Sunday, October 3, 2010

"pek rendang ajaib tu ada lagi?"

Tiga perkara yang perlu dihargai sebelum meninggalkan tanah tumpah darah.

Makanan
Baru tadi menikmati open house yang terakhir untuk sesi pulang ke rumah kali ni, asli buatan Malaysia sempena saki-baki Aidilfitri yang masih ada. Tuan rumah pula sedap juga mulut cakap, "ha tambah lagi laksa tu nanti dah balik sana makan laksa guna spaghetti aje". Makanan memang akan jadi topik perbualan dengan rakan senasib dari mula jejak kaki di tanah orang sampai jejak kaki balik di tanah sendiri. "ish aku teringat nak makan nasi lemak la, jom buat nasi lemak". "ish aku teringin nak makan rendang la, pek rendang ajaib tu ada lagi?". "ish teh tarik aku buat tak rasa macam teh tarik mamak la". Siap pagi-pagi jumaat sanggup terjah udara sejuk semata-mata nak pergi makan roti canai buatan kawan di kedai, secara peribadi, bukan nak cari roti canai sangat, cuma nak cari suasana makan roti canai tu. Rasanya memang betul, masaklah rendang ajaib sesedap mana pun dekat sana (sini), masih ada missing factor, suasana. Tapi bila dah masuk bab makanan, kita redah tak ingat dunia juga. Jadi selamat tinggal suasana makan makanan di tanah sendiri.

Okeylah rendang tak ada kami balon firakh masywi (ayam panggang)

Hujan
Sejak akhir-akhir nak balik ni, memang hari-hari hujan. Teringat perasaan suka hati sampai tak tahan jiwa nak menanggungnya bila hujan mula turun dekat Mansoura semester lepas. Lima minit saja pun. Tak sama dengan hujan pagi tadi turun lebat sampai menyorok ikan koi dekat kolam luar rumah tu takut melimpah keluar ikut arus air hujan. Hujan itu rahmat. Bila duduk di tanah yang hujan tak sampai beberapa baldi setahun baru sedar hujan itu rahmat. Duduk termenung dekat luar rumah bila hujan lebat turun dah mula jadi hobi utama bila balik rumah sampai ayun mula kata angah dah jadi orang tua lama termenung sorang-sorang. Aku suka suasana hujan, sama macam suasana makan. Hujan dan makan, kombinasi terbaik.

Keluarga
Bila dah sampai saat-saat terakhir macam ni, baru mula ada rasa macam ada hurtburn sikit sikit. Kalau nak treat simptom, makan lah antacid tapi aku tahu ini bukan masalah asid perut. Tiba-tiba teringat siapa nak tekan belakang ayun bila dia sakit belakang, siapa nak kacau baby bila aku takde, siapa nak tolong mak ambil barang tinggi-tinggi dekat kabinet bila aku dah balik, siapa nak tolong angkat meja almari pasu untuk ayah bila aku takde dekat rumah. Teringat benda macam ni, terbayang suasana bila buat benda-benda tu, memang buat aku hurtburn. okeylah mengaku bukan hurtburn, homesick sikit sikit. Bila homesick kan rasa macam hurtburn, jadi makanlah Gaviscon bila homesick. Alamak mesir tak jual Gaviscon. Habislah homesick.

Maaf
Kepada semua rakan pembaca dan blogger. Maaf kerana widget komen ni kadang-kadang hilang tak tentu pasal, terima kasih pada anda kerana memaklumkan. Akan di betulkan segera, mungkin lagi mudah guna balik komen blogger, mudah tangkas dan berwibawa. (apa kata anda?) Bila dah settle down belajar ikut jadual internet pun dah register balik akan didahulukan perkara ni, suasana di sini tak sama tanpa anda semua. Akan kembali aktif dengan lawat rumah(blog) anda walaupun raya dah habis dan juga di 100 penulis semula bila proses migrasi dah selesai.

Mesej dari lagu ini buat tiga suasana yang akan ditinggalkan, dan anda.

No comments:

Post a Comment