Bila fikirkan perjalanan kerjaya, takut sebenarnya. Keupayaan klinikal tu satu hal, nak puaskan hati patient pun satu hal, dan bila masuk bab menyaksikan sendiri takdir ajal ketentuan Allah, lagilah. Cukup besar peringatan depan mata. Mungkin peristiwa peribadi terdahulu banyak mengajar tentang erti redha, erti 'let go' itu sendiri. Bermula dari kehilangan Tok ki, sampailah sahabat sebelah katil di asrama masa di Jenan dulu.
Masa di hospital klang dulu, rajin juga bersembang-sembang dengan patient, mungkin sebab bila masuk waktu tengahari dah tak banyak benda yang boleh aku nak pergi menyibuk. Mula bersembang dengan sorang pak cik ni, memang usia atuk aku pun. Sebab klinikal agak complicated, jadi kita skip part tuh. Cuma yang perlu kita tahu, ada liver dysfunction jadi clotting mechanism agak terganggu, menyebabkan lengan pak cik ni lebam biru, teruk. Sampaikan perlu ditampal notis dekat tangan tu "do not take blood from this arm, please".
Nak dijadikan cerita, satu hari ni, isteri pak cik tu pun ada bersama. Sweet bila tengok couple ni. Memang cinta hingga ke akhir hayat. Mak cik ni pulak ada isu dementia, nyanyuk. Yang dia ingat adalah pak cik tu suami dia, dan anaknya ada di banting, on the way ke hospital. Tiga kali aku datang bersembang, tiga kali topik yang sama.
Jadi bila mula bercerita, pak cik luahkan perasaan yang malam semalam, ada doktor cuba ambil darah, "cucuk-cucuk tak dapat, dia cucuk lagi" katanya. Memang la susah, tangannya memang lebam biru. Tibatiba nenek tepuk paha atuk, lemah. Suara mula bergetar, menangis, "janganlah marah doktor, kan diorang nak tolong" sambil terduduk menangis. Dalam masa yang sama, ada akak staff nurse sedang memberi ubat, "haa atuk buat nenek nangis!", tergelak aku. Memang tak kena tempat, tapi bagus akak staff nurse ceriakan keadaan, kalau tak mahu terkedu aku nak pujuk nenek.
Atuk terus cakap dekat aku, "kamu ni pelajar kan, belajar elok-elok, jadi doktor yang bagus". Aku angguk sambil tersenyum. Sembang sikit lagi dan aku tinggalkan mereka, biarkan mereka berdua bersembang pulak, aku ni asyik datang menyibuk jek.
Esok pagi, bila datang semula ke wad. Tercari-cari juga mana atuk tu pergi, aku fikir mungkin dah pindah wad, atau pindah katil. Memang dekat general hospital berubah-ubah tempat patient, ikut tahap kritikal kalau tak silap. Jadi aku ikut rutin wad seperti biasa. Cuma tengahari tu, bersembang dengan houseman dan nurse, ye asyik bersembang jek aku ni. Baru tahu yang atuk semalam. Dah meninggal.(Innalillahi wa innalillahi ruji'un) Terkedu jugak kejap. Tapi control muka sebab ada student nurse dekat situ. Memang ego tahap takde kaitan.
Aku senang attached dengan patient, tu belum treat diorang lagi. Nanti entah macam mana. Mungkin dengan sibuk dan banyak kerja akan distract dari semua tu, tengok houseman and doctors lain macam pasrah biasa jek. Patient case PBL minggu ni pun buat aku sedih, yela sebab sebelum ni walaupun orang dalam case yang kita belajar tu tak wujud, tapi aku bayang bayang jugak diorang tu macam kita punya real patient, siap fikir macam mana nak tolong dia hadapi alcoholism semua. Tapi kali ni, first time, imaginary patient mati sebab cancer. Sedih sedih.
Ini semangat nak pergi run for cure, run for cancer esok ni.
Dulu ada cita-cita nak kahwin dengan arab badwi |
Kerana larian kanser, aku sanggup pakai baju pink. sanggup.
No comments:
Post a Comment