Saturday, October 9, 2010

"100 penulis mampu mengubah hidup anda"

Kalau ikutkan masa bersekolah agama di Al-Ainani dulu, perkara yang memang aku kejar sini-sana tanpa jemu selain kawan-kawan perempuan dan pakcik ais krim yang naik motor sambil pasang lagu matkool adalah angka seratus. Mungkin kerana angka seratus agak mustahil nak dapat dalam matematik di sekolah kebangsaan, tatkala otak mungkin diciptakan untuk perkara lain, apatah lagi sains dan penulisan, kalau dah pendidikan seni pun suruh mak yang buatkan. 

Namun di sekolah agama, aku kejar angka seratus. Mungkin kerana ingin tampil di hadapan ustazah sebagai pelajar yang berkaliber. Manakan tidak bermotivasi begitu, kanak-kanak pun boleh jatuh hati pada ustazah kan? Walaupun sekarang ni nak ingat muka ustazah masa tu pun susah, tapi tersorok dalam jiwa raga aku tahu memang aku rajin hafal ayat hafazan, hafal hukum fiqh, hafal tarikh sirah, hafal fakta tauhid sebab jatuh hati dekat ustazah. Apakan daya jiwa kanak-kanak masih belum kenal erti belajar kerana Allah, namun ada juga baiknya.

Tapi bila dah meningkat tua macam sekarang ni, angka seratus dah tak dapat dikejar. Mungin kerana belum berjumpa dengan ustazah baru.=). Mungkin. Namun bila hidup makin lama, persepsi dunia melihat pencapaian lebih jauh dari angka seratus. Seratus tidak lagi digunakan sebagai identiti diri, wajah luaran personaliti.

Angka seratus memang penuh nostalgia, dan mungkin ini kebetulan yang tiada kaitan sama sekali. Namun ia mampu berikan tujuan hidup yang lebih bermakna dari mengejar angka seratus dalam ujian, mengejar tempat di hati ustazah. Angka seratus ini tidak hanya melambangkan satu identiti, tapi bermacam ragam warna warni.


Seratus penulis merupakan tempat untuk bertemu, berkongsi, berbincang dan yang paling penting sekali, memberikan rasa 'sense of belonging' kepada editor dan juga pembaca. Teringat fakta presentation lecture minggu lepas yang kata antara cara untuk meningkatkan kualiti hidup adalah untuk wujudkan rasa mempunyai dan dipunyai. Boleh marah jugak orang dewan bahasa main guna perkataan tanpa rujuk kamus dewan ni. Tapi itulah fakta. Sama seperti yang tertulis di dahi manusia yang ingin menyayangi dan disayangi. okey takde kaitan.

Sehingga kini, 80 identiti warna warni telah mula mencoret di sana. Jika anda berminat! seratus penulis masih lagi mencari ahli keluarga baru, semua yang perlu anda tahu ada di post pengenalan, (http://www.100penulis.com/2010/08/pengenalan.html).

Apa yang tersurat dan jauh dari yang tersirat adalah, seratus penulis memang mampu mengubah hidup anda. 

5 comments:

  1. 1st...yeahhh akhirnya dapat parking 1st kat sini uhuhu

    ReplyDelete
  2. lisa pernah terjatuh hati kat ustaz masa sekolah rendah dulu -.-" pendidikan islam memang score tinggi je, mwahahaha

    ReplyDelete
  3. wake up.. sedihnyer tukar admin.. kiter wat salah kot..

    ReplyDelete
  4. editors, pls jenguk EA dan submit details berikut :
    GROUP :
    URL BLOG :
    URL BANNER 320X63 :
    URL PROFILE BLOGGER :
    URL FB (optional)
    URL FANPAGE (optional)
    URL TWITTER (optional)
    URL campaign CHURP CHURP (optional)
    dan url sosial network anda lain yang ingin yg ingin dipromote

    (lihat entri ini)

    ReplyDelete