Oleh kerana diri dah mula terasa tua, nak singkap kisah tiga belas tahun dulu susah sikit. Ada beberapa cerita yang ingat ada yang samar-samar. Kisah pergi main bola lepas tu merayau sampai ke kampung jawa semata-mata nak main Playstation one game Marvel vs Capcom. Naik basikal sampai ke Klang Jaya tanpa arah tuju. Berkonvoi berbasikal beraya tapi rumah member pun tak tahu dekat mana. Ayah tarik telinga dari kedai ais kacang sebab lepak lepas sekolah. Cakap dekat mak pergi raya padahal naik bas pergi Sunway Pyramid. Yang tu paling adventure sekali. Tapi sekarang bila nampak budak-budak tak cukup umur merayau ramai-ramai dekat mall boleh pulak ada gerak hati cakap 'ishk mana lah mak bapak diorang ni' padahal diri sendiri tak ingat dulu macam mana. Balik rumah lepas Maghrib confirm ayah dah kunci pintu maka berteduh dekat surau la jawabnya sampai Isyak.
Sejahat-jahat kepala pun ada juga baiknya. Baru minggu lepas Ayun tergelak guling-guling bila cerita balik macam mana aku kena tendang dengan abang classmate sebab tulis nama adik dia dalam senarai 'pelajar bising'. Ketua kelas berkaliber konon, senak perut tepi sekolah simpang lima. Bila dah tua sikit, baru boleh jadi tukang tekan loceng habis waktu rehat, ambil microphone lepas tu sebut 'angkat!jatuh!' ulang-ulang sampai barisan lurus. Kalau hujan cikgu bagi keluar kelas tolong turunkan bendera tak nak bagi basah. Kalau pagi-pagi pula kita yang datang paling lambat sekali nak pastikan murid-murid lain tak lambat. Mana pengawas berani tulis nama.
Teringat juga macam mana kecewa dulu tak lulus peperiksaan PTS, tak dapat lompat naik darjah lima. Rasa macam kita ni tak pandai orang yang lompat saja yang pandai. Teringat juga masa buat ujian matematik dan cikgu sebut jawapan kami kena tanda sendiri, boleh pula nak tipu jawapan, yang salah ditanda betul, takpun dipadam bagi betul. Teringat juga dulu siap hafal semua nota dalam buku rujukan UPSR sains, kalaulah sekarang ni macam tu confirm naik Dean's list. Teringat juga sikit-sikit dekat girlfriend sekolah rendah yang sekarang dekat mana pun tak tahu menahu.
Teringat cerita zaman hingusan bila teringat adik bongsu kesayangan akan naik dewan menjawab Ujian Penilaian Sekolah Rendah esok.
Post-it: depan meja study masa study finals Sem 4 |
"hafal la nilai-nilai murni tu, mana tahu esok keluar.."
-"taknaklah, buat habis memori jek hafal tapi tak keluar"
Selamat mengharungi peperiksaan bagi semua warga darjah enam 2010,
Binnagah fil imtihan- itu doa kami.