oleh kerana percaturan hidup menjadi tidak menentu setelah midterm yang penuh dengan unsur drama kehidupan, page ini pun sudah mula berkembang menjadi tapak explorasi experiment bagi layout-layout yang menarik perhatian.
malangnya, seperti layout muhasay yang berunsurkan layout 'magazine' seperti gambar diatas, bagi mengubah kod html untuk slide widget nampak seperti sesuatu yang mudah, namun setelah berpuluh kali bergelumang dalam kod html dengan harapan memberi sinar cahaya hilangnya tekanan akibat menyeludup kertas soalan tidak menjadi kenyataan.
nescaya, bertemulah jodoh dengan layout hasil ehsan saudara yang hanya mahu dikenali sebagai free blogger template, menyediakan layout ini dengan percuma serta nampak lebih mudah untuk mengodam kod html yang tersedia. hanya diharapkan apabila mula mencuba untuk memuatkan slide widget kemudian nanti, tidak akan muncul sebarang masalah yang boleh menaikkan kandungan kortisol dalam darah.
maka, jika anda merupakan salah seorang pengunjung yang masih membaca hingga ke ayat ini, usah risau, akan ku cantikkan lagi apa yang perlu dicantikkan, akan ku tambah apa yang kosong,akan ku buat apa yang perlu,akan ku martabatkan Bahasa Malaysia di mata dunia!, (walaupun tiada kaitan).
nantikan page khas untuk memuatkan gambar yang telah disiarkan dan dipadamkan disini dahulu.
bagus jugak template tu
ReplyDelete