Nasib baik ada pegawai farmasi peribadi
Orang beraya sambil menambah berat badan, lain pula yang jadi bila makan bagai nak rak tanpa batasan pada hari raya pertama. Terus diserang diarrhea tahap 10 yang memerlukan untuk tidur bersebelahan tandas dan melakukan lawatan setiap 25 minit. Oleh kerana hari esoknya dalam perancangan akan naik tidur semalam di Cameron Highland, maka masalah besar ni sememangnya harus ditangani ASAP. Mujur ada pegawai farmasi peribadi merangkap akak kesayangan. Berpusing-pusinglah kami bersama ayah meredah kota Penang mencari farmasi yang buka di malam raya. Oleh kerana kepala dah di-brain wash dengan perubatan conventional, nak makan pil chi kit teck aun tu memang dah dasar tak mahu, kalau tak percaya macam mana nak ada placebo effect kan?.
Penyelamat hero power puff girls malam tu adalah farmasi di Aeon Jusco PERDA, sampai-sampai terus cari kaunter farmasi yang lima minit lagi dah nak tutup, terus ayun sebut nama-nama ubat yang kalau datang sendiri confirm tak tahu, akibat kurangnya belajar pharmacology. Balik terus ditelan ubat kemudian sambung usaha jailbreak ipod touch dengan ios4 dengan cousin sebagai distraction (yang tak membawa kesan). Kalau ikutkan petua, telan saja bersudu-sudu madu kalau nak baik, tapi sebelum bermadu dah terbungkang beradu di tepi pintu tandas. Mujur tak disepak orang.
Nama generic ubat yang diambil, Buscopan, untuk stomach cramp yang sampai guling-guling sakitnya. Dhamotil, untuk cirit-birit yang degil untuk berhenti, jaga-jaga dengan ubat ni, ia boleh buat anda terbang high kalau overdose, opiod effect. Dan charcoal tablet untuk serapan toksin dalam perut. Ini bukan panduan rasmi untuk rawatan ya, please consult your pharmacist, bak kata ayun. Takut symptom anda lain, jadi lain ubat yang diperlukan.
Selingan: Bermaaf-maafanlah kita setiap hari, bukan saja di hari raya. |
Setiap kali nak pulang merantau, confirm dalam luggage ada pack milo 3in1 sampai berkilo-kilo cukup stok setahun. Tu belum kira teringin nak bawak 100plus lagi sebab dekat sana langsung tak terjual air isotonik, manalah tahu kena serangan diarrhea tahap 12 pula, 100plus juga kita nak cari, sebab garam farmasi memang tak sedap. Sekarang bila dah masuk time zone nak balik, mulalah fikir apa yang nak disumbat dalam limit 30kg of luggage. Bag kamera saja dah nak dekat 10kg entah. Last winter break, mak siap sumbat satu non-stick frying pan dalam bag takut anak kesayangan kena metal poisoning pulak sebab tahu sangat kami ni kedekut nak beli barang dapur periuk belanga. Kalau beli TV memang kami semangat.
Masih lagi bersemangat aktif di 100 penulis, dan kalau ikutkan masih lagi ada beberapa ruang kosong, boleh mohon di ruang pengenalan. Cepat takut tak sempat! post dekat sana boleh rujuk di label koshary. Editors yang lain pun semua Rock-on!
Dan, ada update gambar-gambar lebah masa di cameron haritu. Jemput tengok dekat photoblog dan kalau suka boleh rajin-rajin 'like'!
Tiba-tiba teringat lagu bola-bola api |
Okey dah jom study dyspepsia .
Selamat berpuasa enam! (bagi mereka yang belum mula macam aku)