Friday, September 3, 2010

"sebab saya takde facebook.." - dilema tag kad hari raya

Oleh kerana aku suka benda free, pernah juga terfikir kalau boleh satu hari nanti kita pula yang bagi-bagi benda free, tapi atas dasar tidak mampu dari segi harta, aku serahkan jiwa dan raga percuma untuk anda semua. okey. sebab tiada seorang pun yang berminat, aku serahkan apa yang termampu setakat ni, kad raya yang dibuat khas dari collection gambar yang diambil semasa hari raya lepas dan dijadikan kad raya untuk anda ambil dan boleh digunakan sebagai e-kad melalui email ataupun dengan method yang paling digemari zaman ini, boleh di postkan di facebook dan dibuat pesta tag.

Sebab utama aku buat macam ni adalah kerana aku tiada account facebook, maka untuk turut serta dalam kemeriahan syawal yang anda nikmati di sana, aku sediakan bahan untuk anda memeriahkan lagi keadaan secara percuma.

Dan untuk personalize-kan kad gambar tersebut, aku sendiri akan letakkan nama ANDA sebagai pengirim di ruang "ikhlas dari saya, .." atau apa-apa ucapan personal ke, nama tunang ke, nama adik angkat ke, salam sayang dari hunny bunch sugur plum pumpy umpy umpkin ke. apa-apa pun boleh!. Sebenarnya kalau korang buat sendiri pun boleh jadi lagi lawa sebenarnya, tapi buat yang kurang masa, aku tawarkan service secara sukarela tanpa bersyarat! dan InsyaAllah halal tanpa copyright infringement. Sejurus selepas request, akan disediakan sebaik mungkin dalam masa kurang dari 24jam.

Anda hanya perlu isi form untuk nama, email dan apa-apa maklumat tambahan di bawah post ini. silakan! seminit sahaja. dan jangan lupa tekan butang submit!




Dan! jika anda mahu apa sahaja gambar yang bersesuaian dengan apa yang anda ingin sampaikan, seperti ucapan personal, luahan isi hati, shoutouts atau apa sahaja. akan diusahakan juga buat untuk anda! semua boleh request di form yang sama, ada ruangan khas untuk itu di bawah sekali.