Wednesday, July 20, 2011

Daily photos #1 - Ketam hermit dan kambing

20 July 2011
Seronok sebenarnya menyorok dalam cengkerang, baru faham perasaan ketam hermit yang aku bela dulu, sebelum ditinggalkan kering tatkala tukang jaga mereka di Malaysia sibuk berperang dengan UPSR. Habis jadi macam udang kering. Dah lama sangat menyorok dari dunia, cukup lah tu. Dunia siber terutamanya. Aku memang kambing hitam dalam media sosial, kambing hitam pocket dot, comel sikit. Musim panas sudah tiba, memang ternyata dah tiba. Jadi seperti biasa, aku larikan diri dari bumi pasir dan debu ke bumi hujan lumpur dan bersih. Akan aku mulakan langkah aku meninggalkan bumi mansoura dengan bayangan roti canai dan teh tarik, sebagai motivasi menghadapi perjalanan yang selalunya menelan tenaga aku untuk seminggu. Kali ni tak boleh, lepas satu hari dah kena cergas! 


Dah rindu Mansoura

2 comments:

  1. random jaa mong, setengah jam sebelum nak balik :D

    ReplyDelete