Pesan ibu,
Bila tiba masa dan ketika,
Dua jiwa menjadi satu,
Darah dan duri harungi bersama,
Hidup tidak indah berlagu.
Ibu selalu nasihatkan kami adik-beradik; hidup bukanlah sesuatu yang indah. Kadang kala kita terpaksa berkorban untuk hidup, dan kadang kala kita perlu mengorbankan sesuatu. Percaturan hidup tidak selalunya berakhir dengan kisah bahagia, dan jika ada yang berjaya, pasti juga ada yang jatuh gagal merana. Masa kami dengan ibu dan ayah tidak lama, kami dihantar jauh dari rumah untuk berdikari, membesar tanpa panduan orang tua, berbekalkan gerak hati yang diturunkan kepada kami sejak zaman nenek moyang dahulu. Matlamat kami hanya satu, untuk membina empayar kami sendiri, demi kelangsungan bangsa kami, demi kekuatan kerabat kami.
Kami membesar di lembah hati siput sehingga kami remaja. Berkobar dengan semangat juang mempertahankan bangsa. Kami belajar untuk hidup di persekitaran usang, kami berusaha mematangkan diri dengan segala aral yang datang. Kini tiba masanya, untuk kami keluar ke dunia sebenar, memulakan perjuangan kami, memulakan impian kami.
Pada mulanya aku tak faham pesan ibu;
"Bila tiba masa dan ketika, dua jiwa menjadi satu".
Namun apabila aku sedar bahawa aku perlukan entiti lain dalam merealisasikan impian aku, aku perlu mengorbankan sesuatu demi masa depan aku, aku perlu keras hati, tabah, kejam. Niat tak menghalalkan cara, namun kelangsungan hidup menghalalkan segalanya.
Teringat betapa susahnya ketika muda dulu, terapung-apung di permukaan sungai nil di bawah pohon kurma, redup, indah. Ingin saja aku hidup begitu selamanya. Namun aku sedar aku menggalas amanah, hidup bukan untuk malas, fikir yang mudah. Aku bersedia siang dan malam, panas dan sejuk, menanti peluang untuk aku bersatu dengan manusia. Setiap kocakan air, setiap pergerakan mereka, aku mampu rasa. Berbekalkan pisau enzyme kepunyaan nenek moyang, aku teroboskan diri melalui liang roma mereka. Aku perlu kuat, aku perlu cepat. Aku perlukan mereka, mereka tak perlukan aku.
Teringat betapa indahnya bertemu kekasih pujaan di lembah hati. Aku mula jatuh cinta dengan Adrianna semasa hidup di sungai nil dahulu, ayu sifatnya, sopan perilakunya. Namun aku tabahkan diri, malu menyatakan hasrat jiwa, tatkala perjuangan bangsa harus didahulukan. Tak sangka takdir menyebelahi aku, tak sangka kami berdua ditemukan di lembah hati ini. Kini, masa depan bangsa bukan sahaja satu perjuangan syadid, tetapi satu manifestasi cinta bahagia. Aku letakkan Adrianna dalam jasadku, aku letakkan dia dekat dihati. Tak akan aku lepaskan dia, tak akan aku biarkan dia dalam bahaya. Hidup di rumah sendiri bagaikan hidup di medan perang. Atau mungkin hanya aku yang memanggil tempat ini rumah, namun pada mereka aku hanya sampah. Namun aku harus pasrah, aku harus teruskan hidup.
Kini tiba pula masa untuk kami pesan pada anak-anak. Mereka akan hidup berdikari tanpa panduan kami, seperti aku dahulu. Aku yakin mereka akan berjaya. Aku yakin.
"Darah dan duri harungi bersama, hidup tidak indah berlagu"
Aku faham kenapa ibu kata hidup tidak indah berlagu. Ya mungkin aku berjaya dalam matlamat aku, impian kelangsungan bangsaku. Namun buat tempat ini, manusia ini. Hidupnya musnah. Apabila ada yang berjaya, pasti ada yang gagal merana. Benar kata ibu. Namun inilah percaturan hidup. Kadang kala kita perlu berkorban, dan kadang kala kita perlu mengorbankan sesuatu.
Aku parasit schistosoma, dan aku pejuang bangsa.
Maaf manusia.
******
Dah lama aku cuba tulis kisah schistosoma ni, endemic paling besar pernah terjadi di Mesir, sejak semester 5 lagi, tapi tak terdaya. Mungkin kisah cinta romantis antara si jantan dan betina yang sebenarnya lebih dramatik tak digambarkan sepenuhnya dalam monolog tu. Tak mampu. Jiwa tak cukup penerapan kisah cinta. Konon. Tapi betul, memang si jantan simpan si betina dalam badan dia, bawak dari hati ke usus besar atau pundi kencing untuk bertelur. Bagi mereka benar, romantis. Bagi manusia, jenuh liver failure, hematuria, bladder cancer.
Aku cuba jugak beri reaksi peribadi, dalam kes pejuang Melayu serbu dewan perhimpunan anti sana sini. Biasalah, jiwa tersirat, konon nak menyampaikan mesej dalam penulisan. Aku hanya ingin mencetuskan pemikiran. Tak berniat nak melagakan harapan.
Ini monolog jasad yang kedua dalam masa dua tahun. Tepuk tepuk tepuk. Sarkastik. Sini yang pertama (monolog jasad: aku pejuang kebebasan)
Maaf ada unsur Merong Mahawangsa sikit. Obses.
"Raja kamilah jaga kami nanti, raja kami, tetap kembali" - embuk
I really admire your writing.
ReplyDelete-secret admirer-
"Raja saya adalah kamu" #cheesy
Awak ni kenapa? tak reply pun saya punya comment.
ReplyDeletejanganlah macam ni. awak ni siapa?
Deletesampai hati dah tak kenal saya. ni saya la. saya. dah lama saya stalk awak tauuu.
Deletealamak.
Deleteaku x gk pun lagi filem merong mahawangsa
ReplyDelete