Thursday, September 2, 2010

"abang esok datang lagi tau!" - macam mana nak jawab?

"Ibu ada?"
Tanya nenek kepada sahabat saya, Aiman.
Jawabnya ringkas, "ada..", sambil mengangguk.
Kemudian dia alihkan soalan yang sama pada saya, dengan intonasi yang sama.
"Ibu ada?"
saya angguk.
"Alhamdulillah.."
Jawab nenek sambil tersenyum. 

Kemudian expresi muka serta intonasi suara beliau mula berubah bila menceritakan tentang kisah ibunya yang mungkin menghidap penyakit mental dan dihantar ke Tanjung Rambutan. Itu sebenarnya kali kedua nenek bercerita kisah yang sama, dan kami berusaha menunjukkan expresi muka dan respons seperti pertama kali mendengarnya, sambil masing-masing faham mungkin nenek sudah menghadapi anterograde amnesia; short term memory loss, namun yang hebatnya, beliau masih ingat kisah-kisah penting dalam hidupnya.

Itu kisah di rumah orang tua, kisah di rumah kanak-kanak lain pula ceritanya. Kembara JOM! kasih Ramadhan membawa makna yang besar dalam hidup, kerana berpeluang merasai secara 'first hand' dibelasah oleh orang tua, nanti akan diceritakan. Tetapi di rumah anak-anak yatim dan miskin ini, lain pula kesannya, perasaannya.

Di rumah orang tua, ataupun rumah anak-anak yatim, 'common ground' yang dapat saya perhatikan, secara langsung atau tidak, pasti kita akan membicarakan tentang ibu dan bapa, ayah dan ibu, baba dan ummi, atau papa dan mama. Tatkala nenek yang sudah nyanyuk, berupaya menceritakan kisah tentang ibunya, apatah lagi kita yang sihat mindanya.

Yang membuatkan saya seronok adalah apabila menyedari cukup ramai kanak-kanak di situ berminat dengan dengan kamera besar saya tu, reaksi mereka lebih dari berebut bermain ipod! bergilir-gilir mengambil gambar, dan apabila saya ajar salah seoarang daripada mereka bagaimana hendak pegang dan zoom kamera, dia bantu rakan yang lain dengan mengajar benda yang sama, memang tak kedekut ilmu untuk dikongsi. Berikut merupakan antara hasil gambar yang diambil mereka: 





Disebalik wajah yang ceria yang kita lihat, pasti ada kisah pahit dan duka yang tak dapat kita tafsir dengan mata kasar. Dan bila kami dipanggil untuk beri sedikit motivasi kepada anak-anak yang berada di sekolah menengah, terasa diri tidak layak berbuat demikian, mengingatkan apa yang saya lalui semuanya hasil sokongan padu ibu dan ayah, dan rezeki Allah yang cukup untuk kami makan dan berbelanja. Mungkin mereka yang lebih layak memotivasikan kita, tentang hidup.


Ya, mungkin kisah mereka tidak seperti adik-adik kita di Palestin, seperti yang diceritakan dalam video di atas. Namun kesannya tetap sama, kesan yang tidak mampu saya nukilkan, atas dasar tidak layak. Betapa wajibnya kita perlu bersyukur dikurniakan ibu dan ayah. Maka senyumlah bila disuruh memicit kaki atau mengangkat kain di ampaian atau mengemas rumah. (senyumlah wahai koshary =)

Teringat juga apa yang bakal dihadapi bayi-bayi yang dibuang, anak-anak yang di curah asid. InsyaAllah, Allah tidak membebani hamba-Nya dengan apa yang tak tertanggung.
"I feel like I'm in a cage now that my mom and dad are not with me"                                                      - little Palestinian girl

Di saat saya nak balik, sekumpulan anak-anak berkata,
"esok abang datang lagi tau! minggu depan ke.."
apa nak janji?apa nak jawab?.

Hulurkan tangan anda,


notakaki: Tahun depan bolehlah propose dekat JOM!