Enam bulan yang lalu, bila balik sahaja dari kuliyyah, perkara pertama sekali yang aku buat adalah buka laptop, connect ke internet dan buka gmail.
"126 mail in your inbox"
"eh..baru semalam aku clear semua Facebook notifications ni"
Maka bermulalah operasi mentelaah setiap notifications yang dihantar sambil menguruskannya dengan teliti. Ada wall post dari Fahrin, entah siapa Fahrin ni bertanya khabar macam kenal sepuluh tahun, jadi aku pun mula buat Facebook database research secara teliti setiap details dan gambar, baru ku tahu dia sebenarnya rakan kepada rakan kepada rakan baik ku di sekolah yang sekarang duduk sebilik dengan abang kepada sahabat dari kursus kepimpinan tahun lalu. Ada pula tag gambar dari sahabat sekolah, bila dibuka, terpampang gambar seorang lagi sahabat lama yang sedang buat muka comel, penuh beratus-ratus komen kita seronok saling mengata, aku pun tambah cerita lawak sini dan sana. Kemudian diselesaikan pula semua tugasan memasak dalam Restaurant World, selesaikan permintaan bantuan Mafia Wars, Uruskan pembelian kapal terbang baru dalam Airlines Manager, kemudian tanam dan siram tanaman di Farmville.
Bila semua dah selesai, aku pun browse main wall tengok-tengok apa aktiviti sahabat-sahabat lain, ada sahabat yang ku kenal kerana mutual friend kepada kawan kakak yang keluarkan status katanya dia sedih ditinggalkan kekasih, tiada komen. Aku pun ambil tindakan untuk beri ayat memujuk. Dia ucap terima kasih. Aku pun mula keluarkan status mengatakan yang assignment minggu ni teramatlah susah, ramai sahabat lain setuju. Tiba-tiba keluar pop-up chat dari sebelah kanan, sahabat sekolah lama bertanya khabar, kami bertukar-tukar cerita. Samibil-sambil tu aku mula upload gambar dari event terbaru yang aku hadiri sambil tag tuan punya muka masing-masing. Kalau tak nanti bising pula seorang dua.
Ada invitation untuk sertai group anti itu anti ini, group peminat Selena Gomez, ini kena join ni!. Dalam masa itu, notification sudah penuh kembali kepada berpuluh-puluh apabila status dan gambar tadi dikomen dan di'like'. Aku mula buka youtube dan New Straits Time mencari video viral baru sambil membaca perkembangan berita di Malaysia. Dalam masa yang sama aku mula post link di wall tentang perkara menarik yang ku jumpa di laman web.
I diagnosed myself with Facebook Addiction Disorder |
Apabila belakang mula terasa sakit, aku lihat jam windows di sebelah kanan, dah masuk lewat malam. Solat Asar dan Maghrib tadi pun jadi tidak khusyuk. Eh assignment untuk presentation esok tak buat lagi! Baru mula menulis assignment sambil membuat research secara ala kadar, siap pada pukul tiga pagi akibat diselang-seli dengan membalas komen dan status sahabat-sahabat. Pukul 3.30 pagi bari aku keluar harungi udara sejuk Mesir di musim winter untuk photocopy assignment untuk tujuan pembahagian esok hari. Lecture hari ni tak cover lagi? esok dah masuk tajuk baru, takpe, esok aku cover dua-dua.
***
Berhenti Facebook
Ini kisah aku enam bulan lalu. Enam bulan lalu jugalah aku mula tertanya-tanya kenapa hidup aku jadi begitu. Kalau tengok pada sahabat lain, ini memang kehidupan siber yang normal. Ya mungkin ada sedikit unsur tambahan dalam kisah tersebut tapi semuanya berasaskan situasi sebenar. Maka aku buat sedikit research tentang Facebook, dan mula berjumpa dengan perkara-perkara baru yang tak pernah aku tahu seperti, Facebook Addiction Disorder (FAD) yang aku ada symptom-nya, bagaimana wujudnya teori bahawa Facebook telah dieksploitasi sebagai server pengumpulan maklumat terbesar dunia dan digunakan untuk tujuan pengiklanan yang lebih efektif, dan yang paling menakutkan adalah Facebook telah dijadikan alat pengumpulan maklumat (tengok video) oleh Central Intelligence Agency (CIA) dan Information Awareness Office (IAO) yang dari lambangnya pun dah rasa tak sedap hati. Aku pun mula rasa segan bila teringat semua maklumat yang aku letak di Facebook, yang walaupun telah aku delete, masih lagi tersimpan dalam server mereka. "What happens in Facebook, stays in Facebook,"
Maka, aku tak tunggu lama, tak perlu tunggu quit Facebook day 31 March yang lalu. Aku mula ambil keputusan untuk delete, bukan deactivate, tapi delete once and for all. Dan yang memeranjatkan adalah bagaiman susahnya kita sebagai pengguna untuk delete account yang telah dibuat! Siap ada window period untuk activate semula acoount selama dua minggu kalau-kalau kita tukar fikiran, sayang betul Facebook dekat kita yeh?
Apa yang aku rindu?
Sebab taknak dapat dosa tipu, aku akui banyak benda yang aku rindu. Betapa mudahnya maklumat event tersebar, kelas yang cancel, jamuan makan, ceramah di dewan kuliyyah. Semuanya lebih mudah dengan Facebook. Hubungan dengan rakan sekolah, rakan kursus, guru dan juga keluarga, tak dilupa rakan kepada rakan baik di sekolah yang sekarang roommate abang kepada sahabat dari kursus kepimpinan. Namun hubungan di Facebook tak seperti hubungan percakapan sebenar, aku masih berhubung dengan mereka, cuma dengan cara yang lebih tradisional dan mungkin lebih mengeratkan.
Sekarang, setiap detik bebas dari Facebook, aku bernafas lebih baik, fokus lebih baik, pengurusan masa lebih baik. Bebas.
Takut juga dengan kawan facebook macam tu.
Ini kisah aku. apa pendapat dan cerita anda?