Showing posts with label 100 penulis. Show all posts
Showing posts with label 100 penulis. Show all posts

Saturday, October 9, 2010

"100 penulis mampu mengubah hidup anda"

Kalau ikutkan masa bersekolah agama di Al-Ainani dulu, perkara yang memang aku kejar sini-sana tanpa jemu selain kawan-kawan perempuan dan pakcik ais krim yang naik motor sambil pasang lagu matkool adalah angka seratus. Mungkin kerana angka seratus agak mustahil nak dapat dalam matematik di sekolah kebangsaan, tatkala otak mungkin diciptakan untuk perkara lain, apatah lagi sains dan penulisan, kalau dah pendidikan seni pun suruh mak yang buatkan. 

Namun di sekolah agama, aku kejar angka seratus. Mungkin kerana ingin tampil di hadapan ustazah sebagai pelajar yang berkaliber. Manakan tidak bermotivasi begitu, kanak-kanak pun boleh jatuh hati pada ustazah kan? Walaupun sekarang ni nak ingat muka ustazah masa tu pun susah, tapi tersorok dalam jiwa raga aku tahu memang aku rajin hafal ayat hafazan, hafal hukum fiqh, hafal tarikh sirah, hafal fakta tauhid sebab jatuh hati dekat ustazah. Apakan daya jiwa kanak-kanak masih belum kenal erti belajar kerana Allah, namun ada juga baiknya.

Tapi bila dah meningkat tua macam sekarang ni, angka seratus dah tak dapat dikejar. Mungin kerana belum berjumpa dengan ustazah baru.=). Mungkin. Namun bila hidup makin lama, persepsi dunia melihat pencapaian lebih jauh dari angka seratus. Seratus tidak lagi digunakan sebagai identiti diri, wajah luaran personaliti.

Angka seratus memang penuh nostalgia, dan mungkin ini kebetulan yang tiada kaitan sama sekali. Namun ia mampu berikan tujuan hidup yang lebih bermakna dari mengejar angka seratus dalam ujian, mengejar tempat di hati ustazah. Angka seratus ini tidak hanya melambangkan satu identiti, tapi bermacam ragam warna warni.


Seratus penulis merupakan tempat untuk bertemu, berkongsi, berbincang dan yang paling penting sekali, memberikan rasa 'sense of belonging' kepada editor dan juga pembaca. Teringat fakta presentation lecture minggu lepas yang kata antara cara untuk meningkatkan kualiti hidup adalah untuk wujudkan rasa mempunyai dan dipunyai. Boleh marah jugak orang dewan bahasa main guna perkataan tanpa rujuk kamus dewan ni. Tapi itulah fakta. Sama seperti yang tertulis di dahi manusia yang ingin menyayangi dan disayangi. okey takde kaitan.

Sehingga kini, 80 identiti warna warni telah mula mencoret di sana. Jika anda berminat! seratus penulis masih lagi mencari ahli keluarga baru, semua yang perlu anda tahu ada di post pengenalan, (http://www.100penulis.com/2010/08/pengenalan.html).

Apa yang tersurat dan jauh dari yang tersirat adalah, seratus penulis memang mampu mengubah hidup anda. 

Sunday, September 19, 2010

Cirit-birit Bola-bola api

Nasib baik ada pegawai farmasi peribadi

Orang beraya sambil menambah berat badan, lain pula yang jadi bila makan bagai nak rak tanpa batasan pada hari raya pertama. Terus diserang diarrhea tahap 10 yang memerlukan untuk tidur bersebelahan tandas dan melakukan lawatan setiap 25 minit. Oleh kerana hari esoknya dalam perancangan akan naik tidur semalam di Cameron Highland, maka masalah besar ni sememangnya harus ditangani ASAP. Mujur ada pegawai farmasi peribadi merangkap akak kesayangan. Berpusing-pusinglah kami bersama ayah meredah kota Penang mencari farmasi yang buka di malam raya. Oleh kerana kepala dah di-brain wash dengan perubatan conventional, nak makan pil chi kit teck aun tu memang dah dasar tak mahu, kalau tak percaya macam mana nak ada placebo effect kan?.

Penyelamat hero power puff girls malam tu adalah farmasi di Aeon Jusco PERDA, sampai-sampai terus cari kaunter farmasi yang lima minit lagi dah nak tutup, terus ayun sebut nama-nama ubat yang kalau datang sendiri confirm tak tahu, akibat kurangnya belajar pharmacology. Balik terus ditelan ubat kemudian sambung usaha jailbreak ipod touch dengan ios4 dengan cousin sebagai distraction (yang tak membawa kesan). Kalau ikutkan petua, telan saja bersudu-sudu madu kalau nak baik, tapi sebelum bermadu dah terbungkang beradu di tepi pintu tandas. Mujur tak disepak orang.

Nama generic ubat yang diambil, Buscopan, untuk stomach cramp yang sampai guling-guling sakitnya. Dhamotil, untuk cirit-birit yang degil untuk berhenti, jaga-jaga dengan ubat ni, ia boleh buat anda terbang high kalau overdose, opiod effect. Dan charcoal tablet untuk serapan toksin dalam perut. Ini bukan panduan rasmi untuk rawatan ya, please consult your pharmacist, bak kata ayun. Takut symptom anda lain, jadi lain ubat yang diperlukan.

Selingan: Bermaaf-maafanlah kita setiap hari, bukan saja di hari raya.
Dah mula buat inventory milo

Setiap kali nak pulang merantau, confirm dalam luggage ada pack milo 3in1 sampai berkilo-kilo cukup stok setahun. Tu belum kira teringin nak bawak 100plus lagi sebab dekat sana langsung tak terjual air isotonik, manalah tahu kena serangan diarrhea tahap 12 pula, 100plus juga kita nak cari, sebab garam farmasi memang tak sedap. Sekarang bila dah masuk time zone nak balik, mulalah fikir apa yang nak disumbat dalam limit 30kg of luggage. Bag kamera saja dah nak dekat 10kg entah. Last winter break, mak siap sumbat satu non-stick frying pan dalam bag takut anak kesayangan kena metal poisoning pulak sebab tahu sangat kami ni kedekut nak beli barang dapur periuk belanga. Kalau beli TV memang kami semangat.

Masih lagi bersemangat aktif di 100 penulis, dan kalau ikutkan masih lagi ada beberapa ruang kosong, boleh mohon di ruang pengenalan. Cepat takut tak sempat! post dekat sana boleh rujuk di label koshary. Editors yang lain pun semua Rock-on!

Dan, ada update gambar-gambar lebah masa di cameron haritu. Jemput tengok dekat photoblog dan kalau suka boleh rajin-rajin 'like'!

Tiba-tiba teringat lagu bola-bola api 
Okey dah jom study dyspepsia .

Selamat berpuasa enam! (bagi mereka yang belum mula macam aku)

Thursday, September 9, 2010

'balik raya dengan kekasih hati bersama 100 penulis'

Jadual lalulintas PLUS untuk pulang beraya
Zaman sekolah di Jenan dulu, masa masih hingusan junior, kalau ditetapkan tarikh dan masa untuk kami berada di satu-satu tempat, confirm datang 5 minit awal. Even dah tahu kena panggil ke dorm senior untuk dibuli di-ragging pun masih tepat pada waktunya. Dahsyat punya kami dengar dan kami patuh.

Tapi bila dibandingkan dengan zaman sekarang ni, punyalah kalau janji jadi emcee majlis start pukul lapan pagi, pukul sembilan baru kita datang, nasib baik majlis mula sepuluh setengah, kita datang lambat pun jadi tak bersalah. Tu belum tengok punctuality pergi kelas practical lagi, lecture dah mula half way kita baru merangkak masuk hall. Dan bila tengok strategy PLUS untuk elakkan lalu lintas untuk pulang beraya tahun ni, tertanya-tanya juga bila pihak PLUS dah susah-susah susun jadual ni, kita sebagai pengguna entah ikut entah tak.

Ternyata aku tak ikut dah, balik ke penang dijadualkan dari pukul 11 pagi, kami akan bertolak terus lepas subuh bersama-sama orang kedah dan perlis. Trip pulang pula, lagi la ikut suka hati nanti bila rasa nak balik baru balik.   

Kene belajar jadi punctual balik la lepas ni.
Sumber: Laman Web PLUS

Ucapan raya.

Apa-apa pun, pastikan kita sentiasa segar dan berhati-hati di jalan raya, banyakkan doa dan tawakal semasa perjalanan. Buat pekerja PLUS yang akan bertugas di Plaza-plaza tol bagi memastikan kelancaran lalulintas dan tidak pulang beraya bersama keluarga, kami betul-betul doakan anda dilimpahi rahmat dan berkat. Anda tidak dilupakan. Begitu juga Anggota polis dan tentera yang bertugas, dan yang paling diingati, sebab teringat nasib badan beberapa tahun lagi, Doktor, Nurse dan semua warga hospital samada di wad atau di emergency department yang bersedia berusaha menyelamatkan mangsa kemalangan, doa kami bersama anda semua.

Tak banyak traffic yang selalunya sampai ke blog kosharyphotos kerana di situ hanya ada gambar yang di-upload untuk paparan full-resolution, sebab di layout ni hanya boleh sampai size large sahaja. Tapi sejak aku post 'kad raya untuk kekasih hati', tiba-tiba semalam dari average page loads satu dua terus jadi tiga ratus lebih. Nasib baik dah ditukar kad gambar tu kalau tak, bila 100 orang yang dah download gambar tu, send pada kekasih hati masing-masing. jadi dilema pulak sebab dekat kad tu ada 'ikhlas dari saya, kushairi'. Jadi ramai pulak girlfriend aku raya ni. 



100 penulis tu apa?
Belum sempat rasanya nak promote 100 penulis secara proper, bukan sibuk jahit manik dekat baju raya pun sebenarnya. Simply put, di sana berhimpunnya 100 penulis (belum cukup lagi 13, join cepat!) untuk bersama-sama memeriahkan komuniti maya. Kalau biasanya di satu blog ada kisah seorang insan, di sana ada ragam 100 orang. Punya la macam-macam rupa kepala rambut scapula fibula. Esok ada post dari aku, (yang belum tulis lagi ni), bolehlah jemput raya virtual dekat sana!.


Salam Aidilfitri buat semua,
Kullu sanah entum toyyibin.