Thursday, September 9, 2010

'balik raya dengan kekasih hati bersama 100 penulis'

Jadual lalulintas PLUS untuk pulang beraya
Zaman sekolah di Jenan dulu, masa masih hingusan junior, kalau ditetapkan tarikh dan masa untuk kami berada di satu-satu tempat, confirm datang 5 minit awal. Even dah tahu kena panggil ke dorm senior untuk dibuli di-ragging pun masih tepat pada waktunya. Dahsyat punya kami dengar dan kami patuh.

Tapi bila dibandingkan dengan zaman sekarang ni, punyalah kalau janji jadi emcee majlis start pukul lapan pagi, pukul sembilan baru kita datang, nasib baik majlis mula sepuluh setengah, kita datang lambat pun jadi tak bersalah. Tu belum tengok punctuality pergi kelas practical lagi, lecture dah mula half way kita baru merangkak masuk hall. Dan bila tengok strategy PLUS untuk elakkan lalu lintas untuk pulang beraya tahun ni, tertanya-tanya juga bila pihak PLUS dah susah-susah susun jadual ni, kita sebagai pengguna entah ikut entah tak.

Ternyata aku tak ikut dah, balik ke penang dijadualkan dari pukul 11 pagi, kami akan bertolak terus lepas subuh bersama-sama orang kedah dan perlis. Trip pulang pula, lagi la ikut suka hati nanti bila rasa nak balik baru balik.   

Kene belajar jadi punctual balik la lepas ni.
Sumber: Laman Web PLUS

Ucapan raya.

Apa-apa pun, pastikan kita sentiasa segar dan berhati-hati di jalan raya, banyakkan doa dan tawakal semasa perjalanan. Buat pekerja PLUS yang akan bertugas di Plaza-plaza tol bagi memastikan kelancaran lalulintas dan tidak pulang beraya bersama keluarga, kami betul-betul doakan anda dilimpahi rahmat dan berkat. Anda tidak dilupakan. Begitu juga Anggota polis dan tentera yang bertugas, dan yang paling diingati, sebab teringat nasib badan beberapa tahun lagi, Doktor, Nurse dan semua warga hospital samada di wad atau di emergency department yang bersedia berusaha menyelamatkan mangsa kemalangan, doa kami bersama anda semua.

Tak banyak traffic yang selalunya sampai ke blog kosharyphotos kerana di situ hanya ada gambar yang di-upload untuk paparan full-resolution, sebab di layout ni hanya boleh sampai size large sahaja. Tapi sejak aku post 'kad raya untuk kekasih hati', tiba-tiba semalam dari average page loads satu dua terus jadi tiga ratus lebih. Nasib baik dah ditukar kad gambar tu kalau tak, bila 100 orang yang dah download gambar tu, send pada kekasih hati masing-masing. jadi dilema pulak sebab dekat kad tu ada 'ikhlas dari saya, kushairi'. Jadi ramai pulak girlfriend aku raya ni. 



100 penulis tu apa?
Belum sempat rasanya nak promote 100 penulis secara proper, bukan sibuk jahit manik dekat baju raya pun sebenarnya. Simply put, di sana berhimpunnya 100 penulis (belum cukup lagi 13, join cepat!) untuk bersama-sama memeriahkan komuniti maya. Kalau biasanya di satu blog ada kisah seorang insan, di sana ada ragam 100 orang. Punya la macam-macam rupa kepala rambut scapula fibula. Esok ada post dari aku, (yang belum tulis lagi ni), bolehlah jemput raya virtual dekat sana!.


Salam Aidilfitri buat semua,
Kullu sanah entum toyyibin.