Wednesday, August 18, 2010

"salah Ibu mengandung" - Ayah tak salah?

Bila dah hampir Seminggu kita berpuasa, dan hampir seminggu-lah juga kita cuba Istiqamah untuk Tarawikh. (bak kata baby "jom solat taWarikh!") Biarlah selipar jepun kena kebas dekat Surau, berkat gandaan pahala ibadah, kita redah tanpa kisah. Sama-sama kita doakan Hamba Allah yang terambil selipar tu banyak langkahnya ke Masjid. Masuk jugak akaun pahala kita kan.

Dan bila masuk bulan Ramadhan, bagi kanak-kanak sekolah rendah, inilah masa yang ditunggu-tunggu sepanjang tahun. Bulan yang membolehkan mereka bergerak bebas sepanjang malam atas tiket bersolat Tarawikh padahal meliar satu kampung satu taman bermain seribu macam jenis benda yang meletup-letup. (fakta berdasarkan pengalaman). Waktu zaman kegemilangan dulu, inilah masanya kita jadi hero mercun. siapa lagi berani? siapa ada mercun paling best? siapa boleh letupkan meriam tin kabat Anlene paling kuat? Biarlah keluar berita "Pihak Kastam rampas mercun bernilai dua juta", waktu tu mesti akan ada stok punya, tak payah risau.

Bila dah seminggu main mercun, maksudnya dah seminngu kita bakar mercun dan menikmati letupannya secara normal, dan keadaan begini meneybabkan kita mula bosan. Maka keluarlah idea untuk masukkan mercun kedalam telefon awam, dalam paip kosong, dalam segala ruang yang membolehkan bunyi letupan menjadi lebih menarik. Macam yang diceritakan akhbar tempatan dua-tiga hari lepas, seorang kanak-kanak dari bukit bunga, ingin memasukkan mercun ke dalam lubang najis, (ini memang idea paling kreatif yang dulu kita tak pernah buat), tapi membatalkan hasratnya kerana terjumpa bayi yang terapung meniarap di dalamnya.(Berita Harian, 13/8/2010)  Subhanallah.

Bak kata mak, "sekarang ni musim baby kene buang, semua baby 'New Year'" Faham?

kita petik apa kata Zainul Arifin dalam New Sunday Times, 
It is not a coincidence that the overwhelming majority of cases of children being abandoned after birth occur among Malay Muslims.
Kita rancang hukuman mandatori, kita rancang sekolah khas, kita wujudkan rumah pelindungan khas. Semua memberi reaksi setelah anak-anak tak bersalah ni dibuang tak kira tempat. Kalau kita anggap masalah ni sebagai satu penyakit, semua yang cuba kita lakukan sekarang ni hanya akan mengubati symptom yang wujud, 'underlying cause' masih belum kita selesaikan. Dan kalau kita rujuk kolum komen dalam NST hari ni, (16/8/2010). Artikel "Focus on saving the life of the foundling" oleh Eric Winkel. Ia merupakan Panadol terbaik yang dapat kita guna untuk ubati penyakit 'baby-dumping' ini. Dari kita fokus untuk menghukum sana-sini, adakan usaha untuk membuka ruang supaya bayi-bayi ini ada peluang untuk hidup, ada peluang nak rasa indahya siang dan malam, lebih baik dari diletak bersama sampah dan najis.

Tapi jangan kita lupa, antibiotik harus dicari! kalau tidak 'infection' tidak akan hilang. Ubat paling mujarab pada pandangan saya adalah halang sama sekali 'baby-new year' atau 'baby-merdeka' atau baby sepanjang masa daripada berlaku. (mudah ditulis dari dilaksanakan). kita perlu usaha.

Dan saya cukup setuju dengan pandangan Lily Fu, dari Ampang yang juga disiarkan dalam NST hari ini, dalam kita mencari penyelesaian, semua jawapan yang kita hasilkan berpusat kepada pihak wanita, pihak yang terpaksa menangung beban dosa sementara selama 9 bulan. Tapi masakan proses 'fertelization' hanya melibatkan ovum? mana pergi tuan punya sperma? kenapa tiada program "duhai warga Adam, anda ada tanggungjawab melindungi wanita!". Dasar lelaki, saya pun lelaki. ada yang memang suka lari. sungguh memalukan kami.

Kita merupakan generasi yang akan mengubah dunia.  Ya, Kita. Jangan biarkan perkara sebegini memusnahkan impian tersebut.

saya dedikasikan gambar penuh simbolik ini kepada dunia.

Bila ditanya, "Salah siapa bayi-bayi meninggal dalam pembentung najis, longkang dan tong sampah?"
Jawab: Salah SAYA, salah AWAK, salah KITA.