Dua tahun kami mengembara sekitar Mesir, belum pernah terlintas dengan drama yang penuh penipuaan yang sangat lucu sehingga bila teringat saat-saat tersebut boleh menyebabkan tergelak sehingga terguling-guling. Saat ini telah naik ke carta nombor satu pengalaman bersama pemandu teksi Mesir mengalahkan situasi diacu pistol dua tahun lepas.
Oleh kerana tiadanya teksi bermeter ketika kami tiba di Ramses, kami memilih untuk menahan teksi hitam kerana cuaca sekitar semakin panas. Dengan harga asal LE25, kami naik seperti biasa. Namun pabila mula sampai berdekatan Nasr City, pemandu mula mengatakan meter kilometer di teksi usangnya itu merupakan meter harga teksi dan dia mula minta LE60 sebagai bayaran. Memang lawak Mesir to'miyyah koshary.
Reaksi muka pemandu teksi tersebut berubah serta-merta apabila kami bertiga tergelak akibat tidak tahan dengan lawak lucu beliau. Apabila disebut kami ini pelajar dan bukan pelancong, serta ditambah dengan intonasi dan reaksi orang Mesir marah, beliau mula minta LE40 sebagai ganti.
Itupun kami tidak setuju, sehinggakan kami bertanya kalau orang Mesir yang naik, LE60 jugak?. Dan saat yang paling berharga dalam situasi ini adalah apabila kami cakap "jangan kau sumpah atas nama Allah, kau penipu!" apabila dia mula bersumpah harga memang sebanyak itu.
Walaupun ketika sampai ke destinasi, kami tetap kalah dalam pergaduhan tersebut dan oleh kerana ada sekelumit rasa kerisauan dalam jiwa tatkala ketika kami hanya membayar LE25 dan dia mula mahu keluar dari kereta, kami tambah lagi LE15 dan katakan pada beliau,
"LE25 ni halal, tapi LE15 ni, haram ke-atasmu"
sekurang-kurangnya, walau kalah, masih ada dramatic exit disitu.
Maka, untuk mengelakkan situasi seperti ini berlaku kepada anda;
- Baca Selawat dan Basmalah ketika menahan teksi, semoga dipermudahkan urusan. (dan amat berguna untuk dapatkan teksi di Mansoura ketika mahu ke kawasan Dirasat dari Istaad semasa peak hours).
- Untuk mudah, gunakan teksi bermeter, dan pastikan meter digunakan. ( meter yang betul, bukan meter kilometer dekat tempat accelerometer tu).
- Jika teksi hitam di kaherah, jangan naik selagi harga tidak diputuskan, usah kira kereta di belakang teksi yang sedang hon, situasi biasa.
- Jika pemandu tetap mula menipu ketika di tengah jalan, kita ada dua option, minta turun di situ jugak, ataupun teruskan lawan kata mereka.
- Lawan dengan kata-kata yang meyakinkan, expressi muka, dan gaya tangan orang Mesir. agak membantu.
- Jika tetap kalah, dan anda mahu merasa bagaimana puasnya bergaduh di tengah jalan dikelilingi orang Mesir, teruskan pergaduhan tersebut. Jika tidak, buat sahaja dramatic exit seperti yang kami buat di atas.
Semoga pemandu teksi tersebut dapat hidup aman damai dan dimurahkan rezeki supaya tidak terdesak sehingga membuat lawak lucu sebegini rupa. Dengar kata pendapatan mereka semakin sikit dengan adanya teksi bermeter putih sekarang ni, pelancong mat saleh semua guna meter. Alternatif mudah tidak mahu ditipu, naiklah tramco atau bas.
sekian hari kedua projek 101 days of summer.