Tuesday, January 24, 2012

monolog jasad: cinta schistosoma

Pesan ibu,

Bila tiba masa dan ketika,
Dua jiwa menjadi satu,
Darah dan duri harungi bersama,
Hidup tidak indah berlagu.

Ibu selalu nasihatkan kami adik-beradik; hidup bukanlah sesuatu yang indah. Kadang kala kita terpaksa berkorban untuk hidup, dan kadang kala kita perlu mengorbankan sesuatu. Percaturan hidup tidak selalunya berakhir dengan kisah bahagia, dan jika ada yang berjaya, pasti juga ada yang jatuh gagal merana. Masa kami dengan ibu dan ayah tidak lama, kami dihantar jauh dari rumah untuk berdikari, membesar tanpa panduan orang tua, berbekalkan gerak hati yang diturunkan kepada kami sejak zaman nenek moyang dahulu. Matlamat kami hanya satu, untuk membina empayar kami sendiri, demi kelangsungan bangsa kami, demi kekuatan kerabat kami. 

Kami membesar di lembah hati siput sehingga kami remaja. Berkobar dengan semangat juang mempertahankan bangsa. Kami belajar untuk hidup di persekitaran usang, kami berusaha mematangkan diri dengan segala aral yang datang. Kini tiba masanya, untuk kami keluar ke dunia sebenar, memulakan perjuangan kami, memulakan impian kami.

Pada mulanya aku tak faham pesan ibu; 

"Bila tiba masa dan ketika, dua jiwa menjadi satu". 

Namun apabila aku sedar bahawa aku perlukan entiti lain dalam merealisasikan impian aku, aku perlu mengorbankan sesuatu demi masa depan aku, aku perlu keras hati, tabah, kejam. Niat tak menghalalkan cara, namun kelangsungan hidup menghalalkan segalanya. 

Teringat betapa susahnya ketika muda dulu, terapung-apung di permukaan sungai nil di bawah pohon kurma, redup, indah. Ingin saja aku hidup begitu selamanya. Namun aku sedar aku menggalas amanah, hidup bukan untuk malas, fikir yang mudah. Aku bersedia siang dan malam, panas dan sejuk, menanti peluang untuk aku bersatu dengan manusia. Setiap kocakan air, setiap pergerakan mereka, aku mampu rasa. Berbekalkan pisau enzyme kepunyaan nenek moyang, aku teroboskan diri melalui liang roma mereka. Aku perlu kuat, aku perlu cepat. Aku perlukan mereka, mereka tak perlukan aku.

Teringat betapa indahnya bertemu kekasih pujaan di lembah hati. Aku mula jatuh cinta dengan Adrianna  semasa hidup di sungai nil dahulu, ayu sifatnya, sopan perilakunya. Namun aku tabahkan diri, malu menyatakan hasrat jiwa, tatkala perjuangan bangsa harus didahulukan. Tak sangka takdir menyebelahi aku, tak sangka kami berdua ditemukan di lembah hati ini. Kini, masa depan bangsa bukan sahaja satu perjuangan syadid, tetapi satu manifestasi cinta bahagia. Aku letakkan Adrianna dalam jasadku, aku letakkan dia dekat dihati. Tak akan aku lepaskan dia, tak akan aku biarkan dia dalam bahaya. Hidup di rumah sendiri bagaikan hidup di medan perang. Atau mungkin hanya aku yang memanggil tempat ini rumah, namun pada mereka aku hanya sampah. Namun aku harus pasrah, aku harus teruskan hidup.

Kini tiba pula masa untuk kami pesan pada anak-anak. Mereka akan hidup berdikari tanpa panduan kami, seperti aku dahulu. Aku yakin mereka akan berjaya. Aku yakin.

"Darah dan duri harungi bersama, hidup tidak indah berlagu"

Aku faham kenapa ibu kata hidup tidak indah berlagu. Ya mungkin aku berjaya dalam matlamat aku, impian kelangsungan bangsaku. Namun buat tempat ini, manusia ini. Hidupnya musnah. Apabila ada yang berjaya, pasti ada yang gagal merana. Benar kata ibu. Namun inilah percaturan hidup. Kadang kala kita perlu berkorban, dan kadang kala kita perlu mengorbankan sesuatu. 

Aku parasit schistosoma, dan aku pejuang bangsa. 
Maaf manusia.


******

Dah lama aku cuba tulis kisah schistosoma ni, endemic paling besar pernah terjadi di Mesir, sejak semester 5 lagi, tapi tak terdaya. Mungkin kisah cinta romantis antara si jantan dan betina yang sebenarnya lebih dramatik tak digambarkan sepenuhnya dalam monolog tu. Tak mampu. Jiwa tak cukup penerapan kisah cinta. Konon. Tapi betul, memang si jantan simpan si betina dalam badan dia, bawak dari hati ke usus besar atau pundi kencing untuk bertelur. Bagi mereka benar, romantis. Bagi manusia, jenuh liver failure, hematuria, bladder cancer. 

Aku cuba jugak beri reaksi peribadi, dalam kes pejuang Melayu serbu dewan perhimpunan anti sana sini. Biasalah, jiwa tersirat, konon nak menyampaikan mesej dalam penulisan. Aku hanya ingin mencetuskan pemikiran. Tak berniat nak melagakan harapan.

Ini monolog jasad yang kedua dalam masa dua tahun. Tepuk tepuk tepuk. Sarkastik. Sini yang pertama (monolog jasad: aku pejuang kebebasan)
Maaf ada unsur Merong Mahawangsa sikit. Obses.

"Raja kamilah jaga kami nanti, raja kami, tetap kembali" - embuk

Wednesday, January 11, 2012

Procrastinitis: a medical student syndrome.

Procrastination,
Procrastinitis, the failure of will power to study.
Procrastination is making a cup of coffee, and adding more hot water afterward because it's too sweet, for the fear of diabetes. Procrastination is opening up facebook, with the initial idea to download notes, but end up stalking people. Procrastination is being in twitter, reading the timeline, finding someone who has the same low level of motivation as yours, and re-tweeting cliche quotes. 

Procrastination is trying to make sense what does accentuated means in cardiology. Starring at the pictures without reading the text. Procrastination is hearing the sound of heart murmur in you tube for countless of times, and not being able to determine where is the murmur. Procrastination is doing mind maps and notes, colorful ones with cartoon characters on the side. Procrastination is not being able to focus.

Procrastination is making a cup of coffee, and finding some snacks to eat with it. Procrastination is the believe that one will never be able to study while eating, and end up with two episodes of Futurama. Procrastination is marking the calendar, circling the exam dates. Procrastination is the feeling of stress, is taking a quick nap, is doing the laundry, is checking your notification, is checking your mentions, is watching videos on you tube, is checking your notifications again. Procrastination is watching videos about procrastination.

Procrastination is trying to find your notes, is searching for chapters to read, is memorizing sign and symptoms. Procrastination is the believe that you are actually studying.

Procrastination, is simply 9gag.


Procrastination is writing this post. Is making a cup of coffee again, and screw the sweetness this time, I need all the glucose for my brain.

footnote: Procrastination, is #cheesy. 

Monday, January 9, 2012

Ini untuk kita

Tak ada jantung, tak adalah darah. Tak ada darah, tak adalah organ.
Tak ada organ, tak adalah jantung.

Tak ada hati, tak adalah insulin. Tak ada insulin, tak adalah tenaga.
Tak ada tenaga, tak adalah hidup.

Tak ada perut, kemana makanan akan pergi. Rosak otak, hidup berbelah bahagi. Hilang mata, bagaimana nak mencari? Hilang jiwa, bagaimana nak mengasihi?

Semua berkait, semuanya satu.

Rosak sedikit, hilanglah padu.

Kita mencari jalan kebenaran, jalan kebebasan. Namun kita masih sesat. Hilang arah, lupa arah. Mungkin kita tidak sedar, dalam melaungkan panji perjuangan syadid, dalam memaki hamun musuh parasit, apa sebenarnya nilai perjuangan, erti perjuangan? siapakah musuh sebenar, siapa parasit?

Ini untuk kita,
Ini untuk negara,
Ini untuk agama.

Jika bola boleh menjadi matlamat, kita masih belum terlambat.