Friday, September 21, 2012

Si bayi gebu dan Rohingya

Baru fikir nak berkarya di musim panas. Malangnya fikiran cair menjadi angan-angan semata. Akhirnya pulang semula ke tanah air kedua, makin sejuk sejak ditinggalkan berbulan lalu. Tiada yang berubah, cumanya cawangan kedai makan Ceasar 2 yang dibuka 10 langkah dari kedai asli yang terletak 20 langkah dari rumah dah tak tahu apa jadi. Entahlah apa punya strategi pemasaran diorang guna, tapi terbukti tak menjadi jugak. 

Sebagai satu ritual bedah siasat samada cuti musim panas aku memberi manfaat atau tidak. Aku bagi mata 6/10 dalam skor kemanfaatan. Pasang cita-cita nak bercuti di Taman Negara Bako tak pun snorkeling di Pulau Mabul sambil nyanyi lagu 'bawa aku pergi pacu laju-laju kita lari dari realiti, buku merah jangan lupa bawa moga-moga belum tamat tempoh'. Namun sekali lagi cita-cita hanya tumbuh menjadi buah angan-angan yang manis bak epal di dahan, namun tak berkesampaian. 

Gambar si bayi gebu karya Adik Kesayangan

Namun kali ni walaupun kurang mengembara melihat alam, banyak keluar belajar tentang hidup; tanggungjawab dan komitmen. Bak kata orang Inggeris, tiada harga (baca: priceless). Belajar jadi anak, jadi adik, jadi pak ngah, jadi cucu, jadi orang. 

Seronok ber-dating dengan Tok Mi, bersembang macam orang tua sambil beli ikan dan sayur di Agro Bazaar. Seronok teman abang ipar tunggu ayun masuk labor dekat dua hari, tak seronok bila ada komplikasi. Betul sistem kesihatan kita ada masalah. Bila dah jadi, masing-masing tunding jari. Tapi Alhamdulillah anak buah pertama secomel pak cik-nya sihat dan aktif serta gebu. Seronok belajar ada anak, dipancut air kecil di baju sama-sama dengan ayun. Walaupun cuma sanggup teman untuk bangun dodoikan anak bila menangis dua tiga pagi hanya buat 2 hari. Hah, salut semua ibu, salut.

Seronok bila sempat bawa ayun dan bayi kecil gebu ke klinik dan hospital. Sekurang-kurangnya ada juga memori untuk aku ceritakan pada si bayi gebu bila dia dah besar nanti; "dulu masa Irfan kecik, pak ngah ... bla bla" dah masa aku dengan mereka singkat, dan akan lebih singkat. Keindahan keluarga. Hah, tiada harga.

Sedikit kurang enak bila pak cik mak cik di hospital apabila bersembang rangkul sekali-lah dengan doktor tanya 'your wife aaa, delivered normally or by c-sect?" lepas tu mulalah penerangan aku ni adik, ayah-nya bekerja jauh. Dapatlah respon 'haa patutlah muka nampak sama' 'wahh very good brother aa you'. Apa-apa lah labu.

Apabila dileraikan segala simpulan. Maka boleh lah aku katakan, musim panas yang agak bermanfaat walaupun unik. Terima kasih keluarga, terima kasih negara. Tolonglah kekalkan keamanan.

Mari mulakan langkah baru, langkah Orthopedik dan Rheumatology. Semoga berjaya.

Aku selit sekali video yang sangat lambat aku siapkan dari tarikh yang dijanjikan. Program 'Make Them Smile' bersama adik-adik di Sekolah Komuniti Rohingya, Kg. Cheras Baru.

Make Them Smile
Mereka memerlukan tenaga pengajar, pergilah singgah! 



#kemanisan madu takkan dilupakan :)

5 comments:

  1. already downloaded the video.first time dgr baca nama tempat tu aku igtkan somalia. tgk video, ni mcm kat malaysia, road sign pun malaysia..eh eh...budak melayu..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. dekat cheras sekolah tu, sebab refugee Rohingya dah masuk Malaysia since 10/20 tahun lepas, tapi anak-anak diorang semua tak dapat status rakyat tapi still pelarian, jadinya tak boleh masuk sekolah kebangsaan semua. nasib MRA buat sekolah, at least boleh belajar maths english semua.

      next time jom join! :)

      Delete
    2. knpa x dpt status rakyat? bukan lahir kat sini ke?

      next time ajak ah...kalo free insyaallah..

      Delete