. Maka perkara yang paling penting dalam pembentukan diri adalah keupayaan kita untuk menganalisa semula situasi yang telah kita lalui dan menjadikan ia sebagai satu sumber pengajaran dan refleksi diri.
Sebagai contoh, jika kita pernah dibuli dipukul dalam bas nak pergi sekolah agama suatu ketika dahulu. Adakah refleksi diri kita kepada pengalaman tersebut hanya dengan terkenang parut fizikal dan mental atau kita jadikan pengalaman tersebut sebagai satu nilai pengajaran bahawasanya kita mampu untuk lalui satu peringkat hidup yang sukar satu ketika dahulu, maka datanglah apa jua rintangan sekarang, kita yakin kita mampu laluinya.
Mari kita singkap semula peristiwa penting sepanjang 3 bulan lepas, secara ringkas. Sebagai satu sumber peringatan dan pengajaran untuk diri sendiri.
1. Kembara Andalusia
Di Hadapan Casa del Ray Moro, Ronda. Sebuah peninggalan Istana, Kubu dan sumber air bandar Kerajaan Islam Nazari yang berpusat di Granada. |
Mengembara di persekitaran baru sentiasa memberi pengalaman yang berharga buat diri. Jelajah mencari jejak peninggalan tamadun Islam di bumi Sepanyol banyak memberi inspirasi bahawa suatu masa dulu, kita mampu melangkah kehadapan, kita mampu membina sebuah empayar yang disegani dunia. Dari Istana indah Al-Hambra di Granada, hingga ke Masjid Cordoba, kami terpegun dan sedih dalam masa yang sama. Pengalaman 9 hari di wilayah Andalusia mengajar aku erti kekuatan dan kejatuhan. 700 tahun Islam subur di bumi Andalusia, namun kini tatkala solat di penjuru stesen metro di Madrid pasti akan wujud pandangan pelik, seperti sesuatu yang asing padahal Islam kuat bertapak dalam akar sejarah mereka. Kejar impian kecemerlangan berasaskan Islam. Sejarah membuktikan yang kita mampu melakukannya.
2. Kembali bersukan
![]() |
Friendly match sebelum kejohanan ragbi se-Mesir di Iskandariyah - photo by Umaq Mj from Mumia Creative |
Satu benda yang perlu aku hargai adalah kesihatan. 9 bulan lepas, aku tak terfikir yang ada kemungkinan untuk masuk semula dalam padang, berlari sana sini, angkat itu ini. Kalau doktor Shah tahu apa yang aku buat sekarang ni, mahu kena ketuk kepala. Kalau relapse, jangan salahkan dia, salahkan diri sendiri. Walaupun situasi aku tersangatlah kecil kalau dibandingkan dengan semangat juang Lance Armstrong, namun aku harus ingat, walaupun kita perlu hadapi halangan sukar, ia bukan satu pengakhiran kepada sesuatu yang kita cintai.
3. Nilai perdebatan
![]() |
Masih tersenyum walaupun kalah dengan margin 7-0 -photo by ayu |
Bagi aku, nilai seni perdebatan itu menjangkaui semangat juang bertikam lidah, berlawan fakta, berperang hujah. Nilai perdebatan itu terletak pada rakan-rakan seperjuangan kita, rakan-rakan yang memberi sokongan dan bantuan. Nilai perdebatan itu terletak pada kepercayaan kita kepada sahabat, keupayaan untuk bantu-membantu, keupayaan kita untuk menangani tekanan bersama. Itu nilai yang aku ingin simpan, semat dalam ruang-ruang memori. Terharu bila banyak sokongan hadir dari pelbagai penjuru. Terima kasih.
**
Tak mampu nak tulis panjang lebar, tak cukup masa lah konon. Mungkin nanti kita cerita satu demi satu, kalau ada peluang.
Saturday, December 3, 2011
Thursday, October 6, 2011
#random - Dr. Zoidberg
I've just realized how travelling 12 hours on a plane with a two year old kid wont be easy, even travelling with three hermit crabs isn't as easy as it sounds, but at least they didn't cry until the whole cabin couldn't sleep. Maybe someday when I have kids on my own, I'll just give 'em a slight dose of cough syrup just to knock the out throughout the flight, hey, I learnt this from my uncles alright, its purely legit. Or maybe not though. Ney I'm just kidding around oh my dear future loving wife, we wont do that to the kids, right?
Pulling an all-nighter before a long journey was a very bad idea. Very bad idea. I left my camera rig, I left my lab coat, I left my bags, I left some toiletries, my magic mouse, my books. All because I was falling dizzy the morning I should've been wide alert. I blame that dragging feeling of the early onset symptom of home-sickness.
Being in class for the first time after months of zero brain usage is hard. My lecture notes end up being full of question marks, and with all this new abbreviations, it's like CML? AML? ALL? Ph chromosome? and it goes on and on. And then comes the new spirit of 'I need to go home and start to cover all this ASAP' and then I end up sleeping jetlag-ed later on. It happens every semester.
My new target for the semester was not going to accept any video making projects of any kind. But last night I've just agreed to make a graduation video for an Egyptian school. How nice. You just cant resist the temptation cant you?
It's going to be a few more days until Berjayayouth announce the selected top ten short film, and I hope we're in the list. Not expecting much, but if we didn't get into the list, I'll cry my heart out, bang my head to the floor, all those things.
This guy above, I mean the hermit crab. He tried to run away last night. Like seriously dude, after all we went through? and you tried sneaking out from your home, and how come you never show me that you could even climb that high? you rebellious little cute crab!
One thing which is kind of scary when I got home here in Mansoura was, they were no dust on the mirror table and the book shelf, like someone had been cleaning it for the past few months. Erm, thank you?
Hye, I'm Dr. Zoidberg and I like to eat |
"Remembering that I'll be dead soon is the most important tool I've ever encountered to help me make the big choices in life. Your time is limited, so don't waste it living someone else's life." - Steve Jobs
Labels:
hermit crabs,
Mansoura,
personal
Monday, May 9, 2011
"betul ke mansoura ni.."
"fathi dan subhi ni kembar" kata ibu muda yang kami jumpa semasa latihan klinikal di wad psychiatry minggu lepas. Terpancar sinar kerisauan dari raut wajahnya, perasan juga muka si ibu, dengan anak perempuannya dan subhi lebih kurang sama, cuma fathi nampak berlainan. Nampak kurang tumbesaran, kurang nutrisi berbanding abang kembarnya. Keliru dan sukar menumpukan perhatian; Mental retardation mungkin. Namun, satu perkara yang betul-betul aku kesal, bapa kepada tiga anak ini, pengecut, lari dari masalah, tinggalkan wanita tersebut berseorangan membesarkan anak-anak, menghadapi ujian membesarkan fathi yang sangat memerlukan perhatian. Malu kaum Adam.
Kami masuk ke dalam satu bilik pesakit di wad psychiatry. Kelihatan seorang pemuda, khusyuk membaca Al-Quran di atas katil. Aku rasakan dia normal, tiada masalah. Namun apabila mula bercerita dengan doktor, ternyata dia sedang menghidapi OCD, obsessive compulsive disorder. Walid obses dengan kenyatannya yang syaitan menyuruhnya murtad dari Islam, sehinggakan beliau tidak pernah meninggalkan zikir, tidak memandang wajah doktor kerana beliau seorang wanita. Mengalir air mata ayahnya tatkala bercerita kepada kami apabila walid mula menjerit-jerit di jalanan dan mula menggangu ketenteraman orang lain, dan kerana itu dia dihantar untuk dirawat.
Aku teringat konsep beberapa buku leadership yang pernah aku baca semasa rajin-rajin dulu. Cara terbaik untuk menarik perhatian orang, atau dengan kata lain, to influence people, adalah dengan mengenal pasti apa yang mereka lakukan dengan betul, dan mengulangi semula guidelines untuk melakukan sesuatu jika mereka tersalah buat. Bukan dengan memaki hamun dan membuatkan mereka rasa inferior. Jika hendak melatih kanak-kanak solat lima waktu, rotan dan maki mereka setiap kali tertinggal solat, ataupun memberi pujian pada mereka, "rajin anak abah solat hari ni" setiap kali mereka selesai solat, yang mana satu agaknya mampu memberi impak positif kepada pemikiran mereka, membawa kepada satu kefahaman yang solat ini sesuatu yang baik, yang mereka perlu sedar sendiri keindahan solat dan bukan atas dasar paksaan maki dan rotan.
Baiklah, sudah lah dengan beranalogi. Kita terus ke cerita sebenar. Jika benar 'anda' katakan bumi Mansoura ini bumi penuh maksiat, bumi neraka, pelajar Malaysia nya teruk teruk belaka. Adakah benar 'anda' pernah datang ke sini mendalami cara hidup keseluruhan pelajar ataupun hanya mendengar khabar berita, khabar angin yang mula berterbangan bukan sahaja bersama debu pasir mesir, malah mengalir bersama aliran sungai nil sama seperti parasite bilharziasis yang meninggalkan telurnya di dalam bladder dan rectum untuk meneruskan perjuangan cerita yang tidak pernah berakhir.
Jika benar anda katakan diri 'anda' seorang yang ingin berdakwah. Adakah dengan melabel sesuatu kawasan bumi neraka dan memboikot semua orang di sana mampu mebawa kebaikan? sama saja perumpamaannya dengan seorang ahli bomba yang tidak mahu memadamkan api, seorang pakar bedah yang tidak mahu mengeluarkan tumor.
Jika benar kita mahu berpesan kepada kebaikan, adakah dengan memalukan mereka, menjatuhkan maruah mereka, menggugat kredebiliti mereka sebagai seorang bakal doktor muslim mampu memberi kesan seperti satu pujian kepada anak kecil kerana menunaikan solat atau ia seperti memaki hamun merotan mereka kerana gagal bertindak seperti 'anda'.
Jika benar anda mahu membantu kami, datanglah ke sini, main ragbi bersama kami, berfutsal bersama kami, kita makan koshary sama sama, nak sedap sikit kita pergi aura roma green corner. Tidur di rumah kami, kenal dengan kami. Betul ke kami ni ahli neraka jahil lahanat. Betul ke kami ni kaki maksiat. Mungkin kita akan jumpa beberapa perkara menarik, tapi macam mana, nak lari menunding jari ataupun nak menawar diri membantu kami. Rasanya tempat 'anda' juga punya keadaan yang sama, tak pun, negara kita, masih tetap sama. Sia sia kita bernaung di bawah bumbung satu Malaysia.
Jika benar 'anda' mahu menjaga nama baik pelajar mesir, berhentilah mengeluarkan khabar berita yang entah betul entah tidak. Membawa cerita ke sana sini, jika mengumpat seseorang sudah besar balasannya, apa perbandingannya jika 'anda' bawa cerita mengenai 'pelajar mansoura' yang beribu bilangannya. 'Anda' perlu ingat, ramai lagi mereka yang seperti anda di luar sana, yang hanya nampak satu tompok mikro hitam pada kain rentang putih. Anda katakan pelajar mansoura teruk belaka, orang lain akan katakan pelajar mesir teruk belaka. Sama saja perumpamaannya. Tak ke dah jadi autoimmune.
Aku sedar penulisan di sini tak dapat membawa sebarang makna pada dunia. Namun sekurang kurangnya jika ada yang google 'kontroversi pelajar mesir' 'mansoura maksiat' dan sebagai nya. Ada rezeki anda ke sini.
Tapi betul kan? kalau salah sedikit, gempar satu mesir mansoura itu dan ini. Tapi usaha kami merapatkan silaturrahim, kejohanan ragbi tiga penjuru kaherah mansoura alexandria bebas kontreversi buat julung kalinya tiada page bantah bantah dan tiada blog fitnah. Tak pula diberi sokongan.
Sudahlah, kami pasrah, kami senyum, kami ceria, kami belajar, kami berbakti. 'anda' pula?
Tentang penulis ini: Livingkoshary wujud untuk pastikan penulisnya tidak berkeliaran di dunia nyata dengan minda psychosis miliknya. Penulis juga berkecimpung dalam paksi fotografi dan hasilnya ada di Kosharyphotos. Setiap kali lepas solat Jumaat, dia juga menulis di 100penulis, tempat yang wajib anda lawati. Penulis berpesan, banyakkan minum air kosong, dan jangan lupa baca Al-Quran.
Sunday, February 6, 2011
Krisis di Mesir: Kisah aku - "kembalikan hak kami"
Di saat utusan ini ditulis, pertembungan fizikal sedang berlaku di Medan Tahrir antara kumpulan Pro-Demokrasi Mesir dengan kumpulan Pro-Mubarak yang tiba-tiba muncul sejak malam semalam (Februari 1) sejurus setelah perutusan Presiden Mubarak yang mengatakan beliau hanya akan mengundur diri setelah pilihanraya presiden bulan September nanti. Batu dan konkrit jalanraya berterbangan dari dua belah pihak, molotov koktail menyebabkan kebakaran kecil di bangunan dan jalanraya, das-das tembakan yang tidak diketahui mana datangnya mula bergema berkali-kali, hari yang menyedihkan buat Mesir.
Kebangkitan suara rakyat Mesir yang sudah lama bermula tetapi hanya dalam kumpulan kecil mula bergabung dan dilaksanakan secara besar-besaran pada 25hb Januari 2011 berlanjutan hingga ke hari ini, hari kesembilan. Aku hanya pelajar di sini, aku warga Malaysia yang bangga. Namun, di sudut hati setelah tiga tahun aku bernafas debu udara Mesir, aku mula cintakan tanah penuh bersejarah ini, aku mula hargai suasana kecoh di sini, aku mula rindui hubungan ukhwah bersama rakyat mereka walaupun kadang-kala perlu bertegang urat bertekak. Aku faham ini bukan perjuanganku, aku faham aku hanya mampu memerhati, walaupun terdetik jauh di jiwa aku boleh bersama mereka melakar sejarah, aku pilih pilihan logik atas pemikiran minda dan jiwa, berundur diri ke Malaysia hingga semuanya selesai. Aku yakinkan hati, aku bukan pelarian.
Sejak 25hb Januari lalu, sesiapa sahaja yang ada di Mesir punya kisah mereka tersendiri, ini kisah aku.
28hb Januari 2011
Sejurus selepas tengah malam, talian internet diputuskan. Aku sempat dapatkan maklumat melauli twitter dengan hashtag search #jan25, tapi sungguh aku tak percaya. Memang hari-hari sebelumnya kerajaan Mesir sudahpun menyekat akses ke laman web Twitter dan Facebook buat beberapa kali dan kami lawan dengan menggunakan software seperti rockmelt dan tweetdeck, tapi nak putuskan internet terus? biar benar Mesir ni, internet tu nadi jiwa udara bernafas warga muda, tanpa dunia maya macam mana kami nak hidup. Pernah juga terfikir ingin angkat banner “kembalikan internet kami” di hadapan polis anti-rusuhan yang mula berjaga-jaga di jalan hadapan rumah sejak semalam. Sekelip mata, connection mula putus lebih kurang jam satu pagi, geram. Aku pasrah.
Sebelum internet putus, aku juga sempat dapatkan maklumat yang ada ura-ura kerajaan Mesir akan putuskan talian telefon, ah sudah. Mula-mula internet, sekarang telefon, line telefon? ini memang pencabulan hak-asasi kami sebagai manusia dalam berkomunikasi. Esok pukul tiga pagi, keluarga aku akan sampai dari Malaysia untuk melawat Mesir, macam mana aku nak tahu mereka dah ada dekat mana? macam mana aku nak call kereta atau van untuk jemput mereka dekat airport esok? aku terus call ayah di Malaysia, dengan penuh dramatik katakan ‘mungkin ini last time kita communicate, apa pun yang jadi esok, stay dekat airport sampai angah datang’. Jauh di sudut hati, mahu saja aku katakan ‘tak payah datanglah pa’ namun tak pernah terluah, mungkin dah terlambat. Aku menonggeng atas katil sampai tertidur, kecewa dengan dunia.
Pagi esoknya, line telefon masih berfungsi. Aku mula selesaikan urusan pengambilan dan jaulah keluarga aku yang akan sampai nanti, semuanya dapat diselesaikan namun belum ada kata putus, kami berjanji akan berkomunikasi selepas solat Jumaat.
Sejurus lepas solat jumaat, terpampang di skrin telefon ‘out of service’. “mi, phone ko ada line?”, “hah tak ada!”. Sudah. Aku gelabah, aku caci kerajaan Mesir, aku pulak yang bersemangat nak ber-demonstrasi selepas jumaat, ‘kembalikan hak kami!’. Aku mula keluar rumah dengan sahabat serumah, mencari makan dan penyelesaian untuk masalah yang menimpa, aku dah mula rasa macam tak senang bila terputus dengan hubungan dunia luar.Memang pencabulan hak asasi manusia. Lepas pinjam telefon sahabat-sahabat yang jumpa tengah jalan dan masih punya line, selesai segala yang tertunggak, gerak ke kaherah malam ni lepas maghrib. Tapi keadaan kaherah lepas rusuhan besar-besaran sejurus selepas solat jumaat, sungguh tak dapat dibayang.
Sebelum bertolak, aku ditemukan dengan dua orang sahabat baru yang akan bantu bawa keluarga jaulah sekitar Mesir, sahabat yang memang terus lekat di jiwa dunia akhirat. Malam itu juga, semua teksi di Mansoura tak mahu ke utubis dauliy (stesen bas), katanya jalan tutup ada rusuhan siap bagi nasihat tak payah keluar pergi kaherah duduk rumah diam diam katanya. Tak apalah, dah taxi tak nak bawak, kami naik tramco (van).
Jalan mula sesak, tramco pulak pergi masuk lane bertentangan, sebab jalan sebelah dah tutup. Maka benarlah apa pakcik taxi tu cakap, tadi tak mahu percaya. Tramco tu pun turunkan setengah jalan sebab memang dah tak ada jalan dah, jantung aku dah mula berdebar, kenapa jalan ke arah muhafazah ni yang sebesar-besar tak pernah lenyang dengan kereta walaupun pukul tiga empat pagi tiba tiba kosong, yang hanya ada orang berjalan, berlari anak, berkumpul, melepak. Kami ambil keputusan untuk berjalan ke utubis dauliy yang hanya tinggal beberapa ratus meter di hadapan, namun bila nampak ada satu kumpulan besar tengah berpesta di tepi unggun api bakaran getah tayar di depan, dan kumpulan tu berjalan ke arah jalan yang kami nak lalu, terus kami patah balik. Betul macam cerita Black Hawk Down masa scene pemberontak Somalia tu kawal jalan. Kami ambil keputusan, berjalan ikut celah bangunan arab ke jalan bertentangan, kena booya-booya seround, dan ambil taxi ke utubis gadid, tramco jugak menyelamatkan keadaan buat kali kedua.
Biar aku ringkaskan apa yang kami lalui setibanya di Ramses. Mata mula pedih dan berair, tak ada taxi dan tramco nak ke hayyu asyir, pondok polis dah terbakar, jalan penuh road block dengan batu tiang tayar dan udara mula bau getah daripada tayar yang terbakar, keadaan jerubu asap sampai terbatuk-batuk. Jalan Ramses yang paling sibuk tu kosong. Tepi jalan penuh dengan bekas abu benda yang terbakar macam scene cerita perang. Kami berjalan tanpa hala tuju sampai bertembung dengan kereta kebal bergerak ke arah bertentangan.
***
Ditulis semasa berteduh di kompleks rumah negeri kaherah dan dihabiskan di Jordan semasa transit sebelum bertolak ke Kuala Lumpur. Flight delay lagi lima jam. Bagus. Sampai di Malaysia, akan ku sambung tarikh esoknya setelah habis jet-lag tidur seminggu.
Aku jenuh yakinkan diri, aku bukan pelarian, aku bukan pengecut melarikan diri pulang ke tanah air. Ini kali pertama pulang ke tanah air dengan paksaan sampaikan di sudut hati, ada perasaan tak mahu tinggalkan Mesir. Namun Malaysia tetap Malaysia, hati siapa tak melonjak nak pulang ke tanah tumpah darah air mata.
Tentang penulis ini:
Livingkoshary wujud untuk pastikan penulisnya tidak berkeliaran di dunia nyata dengan minda psychosis miliknya. Penulis juga berkecimpung dalam paksi fotografi dan hasilnya ada di Kosharyphotos. Setiap kali lepas solat Jumaat, dia juga menulis di 100penulis, tempat yang wajib anda lawati. Penulis berpesan, banyakkan minum air kosong, dan jangan lupa baca Al-Quran.
Contact me:
zkushairi
zkushairism00
Thursday, November 11, 2010
"Nanti Waktu Nak Tolong Ni, Jangan Mengorat Isteri Dia Pulak"
![]() |
Banner rasmi Koshary di 100penulis! |
Entry ini aku tulis untuk 100penulis pada Oktober 21, 2010.
Cuma rasa rugi kalau tak semadikan dekat sini juga.
Kedengaran orang terjerit-jerit di luar rumah, aku pun menyelak langsir sliding door untuk menjenguk apa yang terjadi, kelihatan macam ada orang bergaduh di luar rumah, nampak macam seorang suami sedang memarahi isterinya. Ayah mengajak aku keluar, mungkin ingin membantu. Dalam perjalanan keluar, ayah pun berpesan, "nanti waktu nak tolong ni, jangan mengorat isteri dia pulak".
Okey, sebelum aku sambung cerita tu, jom baca kisah ni dulu;
"Ketika seorang lelaki dalam perjalanan, tiba-tiba dia terasa haus. Dia sampai di sebuah telaga lantas turun ke dalam telaga itu, minum air dan keluar semula dari telaga itu. Kemudian dia ternampak seekor anjing sedang tercungap-cungap, menjilat tanah lumpur di situ kerana kehausan. Lelaki itu berfikir, "Anjing ini sedang kehausan sebagaimana aku sendiri kehausan sebentar tadi." Lantas dia turun semula ke dalam telaga itu dan mengisi kasutnya dengan air,sebelum memanjat keluar dari telaga itu sambil mengigit kasut tersebut dan memberi minum anjing itu. Perbuatan lelaki itu dihargai Allah dan Allah mengampunkan dosanya.."
(Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dasyat kan? usaha lelaki tersebut mungkin nampak kecil, malah yang dibantunya bukan kucing atau burung merpati, tapi seekor anjing. Untuk aku la kan, nak dekat dengan anjing radius dua meter pun takut, akibat fobia kakak kena kejar anjing, ya, akak aku yang kena kejar, aku yang fobia, memang tak ada kena mengena. Tapi niat murni lelaki tersebut yang mengenangkan betapa anjing itu haus sebagaimana dia haus sebelum itu, dan melakukan usaha untuk masuk semula ke dalam telaga, ambil air dengan kasutnya, gigit kasut tersebut sambil memanjat keluar dan beri anjing tu minum, membolehkan Allah mengampuni dosa lelaki tersebut. Wah! Besar betul ganjarannya kan?.
Kisah ni memang memberi iktibar, dan membawa maksud yang boleh diguna pakai dalam apa jua keadaan. Cuba fikirkan betapa banyaknya peluang untuk kita melakukan kebaikan dalam 24 jam sehari semalam kita hidup. Kalau di sini, memang jika kita berjalan di kedai-kedai hadapan perkarangan universiti, pasti akan ada kanak-kanak yang usianya tak sampai 7 tahun meminta sedekah, ada kalanya sampai dicium bahu kita ni ha. Makcik makcik yang kadang kala sampai tarik-tarik baju pun ada, mungkin kerana melihat kita lain dari mereka terus ada persepsi yang kita ni banyak duit, walaupun pada hakikatnya tidak. Apa-apa pun, dalam bekerja ke, mengajar ke, berjalan keluar dari KTM dan ternampak abang yang buta, atau sedang berjalan dan ternampak seorang ibu muda nak angkat stroller baby naik tangga, apa salahnya kita berhenti dan membantu. Kalau anjing dibantu diampunkan dosa, membantu manusia yang punya hati dan jiwa, sebesar mana pula ganjarannya kan?
![]() |
Gambar sewaktu kami tahun satu, baru nak bertolak ke Mansoura dan ingin mengambil gambar, tiba-tiba makcik tua itu datang meminta sedikit pertolongan. |
"usahlah memperkecilkan sebarang perbuatan baik tidak kira sekecil mana sekalipun, walaupun ia sekadar wajah yang gembira dan senyuman yang kamu berikan kepada saudaramu"
(hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Mudahkan? kalau tak termampu untuk melakukan usaha, poket kita pun memang dah kering, kita hanya perlu senyum. Ini memang benar tepat dan betul. Aku cukup gembira bila kadang-kadang berjalan sorang-sorang tiba-tiba ada pakcik atau makcik senyum dekat kita. Berbunga-bunga hati weyh! siap kalau tengah tension terus tersenyum sampai bersinar-sinar muka.
Baru tadi housemate aku buat hati berbunga-bunga. Bila aku mula buat pelik tidur lepas Maghrib (masuk waktu pukul 5.30pm) mahu terlajak sampai tengah malam. Bila bangun terus lapar, keluar dari bilik dan tengok atas meja makan ada plastik berisi sandwich Cook Door (McDonald versi Mesir) untuk aku. Mahu tak terharu!
Jadi untuk sambung semula kisah di awal bicara;
...Dalam perjalanan keluar, ayah pun berpesan, "nanti waktu nak tolong ni, jangan mengorat isteri dia pulak". Aku pun terfikir, "eyh bapak aku ni, dalam mimpi pun nak buat lawak". Dalam masa yang sama, si lelaki tiba-tiba flying kick isterinya sampai berdarah hidung. Kami pun serentak menjerit "woi!!" dan aku pun terus terjaga. Pergi solat Isyak, makan Cook Door, dan terus datang sini menulis untuk anda.
Sunday, October 3, 2010
"pek rendang ajaib tu ada lagi?"
Tiga perkara yang perlu dihargai sebelum meninggalkan tanah tumpah darah.
Makanan
Baru tadi menikmati open house yang terakhir untuk sesi pulang ke rumah kali ni, asli buatan Malaysia sempena saki-baki Aidilfitri yang masih ada. Tuan rumah pula sedap juga mulut cakap, "ha tambah lagi laksa tu nanti dah balik sana makan laksa guna spaghetti aje". Makanan memang akan jadi topik perbualan dengan rakan senasib dari mula jejak kaki di tanah orang sampai jejak kaki balik di tanah sendiri. "ish aku teringat nak makan nasi lemak la, jom buat nasi lemak". "ish aku teringin nak makan rendang la, pek rendang ajaib tu ada lagi?". "ish teh tarik aku buat tak rasa macam teh tarik mamak la". Siap pagi-pagi jumaat sanggup terjah udara sejuk semata-mata nak pergi makan roti canai buatan kawan di kedai, secara peribadi, bukan nak cari roti canai sangat, cuma nak cari suasana makan roti canai tu. Rasanya memang betul, masaklah rendang ajaib sesedap mana pun dekat sana (sini), masih ada missing factor, suasana. Tapi bila dah masuk bab makanan, kita redah tak ingat dunia juga. Jadi selamat tinggal suasana makan makanan di tanah sendiri.
![]() |
Okeylah rendang tak ada kami balon firakh masywi (ayam panggang) |
Hujan
Sejak akhir-akhir nak balik ni, memang hari-hari hujan. Teringat perasaan suka hati sampai tak tahan jiwa nak menanggungnya bila hujan mula turun dekat Mansoura semester lepas. Lima minit saja pun. Tak sama dengan hujan pagi tadi turun lebat sampai menyorok ikan koi dekat kolam luar rumah tu takut melimpah keluar ikut arus air hujan. Hujan itu rahmat. Bila duduk di tanah yang hujan tak sampai beberapa baldi setahun baru sedar hujan itu rahmat. Duduk termenung dekat luar rumah bila hujan lebat turun dah mula jadi hobi utama bila balik rumah sampai ayun mula kata angah dah jadi orang tua lama termenung sorang-sorang. Aku suka suasana hujan, sama macam suasana makan. Hujan dan makan, kombinasi terbaik.
Keluarga
Bila dah sampai saat-saat terakhir macam ni, baru mula ada rasa macam ada hurtburn sikit sikit. Kalau nak treat simptom, makan lah antacid tapi aku tahu ini bukan masalah asid perut. Tiba-tiba teringat siapa nak tekan belakang ayun bila dia sakit belakang, siapa nak kacau baby bila aku takde, siapa nak tolong mak ambil barang tinggi-tinggi dekat kabinet bila aku dah balik, siapa nak tolong angkat meja almari pasu untuk ayah bila aku takde dekat rumah. Teringat benda macam ni, terbayang suasana bila buat benda-benda tu, memang buat aku hurtburn. okeylah mengaku bukan hurtburn, homesick sikit sikit. Bila homesick kan rasa macam hurtburn, jadi makanlah Gaviscon bila homesick. Alamak mesir tak jual Gaviscon. Habislah homesick.
Maaf
Kepada semua rakan pembaca dan blogger. Maaf kerana widget komen ni kadang-kadang hilang tak tentu pasal, terima kasih pada anda kerana memaklumkan. Akan di betulkan segera, mungkin lagi mudah guna balik komen blogger, mudah tangkas dan berwibawa. (apa kata anda?) Bila dah settle down belajar ikut jadual internet pun dah register balik akan didahulukan perkara ni, suasana di sini tak sama tanpa anda semua. Akan kembali aktif dengan lawat rumah(blog) anda walaupun raya dah habis dan juga di 100 penulis semula bila proses migrasi dah selesai.
Mesej dari lagu ini buat tiga suasana yang akan ditinggalkan, dan anda.
Wednesday, May 5, 2010
cairo trip (29/4/2010)
This is some of the few shots that I've edited just in a couple of hours from our Cairo trip last week. Unfortunately, right after we arrive at Ramses station, Cairo, my little cute xacti went out of battery, showing that annoying 'battery depleted' display over and over again. So, this video only shows certain beautiful places in Mansoura as there is not enough shots at cairo to be complied with. There will be a part two of the journey, well, I hope so! as my record of promising new videos had never been fulfilled (yet).
and yeah, I've added up some new photos at my photoblog, you can check it out by clicking on the sidebar link or just click the banner below. It will take you to a cool place!=)
now, lets go to cerebellum.
click the 'quwayyis' box below if you like the ending of the video!
Monday, May 3, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)