Bulan Ramadhan bulan mulia. Seminggu aku berpuasa di bumi Mansurah, seminggu itulah aku jadi surirumah. Bila imtihan dah khalas, sahabat serumah dah balik, kita yang gatal nak tinggal. Konon boleh mencari diri di bulan mulia, tingkat ibadah dari bulan biasa, berkat rahmat tanah penuh sejarah. Tapi, itulah, perancangan sebelum ni tak semua yang menjadi. Dulu siap rancang nak buat kek pelangi masa cuti duduk sorang, akhir sekali sekaya kuih masakan ibu pun hangus dicemari tangan aku yang rakus. Rosak makanan Melayu yang manis dan harmoni.
Aku sahur di rumah orang, aku berbuka di rumah orang, aku mandi tidur di rumah orang. Masak saja di rumah sendiri. Jadinya memang rutin aku bawak bekas berisi lauk dalam bag hijau 'please recycle' sangkut di bahu macam Mak Cik Hamidah balik beli ikan tenggiri dari Pasar Besar Cik Kiah berjalan ke arah Syari3 Makkah depan Abo Rayya. Dan sememangnya jadi rutinlah aku lalu depan pemuda-pemuda mesir ber-galabiya sambil memegang bag tangan serupa macam bag hijau please recycle aku cumanya bag mereka bertulis 'muhandeseen cement' duduk di hadapan masjid putih tepat jam 6.30pm, 20 minit sebelum berbuka. Aku tak pasti macam mana diorang boleh buat bag tangan dari bag cement, kalau copyright-kan mungkin boleh dapat royalti. Ni belum kes buat seluar dalam dari bag cement lagi, macam dalam buku Yacoubian Building tulisan Alaa Al-Aswany. Dia orang Mesir, dia mesti lagi tahu.
Apa yang buat aku fikir pasal syabab ber-beg cement ni adalah, mereka memang hari-hari akan tunggu di tepi jalan beramai-ramai, mungkin mengharapkan kalau ada kerja binaan atau angkat pasir atau apa saja, mereka akan dipanggil. Itu sistem yang aku faham. Aku tak tahulah betul salah, teringin juga nak pergi bersembang cumanya tak berkesempatan lagi. Rasa macam invading private space pulak dah lah tak kenal. Tapi di situlah mereka duduk dari pagi hingga berbuka, mungkin juga menanti makanan dari masjid, tapi ada juga mulut dah mengunyah sebelum waktu berbuka. Entahlah. Husnu Zhon. Kasihan sebenarnya, sebab ada semua lapisan umur, dari remaja hingga ke muka bapa anak lima. Maksudnya, once you are in, you'll never go out. Once a Syabab Galabiya, always a Syabab Galabiya. Mana pergi sekolah, mana pergi belajar, mana pergi masa depan. Tak ada dalam kamus. Maaf. Tapi aku doakan mana tahu ada yang jadi tauke cement nanti. Syukur.
Itu berbuka, sahur pun aku merantau juga. Biasalah takut makan sorang. Kembara ke rumah sahabat pukul 2.30am amat menenangkan. Sejuk, tak ada orang, tak ada syabab galabiya tenung bag hijau please recycle yang ada rendang ayam baru siap masak. Tapi yang aku perasan, tepat jam 2.30am ni, di tempat pelupusan sampah istaad gam3ah, yang mana bulan puasa ni makin besar pulak kawasan dia ambil. Tepi jalan macam biasa, Mesir. Akan ada seorang pak cik naik basikal tua banyak gantung plastik berbalut kepala dengan serban tercari-cari sesuatu dalam timbunan foul to3miyyah hadarol maut koshary rendang ayam tak habis buka tadi yang dah dibuang. Dia belek, nampak elok, dia makan. Dia belek, nampak sedap, dia minum. Hebat tak hebat. Kita sahur western mash potato french toast sosej. Pak cik tu sahur makan zibalah, sampah. Minum jus mangga basi yang kita buang. Makan kurma masam yang kita buang. Hebat tak hebat. Dan tempat pak cik ni sahur, betul betul tengah jalan, ada orang sahur dekat Ceaser mesti nampak, jalan depan istaad mesti nampak, jalan pergi abo raiya mesti nampak. Tapi tak seorang pun hulur air bersih, makanan bersih. Tak seorang pun, termasuk aku. Terfikir, tapi jadi takut. Takut pak cik tu ego. Takut orang ramai tegur. Takut dengan reaksi. Pengecut, aku pengecut.
Seminggu aku puasa di bumi Mansurah. Seminggu aku jadi suri rumah. Basuh peti ais sorang-sorang bila nak tinggal rumah sebulan balik bercuti di malaysia sangat seksa. Nanti isteri kemas rumah, aku tolong, aku tahu penat. Nanti isteri masak aku tolong potong bawang, aku tahu pedih mata. Nanti isteri basuh baju aku tolong sidai, aku tahu perasaan malas nak sidai baju. Sudah, tamat promosi saya jejaka meterial suami dekat bakal isteri. Nanti kata-kata hanya tinggal mimpi, hanyut. Tulisan ni jadi saksi.
Kesimpulan seminggu bersuri-rumah di bulan puasa. Tak usahlah kita tunggu untuk buat sesuatu, beribadah terutamanya. Tunggu tak kemana kita. Tangguh tak kemana kita. Tangguhlah baca Quran, nanti lagi banyak nak kena cover. Tangguhlah solat tarawih, nanti takbeer lah atas tilam. Jangan tunggu macam syabab galabiya, mulakan langkah, cari pedoman, cari ibadah, cari kerja, cari halawatul Iman.
Jangan jadi macam aku, dan semua orang yang nampak pak cik sahur makan sampah. Jika anda rasakan benda baik perlu dilakukan, perkara betul harus ditegakkan. Jangan berniat saja, nanti menyesal. Pecah persepsi orang, mereka tak mahu lihat, mereka pejam mata, kita buka, kita bantu, kita hulurkan tangan. Jangan buat kesilapan macam aku. Jangan aku ulang kesilapan yang sama. InsyaAllah.
Semoga selamat sampai di bumi Malaysia.
Semoga selamat bumi Malaysia.
Janji ditepati.
haha. have a blast ramadhan la kucai.
ReplyDeleteyou too bro, selamat ber-ramadhan. ada gathering nanti bila bila jom arh sekali :)
Deletenanti tolong isteri yeh ;)
ReplyDeleteSetuju. Masuk contract. :D
Delete