Dalam tengah sibuk menyusun hadiah untuk diagihkan kepada penghuni-penghuni rumah warga emas yang kami lawat minggu lepas, ada seorang pakcik yang katilnya jauh dari penghuni lain, minta sedikit kuih. Kita pun dengan innocent-nyer pergi mencari kuih raya yang banyak dibawa oleh peserta sebagai hadiah untuk warga tua. Bila kuih diberi, pakcik pun berkata, "kuih ni tak boleh, keras". Ya tak ya, belajar medik nak masuk tiga tahun pun tak boleh nak fikir patient care, pakcik mana boleh makan keras-keras.
Kita pun jenuh timbang-timbang kuih mana yang lembut, pilihan terbaik, tart nenas. Bila dihulurkan kuih itu pada beliau, "ni apa? sedap! tapi tak boleh ni, keras". Sambil duduk di sebelah beliau, aku mula terangkan yang ini saja kuih yang paling lembut, yang kami ada.
Akibatnya?
Aku tergamam bila beliau mula memukul dengan dua belah tangan dihayun kiri dan kanan seperti Mohamad Ali bertinju digabung dengan gaya tarian Prince Naseem. Memang tergamam. Memang sakit. Aku pandang sekeliling, mana pergi peserta lain? dah dasar aku kene jadi lone ranger facing the challenge, no one is there to help you at the moment dude. Sambil angguk confident gaya Mcgyver.
Cuba untuk tenangkan beliau, "okey pakcik okey, saya pergi cari, saya pergi cari". Baru tumbukan padu berhenti dihayun. Tarik nafas. Aku mula ingin berinteraksi, sambil tersenyum, "pakcik nama apa?", "dia buat dah, banyak cakap pulak, aku cekik kang!" sambil tunjuk gaya mencekik dan mula ingin menghayun semula. "okey pakcik okey!" Start takut balik. Mula kutip kuih tart yang bertaburan atas baju dan lantai akibat di hayun sebentar tadi.Di saat itu, Ayu datang memberi sokongan, bukan dengan menenangkan pakcik, tapi dengan mengambil gambar aku mengelak hayunan pakcik yang padu. Sungguh la ayu.
Aku teringat pesan seorang patient semasa praktikal di HTAR tempoh hari, kalau nak pujuk orang tua, kita kena puji dia, baru dia nak ikut kita. Aku cuba. "okey pakcik, saya pergi cari kejap, tapi pakcik tumbuk tadi kuat la, kuat pakcik ni!" sambil pegang biceps beliau. "eh, takdelah.." jawab pakcik. Intonasi mula tenang. Berkesan! "pakcik nak makan apa lagi, nanti saya amekkan", "kalau boleh nak nasik" kata pakcik, "okeyh, nanti nasi dah sampai saya amekkan keyh". Lega. Dah terlepas.
Bila keluar, terus tertonggeng-tonggeng tergelak sambil bercerita pada sahabat di luar. Terus trauma nak masuk dan bersembang dengan pakcik makcik yang lain, sampaikan nak pegang kamera pun risau nanti apa pula yang jadinya. Akibatnya, tak banyak gambar yang diambil untuk hari tu. Cukup rugi.
Ini pengalaman patient interaction paling berharga, kurang-kurang lepas ni kalau berhadapan dengan patient yang agak agresif, kita dah tahu macam mana nak handle. Bila bersembang dengan staf rumah jagaan, pakcik tu memang begitu, tapi bila dah kenal, baik-baik je.
Tapi harus kita ingat, jangankan sampai bila ada yang google Rumah Jagaan dan Rawatan orang-orang tua Al-Ikhlas dan terbaca kisah ni terus cancel tak jadi pergi. JANGAN. Ini cuma satu kisah pengalaman daripada beribu pengajaran berguna yang boleh kita kaut semasa kunjungan. Tambahan, rumah ini juga masih dikendalikan oleh Puan Muji, sebagai pengasas, secara swasta. Oleh itu, setiap sumbangan harta dan tenaga yang dapat kita usahakan pasti akan membawa kebaikan kepada kita bersama.
Dalam teruja sebelum nak pergi ke sana, berjaya diusahakan montage video untuk promosi. Dan semua gambar yang ada dalam video ini adalah hasil sumbangan ikhlas sister cyana dari blogpost fotopages- Muji's Homecare Al-Ikhlas. Shukron sister.
Untuk laporan rasmi program, anda boleh layari di blog rasmi JOM!
Hulurkan tangan anda,
Rumah Jagaan dan Rawatan Orang-Orang Tua Al-Ikhlas,
34, Jalan 6/23,
Taman Putra Perdana,
Puchong,
Selangor.
34, Jalan 6/23,
Taman Putra Perdana,
Puchong,
Selangor.
Phone : 03-83195094 OR 013-3106136