Tuesday, April 20, 2010

hari tebu sedunia

Pabila angin malam sudah tidak sedingin musim sejuk, tengahari terik seperti di utara sudan, dan bila pemandu kereta mesir lebih mudah naik melenting; 'asob billaban (tebu+susu) di kedai 'asir (jus) el-gala3 menjadi penawar segalanya setelah penat lelah mempertahankan maruah diri ditarik baju oleh mak cik yang memaksa membeli tisu.

kalau sekarang bila adik khaleeda pulang dari sekolah dengan slurpy dari 7-eleven di tangan, kanak-kanak di sekolah berhampiran kawasan gala3 tadi berlari-larian bersama batang tebu berkongsi keriangan.

kalau di rumah dulu pak cik aiskrim menaiki motor berpayung sambil membunyikan lagu 'mat kool mat kool kawanku'. pak cik yang melalui syari3 (jalan) rumah di el-zhorif menjerit memanggil pelanggan menjual tebu tanpa bantuan pembesar suara sambil menyorong kereta tolak kayu yang nampak seperti teramat berat.


kalau esok dah ada pbl awal pagi tapi sekarang masih tak tidur lagi,
kerana ini pertama kali kecewa bila diberi cuti. pbl dan presentation pada hari sabtu adalah amat membebankan.

6 comments:

  1. asob bilaban?
    tak penah minumm.
    mcm sedap je.. :D :D

    sedap tak? :)

    ReplyDelete
  2. sedap!sedap!serious sedap!
    twist die opposite asob billemon.=D

    gi try gih!

    ReplyDelete
  3. asob billemon is the new addiction! sebab xpernah suka air tebu sebab xpernah minum air tebu malaysia sebab colour dia pelik, asob billemon adalah pilihan terbaik! :D

    saya, mewakili kump 4 mengucapkan semoga maju jaya untuk pembentangan akan datang! sesungguhnya anda adalah pilihan yg terbaik! hihi

    ReplyDelete
  4. macam ni punya kes, kita boleh bukak kedai asob la balik malaysia.kita bukak gerai dekat bazaar ramadhan. comfirm laku!XD

    saya juga mewakili pembentang-pembentang bersetuju untuk melantik anda sebagai pembentang simpanan pabila abang arab kita tu tak datang.

    mesyi ya zana!mush laah-laah!=D

    ReplyDelete
  5. mcm best. jual kat malaysia psti laku..

    ReplyDelete
  6. @gee
    betul jugak tue sebenarnya!
    kalau jual time2 bazaar Ramadhan,bende baru ni mesti dpt sambutan, confirm untung nyer!
    hah.apa lagi?

    ReplyDelete