Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Monday, September 20, 2010

10 langkah mudah Jailbreak ipod touch 2nd gen IOS4 menggunakan redsnow

Tak banyak tutorial untuk jailbreak ipod touch yang ditulis dalam Bahasa Malaysia. Jadi saya usahakan untuk anda pengguna ipod yang berbahasa Malaysia. Dan melalui research yang telah saya buat untuk jailbreak ipod touch 2nd gen yang telah di-upgrade ke IOS4, semua tutorial yang diberikan samada di youtube ataupun di website-website tutorial tak cerita sampai habis dan tersangkut tengah jalan kerana cydia masih belum dapat digunakan dan cracked apps yang dimuat turun dari apptrackr tak dapat dimasukkan, (tujuan utama kita jailbreak).

Dan antara fungsi menarik IOS4 berbanding versi lama adalah kali ni kita dapat lakukan option multitasking iaitu meletakkan apps anda dalam folder-folder khas dan juga wallpaper tanpa menggunakan winterboard.

Pastikan anda menggunakan itunes version 9.2 keatas. jika tidak anda perlu update untuk jalibreak IOS4.

Hanya perlu ikut langkah-langkah berikut.

1. Pertama sekali, jika anda masih menggunakan IOS 2.2.1 (macam ipod ayun) atau IOS 3.1.2, yang terbaru sebelum saya jailbreak. Bagaimana nak tahu? [settings-general-about-version] dan jenguk juga di bahagian model, jika huruf awal adalah MC, maka anda perlu tunggu supaya ada aplikasi yang boleh digunakan kerana aplikasi kali ni hanya berfungsi untuk model selain MC.

Muat turun IOS4 .ipsw file dari link ini : http://www.megaupload.com/?d=JFZYZVWJ

Dan link muat turun semua terbukti kesahihannya sebab memang saya muat turun dari link ni. Cuma perlu diingat, file size lebih kurang 300mb jadi ambil masa sedikit. Banyakkan sabar.

2. Update ipod anda secara manual dengan file IOS4 yang dah dimuat turun tadi.
caranya:
-sync ipod anda dengan itunes.
-tekan butang SHIFT + left click di option restore.
-pilih file ipsw ios4 yang dah dimuat turun.

3. Sekarang, muat turun aplikasi redsnow yang akan kita gunakan untuk jailbreak kali ni.

Mac 

Redsnow adalah aplikasi jailbreak yang sama fungsinya seperti blackra1n yang kita guna untuk jailbreak IOS 3.1.2. cuma kali ni pengasas blakra1n belum keluarkan untuk versi IOS4 jadi kita gunakan redsnow.

4. Run aplikasi redsnow kemudia klik browse dan pilih file IOS4 .ipsw yang dah kita muat turun tadi.
Kemudian akan ada pop-up alert yang mengingatkan aplikasi ini hanya berfungsi untuk model selain MC. Klik No.

Sumber gambar

5. Klik Next, akan keluar pop-up 'preparing jailbreak data'. Kemudian tick di bahagian 'install cydia' dan 'enable multitasking and wallpaper'. Kemudian tekan next.



6. Ikut panduan yang diberikan. Pastikan ipod anda bersambung dengan komputer. Tekan butang power selama 5 saat sehingga option 'slide to power off' muncul. Slide.

7. Okey sekarang memerlukan kita untuk ikut arahan yang diberikan untuk tekan butang power dan home untuk beberapa saat. Saya lakukan step ni berulang kali baru jadi. Tunggu proses jailbreak, dan tahniah! jailbreak IOS4 anda berjaya!

8. Sekarang, perhatikan yang anda sudah boleh menggunakan function multitasking dan wallpaper. 

9. Jika ikon cydia anda berwarna putih, ikut langkah berikut: 
-pastikan anda connected kepada wifi internet
-tekan ikon Manage-Sources-Edit-Add
-masukkan url berikut.
http://apt.saurik.com/cydia-3.7
dan
http://cydia.hackulo.us

10. Kemudian, buka cydia secara normal, search appsync4.0 dan muat turun. Sekarang insyaAllah ipod anda sudah selesai jailbreak dan boleh menggunakan cracked apps. 

Kalau keliru dengan mana-mana langkah, tengok video tutorial ini:


Respon di ruang komen jika ada sebarang pertanyaan.

Ada satu lagi cara yang lebih mudah iaitu menggunakan jailbreakme. Tapi saya belum cuba jadi tak tahu bagaimana. Dengar kata itu lagi mudah, senang dan pantas. Hanya perlu slide. Nanti saya cuba.

Monday, June 14, 2010

Anda ingin ke dunia fantasi?

low-light photography tutorial.

Perkakas yang diperlukan.
Hanya beberapa aksesori asas yang diperlukan, pertama sekali kamera anda, dan yang penting sekali adalah tripod dan external flash. Untuk sumber cahaya, gunakan bunga api, lampu-suluh mini, lampu handset, atau apa sahaja sumber cahaya mengikut kreativiti anda. Pastikan tripod anda betul-betul kukuh supaya tiada gegaran yang berlaku semasa mengambil gambar kerana anda perlu menggunakan shutter speed yang agak lama untuk memastikan semua pergerakan dirakam tanpa blurring.

Settings
Pertama sekali anda perlu mencari persekitaran yang betul-betul kurang pencahayaan supaya dapat memastikan teknik ini berkesan. Anda boleh pilih samada menggunakan shutter speed yang lama atau menggunakan BULB, mengikut kesesuaian gambar yang anda mahu ambil. Pastikan ISO anda tidak terlalu tinggi supaya gambar tidak terlalu noisy, untuk aperture pulak, aku rasa gunakan serendah yang boleh, aku biasa guna 5" sebab belum mampu beli lens yang aperture lagi rendah. Mungkin hasil dia berbeza sikit kalau guna 2.8" or lower. Untuk external flash, aku nasihatkan untuk guna level around 1/4 or 1/8, try and error dengan persekitaran supaya model anda tidak nampak terlalu cerah.

Langkah-langkah   
  1. Setkan shutter kepada BULB.
  2. Aku nasihatkan supaya guna 2 seconds delay untak pastikan anda, model dan orang yang akan berinteraksi dengan cahaya bersedia.
  3. Teruskan menekan capture button sampai selesai semua lukisan cahaya.
  4. Gunakan mini touchlight/bunga api dan bentukkan apa sahaja bentuk atau gaya yang anda mahu.
  5. Sejurus selepas siap membentukkan seni cahaya, shoot external flash anda ke model.
  6. Nantikan hasilnya.
Personal experiment
Aku mula tertarik dengan teknik low-light macam ni masa tengah cari idea aktiviti berfaedah nak buat dengan adik-adik saudara yang kecik-kecik hyperaktif dekat kampung masa raya eidulfitri 2009 dulu. Selepas dilantik menjadi ketua gerombolan bermain bunga api, berbekalkan kamera dan tripod sudah cukup untuk mengawal keadaan sebab semua orang akan lari-lari depan kamera.


Cuma masalahnya masa tu, disebabkan kanak-kanak riang teruja bermain bunga api sampaikan dua tiga kotak habis tak sampai beberapa minit, sikit jek yang disimpan untuk diambil gambar yang proper. Dan disebabkan bunga api itu panas dan ada percikan-percikan api, agak susah untuk membuat bentuk-bentuk cahaya berdekatan dengan model.

Dan semalam, sejurus selepas tolong ambilkan gambar untuk AJK Medik Mesir dan ada sedikit masa terluang, aku, Ilmi dan semua AJK yang terlibat malam tu naik ke balkoni rumah tingkat paling atas dan mula ber-eksperiment. Kali ni dengan light-pen saiz kecil.





Note: All credits for the beautiful light-arts should go to Shukri and zakwan. 

Masalah yang timbul kali ni adalah ada sedikit kesan bayang-bayang orang yang membuat lukisan cahaya. Mungkin cara yang terbaik untuk atasi masalah ni adalah dengan membuat lukisan cahaya tidak terus dari satu tempat atau dari bahagian bawah model. Tempat gambar ini diambil memang betul-betul gelap dan yang ada hanyalah cahaya lampu dari bangunan-bangunan di belakang.

Mungkin bila ada masa, kita akan shooting lagi dan mungkin cuba untuk tidak menggunakan model tetapi membuat bentuk pokok atau haiwan dengan menggunakan lampu pelbagai warna. Boleh bayang? lampu hijau untuk daun, merah untuk bunga. Dan kalau di pantai yang ada batu-batu, boleh buat ketam-ketam sedang berjalan dan banyak lagi! the limit is the sky!

jika anda suka gambar-gambar seperti ini, dan berminat, cubalah! tak sesusah yang disangka. Bila dah mula cuba baru lepas tu jadi addicted and banyak idea-idea baru rushing dalam kepala, tinggal nak buat jek.

Percubaan yang gagal

Satu lagi cara yang kami cuba buat adalah untuk dua orang yang sama dalam satu gambar dengan expressi muka yang berlainan. Tapi setelah cuba berkali-kali, still tak menjadi. Teori pertama kami adalah model tidak berdiri cukup lama, teori kedua adalah kerana kita pancar flash dua kali, gambar menjadi lebih cerah daripada yang sepatutnya. Hasil yang dapat kami buat adalah Ilmi nampak seperti casper yang sedang bergaduh dengan split personaliti.=D.



Oleh itu, jika anda tahu apa yang kami buat tak betul, mintak tolong respond di ruangan komen di bawah yeh. Lepas ni boleh kami cuba-cuba lagi.
Gambar-gambar lain yang diambil malam semalam boleh tengok dekat dengan lebih besar dan berkualiti di kosharyphotos

Footnote: Sekarang anda sudah boleh ping blogpost anda di blog ini di ruangan "wired post" yang warna hijau di bawah. Hanya ikut langkah mudah pendaftaran dan khalas. Jika anda pernah buat gambar seperti ini atau hanya sekadar ingin berkongsi post anda dengan pembaca blog ini, adalah teramat dipersilakan. (InsyaAllah nanti aku akan buat review berkenaan aplikasi pselanoid tu). kalau ada soalan boleh tanya, aku mesti respond punya sebab exam dah habis, ini jek aku punya kerja sekarang.

Selamat mencuba!