Terkandas dalam perjalan ke lapangan terbang |
Wujud persamaan antara bumi yang kering berdebu dengan bumi yang lembab berlumpur; pencarian. Mesir masih lagi mengharungi situasi sukar dalam mewujudkan kestabilan dalam pimpinan, kita pula sedang mencari mana perginya sinar keutuhan. Adakah cukup jika kita mencintai tanah air dengan hanya menyarung jersey pasukan Malaysia semasa menentang pasukan-pasukan besar yang menjadi obsesi warga tempatan? jika pun benar itu dikira sebagai salah satu kayu ukur, terbukti masih ramai yang belum jatuh cinta dengan tanah air sendiri. Kita war-warkan pada dunia, kita menuntut perubahan dasar. Namun kita laungkan sorakan revolusi. Semua sedar pentingnya wujud keamanan, namun adakah kita sedar, harga sebuah perubahan ketetapan. Kejatuhan dengan semangat yang jitu belum dapat menjamin satu kemajuan, jika tidak wujud satu persefahaman. Mewujudkan kesefahaman yang kukuh untuk Malaysia adalah tugas yang sukar, dan ia dipikul di bahu kita bersama-sama. Semangat, adalah senjata utama warga Mesir dalam mengusahakan kebebasan, dan ia adalah langkah pertama dalam mewujudkan perpaduan. Kita contohi semangat mereka. "Mesr awalan wa mesr akhiran".
Sorakan 1Malaysia yang tinggi nilai wang ringgitnya belum dapat menandingi semangat tahrir yang lahir dari kesedaran dan kesefahaman. Namun apa salahnya jika kita mulakan, walaupun dengan satu langkah kecil bayi comel. Aku katakan hari ini, "Keranamu hatiku Malaysia". Jangan lupa pakai jersey Malaysia ke Bukit Jalil hari ni ya!
No comments:
Post a Comment