Friday, October 14, 2011

Projek Berjaya yang tak berjaya


Bila kita jatuh, nak bangun berdiri balik tu senang, tapi bila nak mula berlari semula, itu yang payah. Semua orang pernah jatuh, jatuh basikal, jatuh tangga, jatuh katil, jatuh cinta, jatuh bangunan. Tapi keupayaan untuk bangun dan naik semula basikal, nak tangga, naik katil, naik cinta, naik bangunan, semua bergantung kepada kekuatan diri masing-masing.

Aku pun biasa jatuh, dan nak panjat naik semula tu memang payah. Kena mengesot dulu macam pocong ngesot, lepas tu merangkak sikit sikit, kemudian baru boleh berjalan dan berlari. Tapi jatuh, pada nilai kesihatan, bagi aku adalah salah satu ujian yang banyak memberi makna tersirat dalam kehidupan. Kalau direnung kenapa wujudnya banyak sangat penyakit sampai nama pun berbelit lidah nak sebut, pasti akan muncul penjelasan tersendiri, samada berkaitan persekitaran ataupun individu itu sendiri. Wujudnya satu keadaan di sebuah negara Afrika, apabila bantuan kemanusiaan tiba dan mula memberi penduduk vitamin dan makanan tambahan terutamanya iron kerana wujudnya masalah nutrisi dalam kalangan mereka membawa kepada peningkatan kes Malaria. Pelik. Namun kadang kala kebuluran atau kurang nutrisi juga boleh membawa kebaikan dalam persekitaran tertentu.

Aku dibedah di bahagian inguinal. Mungkin satu hari nanti boleh lah kalau teringin nak cerita secara fakta penyakit yang aku lalui. Rasanya sebab keadaan penyakit tu sendiri aku malu nak bercerita, kalau tangan kaki boleh jugak terima. Merawat penyakit tu mudah, nak pulih dari rawatan tu yang susah sebenarnya. Untung juga aku tergolong dalam kategori minor, itu pun dah banyak pantang larangnya, kalau tak nanti relapse datang semula diri sendiri padan muka. Terbayang juga, adik adik di pusat onkologi tempat kuliah, hilang sudah rambut comel akibat radiasi dan chemo. Belum lagi masalah jantung atau paru-paru, perut atau usus, hati atau limpa. Bersyukur ujian Allah itu datang dalam bentuk yang kita mampu hadapi. 



jauh lagi perjalanan
Itu kisah sakit, kisah kalah jatuh tak berjaya dalam pertandingan video anjuran kumpulan Berjaya pun kira satu kejatuhan keyakinan diri yang agak dahsyat jugak. Tapi baru mula libatkan diri dalam filming dah harap nak menang empat puluh ribu memang tak dapat lah. Siap kata dulu, kalau menang ni, aku retire buat video video ni, penat. Kira takdir tak nak aku berhenti lah rasanya. Tak pun tak nak bagi makan duit shubhah sebab Berjaya groups ada syarikat sports toto. Semua perkara yang jadi ada baiknya, bukan? Jadi kalau jatuh, bangkit, sapu sapu luka dan jalan semula. Kalau boleh, lari lari sikit, mula dengan lari anak kemudian boleh lah pecut semula. Kalau sakit, ambil masa untuk pulih. Kemudian boleh mula berjalan dan pecut. Jangan terus nak panjat gunung. 

No comments:

Post a Comment