Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

Sunday, March 17, 2013

saat nanti

Saat kamu pergi nanti,
moga sempat aku riba kepalamu,
belai rambutmu,
tatap wajahmu,
cium dahimu,
dan katakan yang aku sayang kamu,
hingga kita ditemukan kembali berehat di pohon-pohon istanamu di syurga.

Dari saat ini, hingga saat nanti,
aku berjanji akan menjadi anak mu yang berbakti,
menceriakan detik hidupmu,
mencerahkan bilik penantianmu,
berusaha memudahkan lintasan titianmu.

Sungguh, tiada yang lebih berbakti pada roh dan jasadku,
selain kamu berdua.


**

Buat yang telah pergi, kita doakan semoga ditempatkan bersama orang-orang soleh dan dikasihi Allah. Satu peringatan untuk aku; hargai ibu ayah yang masih lagi hidup bersama kita.

Buat sahabat-sahabat, kuatkan jiwa.

Sunday, February 17, 2013

Nafas

Setiap nafas yang aku ambil,
aku berhutang.
Beribu ikatan yang aku tak mampu bayar semula
walau aku menghamba beribu abad.

Aliran teknologi organ, detik pam darah, reaksi kimia pelbagai struktur.
Mana mungkin aku balas.
Mana mungkin.


Monday, January 21, 2013

statik

Kamu tahu,
bila suasana di luar dingin dan kamu dalam balutan kepompong,
meletakkan satu sempadan antara dunia realiti dan dunia kamu,
di mana dunia kamu selesa, hangat, tenteram.
Tak mungkin mahu celik,
gerak walau getaran otot.

Aku tahu.

Itu namanya dunia selesa.
Dunia statik.

Wednesday, November 7, 2012

Selamat Berjaya

Jika kita berlari pecut,
Sampai dihujung usah berhenti kecut.
Walau mengah,
Walau payah.

Hampir di penamat
Itulah masa perah keringat.
Jangan dilayan akan penat.
Pukul hentam sampai lumat!

Selamat berjaya buat kamu.
Penamat makin hampir untukmu,
Inilah masa mu.
Buat terbaik, demi anak cucu.
Muncul sinar mentari, kamu sudah mulakan dunia baru.

Kejayaanmu sentiasa dalam doaku.
Selamat berjaya buat kamu.



Tuesday, November 6, 2012

Idea dan ragut

Mencari idea itu mudah,
Untuk menggerakkanya itu,
Aduhai payah.
Berat.
Tak larat.

Kalaulah sekarang ini aku memimpin negara,
Sudah pasti naik revolusi hangat,
Untuk gulingkan aku.
Untuk bunuh juga, mungkin.

Tarik nafas.
Tulis dan atur.
Jangan gelabah duhai insan.
Kamu boleh saksama.
Kamu boleh laksana.
Kamu boleh!

Tolonglah boleh.

**

Selamat itu doa semua.
Kita mendoakan sahabat, keluarga.

Namun di masa bahaya,
Diri perlu cegah sebelum ia bermula.
Diri perlu cegah semasa ia bermula.

Jaga diri, jaga rakan.
Berjalanlah berkumpulan.
Guna bag galas, biarlah tidak anggun.
Kurangkan saiz bag tangan.
Silangkan tali bag.
Bawalah penyembur minyak wangi.
Atau gantikan airnya dengan larutan cili api.

Banyakkan doa,
Bacalah Ma'thurat.

Jika berlaku jua,
Itu ujian, terima hakikat.
Elakkan berulang.

Aku doakan anda semua selamat!


Thursday, October 25, 2012

Cinta Psikatri

Aku dapat rasa setiap sentuhan jari,
Aku dapat rasa kehangatan cinta ini.
Aku percaya hatiku kau miliki, 
Aku percaya cinta kita kekal abadi.

Aku selalu mendengar suara panggilanmu, 
Aku selalu nampak kelibat jelinganmu. 
Aku tahu kau merindui, mencintaiku. 
Dan aku juga tahu kau malu, aku tahu.

Namun mengapa kau buat ku begini? 
Makin ku cari makin kau lari. 
Tengok mereka mula mencaci, 
Aku menangis termenung sendiri.

Mungkin benar, gila mereka kata akan ku, 
Benar, aku gila akan mu! 
Aku ingin milikimu, 
Aku ingin hidup mati denganmu!

Ah, kau tak mengerti, 
Aku sanggup hiris jari, diri! 
Ah, kau tak sedari,
Aku sanggup bakar diri!

Aku ingin selalu ada denganmu,
Aku ingin hidup tua bersamamu.
Aku ingin membina rumah denganmu,
Aku ingin membesarkan anak kita denganmu!

Namun kau tetap hilangkan diri,
Lesap dari segala pandangan sisi.
Kemana kau hilang duhai hati?
Tidakkah pada kita cinta hakiki?

Sanggup kau toreh cintaku, 
Kini berparut, tak seindah dulu.
Mengapa kau tak cincang saja jiwaku?
Agar kini tamat saja deritaku.

Kini hanya tinggal aku sendiri,
Kau hilang kemana pergi.

Aku rasakan semuanya realiti, mana mungkin ini halusinasi. 
Tak mungkin, tak mungkin ini hanya satu delusi.


*Mungkin ini apa pesakit yang punya delusi erotomania (delusion of someone being in love with him/her) dan sedikit halusinasi akan fikir dan rasa. Mungkin. Aku cuma letak kaki ku dalam kasut mereka.
**Kamu wujud, bukan delusi, kan?

Friday, October 19, 2012

Lagu hati

Benar hidup tidak seindah lagu,
Riang-ria menghidupkan kalbu.
Kadang-kala berkumandang teman pengganti,
Kehilanganmu amat ku kesali.

Kadang-kala ku rasa ini semua salahku,
Tanpa kudrat untuk beradu.
Kadang-kala aku resah hati,
Fikirkan yang aku seharusnya kuatkan hati.

Selamat jalan duhai sahabatku,
Perjalanan tetap berduri seperti dahulu.
Tegapkan jiwa tabahkan hati,
Tiba masa kita bersua lagi.