Untuk tiga tahun lepas, dan tiga tahun akan datang, pembacaan akhbar yang betul-betul difahami dan betul-betul boleh dipegang hanya boleh dilakukan dalam 2 atau 3 bulan setahun. Lagi 8 hingga 9 bulan kebanyakkannya hanya bergantung kepada berita-berita nasional yang ringkas-ringkas dan penuh dengan annoying advertisement setiap perenggan sampai boleh rasa macam kena brainwash dengan corporate companies. Buktinya, dah jadi kebiasaan aku nak mengajuk iklan "mak buat Ho Ho Ho Ho Ho Ho Horlicks yehh?". Itu belum masuk kes iklan raya beca merah terbang lagi, mengamuk satu kampung. Jenguk jugak TV3 mana tahu tayang jugak iklan tu tapi tak muncul-muncul dah.
Maka bila dapat baca surat khabar, baru sedar kena bersyukur sebab boleh faham apa yang ditulis dan ada juga daya tarikannya berbanding asyik-asyik gambar Hosni Mubarak dekat front page, tambah-tambah dengan ilmu arab yang memerlukan sejam untuk translate satu perenggan. Gaduh dengan driver taxi lagi mudah sebenarnya dari baca satu perenggan. Haram alaik je.
Gambar hiasan dari sini: Teringin nak main dengan bunga api pula kali ni. |
Satu artikel New Sunday Times, bertarikh 2 September 2010. Menteri Kesihatan mencadangkan untuk menggunakan Nyamuk Aedes yang telah diubah-suai genetiknya. (Genetically Modified Mosquitoes) sebagai salah satu langkah menangani Demam Denggi yang makin hari makin parah, dan sebenarnya telah mula dibincangkan sejak April lagi. Tiba-tiba teringat pepatah Karam Singh Walia dalam iklan aduan rakyat, "terbakar rumah berasap, terbakar hati tiada siapa yang tahu". Okey, tiada kaitan.
Reaksi aku bila baca artikel ni, Gila cool! manakan tidak, kita akan biakkan nyamuk species aedes aegypti jantan (kerana hanya nyamuk betina yang menghisap darah) dalam makmal dan mengubah genetik mereka dan dilepaskan ke persekitaran. Objektif perubahan genetik yang dilakukan adalah supaya apabila proses (wohoo) mengawan berlaku, benih-benih yang dihasilkan bersama jantan yang telah dieksploitasi itu tidak mampu untuk hidup tanpa adanya antibiotik tetracyline, menyebabkan mereka lebih mudah untuk mati. Maka generasi aedes yang seterusnya dapat dikawal, seterusnya demam denggi mungkin berkurang. Kenapa tetracyline? itu aku pun tak pasti, nanti research lagi.
Boleh guna ke plan ni? kalau ikutkan contoh yang aku tahu, Amerika Utara telah menghapuskan species screw-worm yang suka makan luka-luka lembu dan manusia, dan bila kita kacau luka tu, ulat-ulat ni gali macam screw masuk lagi ke dalam badan, yang menyebabkan more tissue damage and eventually, death. Kaedah yang mereka guna adalah lebih kurang sama, sterile insect technique, radiation digunakan ke atas serangga menyebabkan mereka mandul dan anda pun boleh agak apa kesannya.
Tapi kalau tiba-tiba anak modified mosquitoes tu berubah macam biawak jadi Godzila macam mana? Malaysia mana ada Ultraman Power Rangers, harap dekat Keluang Man Cicak Man mana la diorang nak larat. Okey exaggerating sikit, tak la sampai jadi macam tu, cuma environmentalist agak risau kalau-kalau bila diganggu ekosistem kita dengan mengubah bilangan species aedes aegypti, mungkin akan menyebabkan species seperti aedes albopictus pula jadi dominan yang akhirnya membawa pada wabak denggi DAN chikungunya. Masalah lagi besar.
Secara peribadi, ini merupakan cadangan yang kesannya lebih efektif dari mengharapkan rakyat Malaysia bergotong-royong setiap minggu, tengok berapa banyak kes leptospirosis dah boleh agak kita ni pengotor juga sikit-sikit.
Oleh itu, macam mana orang Melaka dan orang Pahang? sebab first trial akan dibuat di sana mungkin dalam Oktober atau November ini. Nak tahu juga, sebab kalau diorang buat dekat Klang, aku risau juga sebenarnya. Benda baru kan. Boleh respond di bawah dan di kanan. Shoutbox pun dah ada, baru letak. Sebelum ni buang sebab banyak spam.
Selamat mencari lailatul qadr untuk semua.