Thursday, November 11, 2010

"Nanti Waktu Nak Tolong Ni, Jangan Mengorat Isteri Dia Pulak"

Banner rasmi Koshary di 100penulis!

Entry ini aku tulis untuk 100penulis pada Oktober 21, 2010. 
Cuma rasa rugi kalau tak semadikan dekat sini juga.

Kedengaran orang terjerit-jerit di luar rumah, aku pun menyelak langsir sliding door untuk menjenguk apa yang terjadi, kelihatan macam ada orang bergaduh di luar rumah, nampak macam seorang suami sedang memarahi isterinya. Ayah mengajak aku keluar, mungkin ingin membantu. Dalam perjalanan keluar, ayah pun berpesan, "nanti waktu nak tolong ni, jangan mengorat isteri dia pulak".

Okey, sebelum aku sambung cerita tu, jom baca kisah ni dulu;

"Ketika seorang lelaki dalam perjalanan, tiba-tiba dia terasa haus. Dia sampai di sebuah telaga lantas turun ke dalam telaga itu, minum air dan keluar semula dari telaga itu. Kemudian dia ternampak seekor anjing sedang tercungap-cungap, menjilat tanah lumpur di situ kerana kehausan. Lelaki itu berfikir, "Anjing ini sedang kehausan sebagaimana aku sendiri kehausan sebentar tadi." Lantas dia turun semula ke dalam telaga itu dan mengisi kasutnya dengan air,sebelum memanjat keluar dari telaga itu sambil mengigit kasut tersebut dan memberi minum anjing itu. Perbuatan lelaki itu dihargai Allah dan Allah mengampunkan dosanya.." 
                                                                         (Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dasyat kan? usaha lelaki tersebut mungkin nampak kecil, malah yang dibantunya bukan kucing atau burung merpati, tapi seekor anjing. Untuk aku la kan, nak dekat dengan anjing radius dua meter pun takut, akibat fobia kakak kena kejar anjing, ya, akak aku yang kena kejar, aku yang fobia, memang tak ada kena mengena. Tapi niat murni lelaki tersebut yang mengenangkan betapa anjing itu haus sebagaimana dia haus sebelum itu, dan melakukan usaha untuk masuk semula ke dalam telaga, ambil air dengan kasutnya, gigit kasut tersebut sambil memanjat keluar dan beri anjing tu minum, membolehkan Allah mengampuni dosa lelaki tersebut. Wah! Besar betul ganjarannya kan?.


Kisah ni memang memberi iktibar, dan membawa maksud yang boleh diguna pakai dalam apa jua keadaan. Cuba fikirkan betapa banyaknya peluang untuk kita melakukan kebaikan dalam 24 jam sehari semalam kita hidup. Kalau di sini, memang jika kita berjalan di kedai-kedai hadapan perkarangan universiti, pasti akan ada kanak-kanak yang usianya tak sampai 7 tahun meminta sedekah, ada kalanya sampai dicium bahu kita ni ha. Makcik makcik yang kadang kala sampai tarik-tarik baju pun ada, mungkin kerana melihat kita lain dari mereka terus ada persepsi yang kita ni banyak duit, walaupun pada hakikatnya tidak. Apa-apa pun, dalam bekerja ke, mengajar ke, berjalan keluar dari KTM dan ternampak abang yang buta, atau sedang berjalan dan ternampak seorang ibu muda nak angkat stroller baby naik tangga, apa salahnya kita berhenti dan membantu. Kalau anjing dibantu diampunkan dosa, membantu manusia yang punya hati dan jiwa, sebesar mana pula ganjarannya kan?   


Gambar sewaktu kami tahun satu, baru nak bertolak ke Mansoura dan ingin mengambil gambar, tiba-tiba makcik tua itu datang meminta sedikit pertolongan.
"usahlah memperkecilkan sebarang perbuatan baik tidak kira sekecil mana sekalipun, walaupun ia sekadar wajah yang gembira dan senyuman yang kamu berikan kepada saudaramu"
                                                                        (hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim) 

Mudahkan? kalau tak termampu untuk melakukan usaha, poket kita pun memang dah kering, kita hanya perlu senyum. Ini memang benar tepat dan betul. Aku cukup gembira bila kadang-kadang berjalan sorang-sorang tiba-tiba ada pakcik atau makcik senyum dekat kita. Berbunga-bunga hati weyh! siap kalau tengah tension terus tersenyum sampai bersinar-sinar muka.


Baru tadi housemate aku buat hati berbunga-bunga. Bila aku mula buat pelik tidur lepas Maghrib (masuk waktu pukul 5.30pm) mahu terlajak sampai tengah malam. Bila bangun terus lapar, keluar dari bilik dan tengok atas meja makan ada plastik berisi sandwich Cook Door (McDonald versi Mesir) untuk aku. Mahu tak terharu!


Jadi untuk sambung semula kisah di awal bicara;

...Dalam perjalanan keluar, ayah pun berpesan, "nanti waktu nak tolong ni, jangan mengorat isteri dia pulak". Aku pun terfikir, "eyh bapak aku ni, dalam mimpi pun nak buat lawak". Dalam masa yang sama, si lelaki tiba-tiba flying kick isterinya sampai berdarah hidung. Kami pun serentak menjerit "woi!!" dan aku pun terus terjaga. Pergi solat Isyak, makan Cook Door, dan terus datang sini menulis untuk anda.

No comments:

Post a Comment