Friday, August 3, 2012

"Solat pun nak main aci ligan?"

"Ramai orang dekat surau pa? sampai bahagian perempuan melimpah keluar ni ha.
Dulu time macam ni dah tinggal tiga saf, ni penuh lagi. Ramai orang pindah sini ke?"

"Budak-budak dulu dah makin besar, kira sekarang sini dah jadi kampung"

Jawapan yang legit.

Dulu aku lah budak hingusan yang bising di belakang surau main tiang lepas isyak, lepas tu pergi kedai Cina dekat dengan padang Damak pergi beli mercun mancis dan berpesta di padang sampaikan uncle Cina duduk depan padang pun keluar marah-marah. Main thunder clap tepi surau sampaikan bila meletup terkedu imam tengah baca surah sebab terkejut. Tukang kemas dapur buat air teh nak dapat elaun moreh, tambah bajet nak beli mercun.

Sekarang aku lah budak hingusan yang senyap dan hanya senyum bila bersalam. Kaget juga rasa bila setahun sekali balik berjumpa orang kampung. Kawan-kawan yang main mercun sekali entah kemana. Dunia facebook tanpa sempadan pun tak dapat main peranan.

Dan aku lah budak hingusan yang sentiasa pelik bila berjemaah di Malaysia tanah tumpah darah janji ditepati ni. Susah sangat nak rapatkan saf bila bersolat. Jarak antara jemaah tu ada yang lebih 5 inci. Nak tegur satu saf sungguh aku hanya budak. Tapi bila kita mahu rapatkan dengan orang ditepi, makin kita rapat, makin diajak rapat, makin dia lari ke tepi, makin menjarakkan diri. Nak solat pun boleh main aci ligan?

Aku faham, mungkin rapat tu nanti bila bersujud atau duduk tahiyyat tidak selesa. Tapi hilanglah berkat dan kebaikan jemaah jika saf itu tak dirapatkan.

Ingat kisah tentera Islam semasa zaman Umar RA. Tentera Islam semasa itu buntu mencari kemenangan. Semua berperang di siang hari dan beribadah di malam hari, namun belum mencapai kemenangan. Bila diteliti, ada dua perkara ringan yang diabaikan, tidak bersugi/membersihkan mulut sebelum solat, dan tidak merapatkan saf.


Rapatkan saf solat kita. InsyaAllah dengan berkat dan izin-Nya, tak bergaduh dah kita di bumi janji ditepati ni. Bergaduh sana-sini macam tak ada agenda lain.

2 comments:

  1. sama la dgn surau dpn rumah aku..yg rapat saf dpn skali je..yg lain tu boleh selit 2 ekor kucing stndard size...tapi semuanya org tua, yg umur lbih kurang kita x ramai sgt kat surau..tapi tu isu lain pulak..rasanya diorang jarang dgr kut imam sruh rptkan saf bila nak start smyang..kita lain lah..duk jenan, duk dgr bnda tu ja bila nak smyang, dah lekat dlm kepala bila nak smayang kena rapat saf

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah brother, kadang kadang tu memang diorang tak nak rapat, kita makin dekat dia makin elak. haha. aku rasa kena buat style arab lah, tarik je seluar dia bawah lutut tu bagi rapat. by time insyaAllah akan makin sempurna, effort pertama kita kena focus pada turun jemaah dulu, betul.

      Delete