Tuesday, November 6, 2012

Idea dan ragut

Mencari idea itu mudah,
Untuk menggerakkanya itu,
Aduhai payah.
Berat.
Tak larat.

Kalaulah sekarang ini aku memimpin negara,
Sudah pasti naik revolusi hangat,
Untuk gulingkan aku.
Untuk bunuh juga, mungkin.

Tarik nafas.
Tulis dan atur.
Jangan gelabah duhai insan.
Kamu boleh saksama.
Kamu boleh laksana.
Kamu boleh!

Tolonglah boleh.

**

Selamat itu doa semua.
Kita mendoakan sahabat, keluarga.

Namun di masa bahaya,
Diri perlu cegah sebelum ia bermula.
Diri perlu cegah semasa ia bermula.

Jaga diri, jaga rakan.
Berjalanlah berkumpulan.
Guna bag galas, biarlah tidak anggun.
Kurangkan saiz bag tangan.
Silangkan tali bag.
Bawalah penyembur minyak wangi.
Atau gantikan airnya dengan larutan cili api.

Banyakkan doa,
Bacalah Ma'thurat.

Jika berlaku jua,
Itu ujian, terima hakikat.
Elakkan berulang.

Aku doakan anda semua selamat!


4 comments:

  1. kenapa? ada cita2 nak jadi pemimpin negara?
    ada kawan hg kena ragut ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada lagi cita cita tu. haha!
      sekarang jadi fenomena pulak ragut ni ha sini. tapi mana mana pun boleh jadi kann.

      bang, orang lain grad dah ni, hang bila?

      Delete
    2. boleh lagi...jadi ah doktor dulu..dah boring tukar karier..jdi pemimpin negara pulak..confirm aku undi hg..

      hoho...soalan sama ditanya org lain setiap kali aku blik cuti kat rumah..
      tahun dpn kut..insyaallah

      dah boring ke dgn dynamic view? minat plain? qirah isa ckp aku innocent masa tukar theme jadi putih camni...

      kenapa dgn pasir?

      Delete
    3. dynamic view canggih sangat arh. aku nak kembali retro. haha!

      pasir, kita bak debu pasir berterbangan tanpa arah. kot. :D

      Delete