Friday, January 25, 2013

Pengat labu


Pengat labu merupakan satu ekstasi buat lidah aku. Entah mengapa sejak mula digelar dewasa aku punya tempat khas dalam hatiku buat makanan-makanan yang digelar, erm, tradisional? hah, ubi keledek rebus bersama kelapa parut juga dalam senarai teratas.

Tapi mungkin juga kerana, bila diri mula berfikir, tempat khas dalam hati aku itu bukannya datang dari enaknya rasa, namun ia datang dari si pembuatnya; mak.

Dua hari lepas, aku nampak sesuatu yang warnanya seperti labu semasa di pasar, aku terus sambar tanpa fikir betul atau tidak ia adalah labu. Kerana labu bukan makanan ruji yang kita biasakan untuk makan di sini. 

Pulang. Aku rebuskan dalam periuk. Aku google translate perkataan pada label harga untuk pastikan ia benar-benar labu bukan hanya keturunannya. Ya! betul tak salah! apa lagi, terus kembali ke ensiklopedia maya mencari resipi. Santan dicurah. Gula melaka di baling. Aku tambah itu ini ikut suka asalkan punya rasa yang sama seperti mak punya.

Panas berasap, rasa sudah hampir. Aku cedok ke dalam mangkuk dan aku suapkan ke dalam mulut aku yang memanggil, lidah aku teriak keriangan walau melecur. Apa lagi, ambil gambar dan terus hantar pada mak, tak kisah di tanah air sudah lewat malam. Hah, waktu begini aku bersyukur pada teknologi.

“Mak! pengat labu in the house!”

“Ermm, sedapnya! abang yang buat?”

“Mestilah mak, tengoklah anak siapa. tapi tak ada sagu lah mak, tak best”

“Tak apa, asalkan sedap. Sedap tak?”

“Mestilah sedap mak, tapi mana boleh lawan mak punya”

Aku terbayang bibir mak mengukir senyuman.

Naman pada malam tu, aku menyesal aku tak beritahu mak sesuatu. Kalau boleh undur semula pada saat itu, aku akan katakan;

“Abang buat pengat ni, sebab abang rindu mak”



3 comments:

  1. hebat anak mak ni..
    mesti menangis terharu mak dia..

    ReplyDelete
  2. Alololo.. biasalah abang2 ni ego nak cakap. Tapi percayalah, mak tau abang rindu. Heee :)

    ReplyDelete
  3. The Best Casino Games in Las Vegas, NV | Mapyro
    Las Vegas, NV Casinos and 동해 출장안마 Sports Betting · 1. 동해 출장샵 Hard 포항 출장안마 Rock Casino. Las 고양 출장샵 Vegas, NV, United States · 2. Bally's Las Vegas. Las Vegas, 논산 출장마사지 NV, United States · 3.

    ReplyDelete