Monday, May 9, 2011

"betul ke mansoura ni.."

"fathi dan subhi ni kembar" kata ibu muda yang kami jumpa semasa latihan klinikal di wad psychiatry minggu lepas. Terpancar sinar kerisauan dari raut wajahnya, perasan juga muka si ibu, dengan anak perempuannya dan subhi lebih kurang sama, cuma fathi nampak berlainan. Nampak kurang tumbesaran, kurang nutrisi berbanding abang kembarnya. Keliru dan sukar menumpukan perhatian; Mental retardation mungkin. Namun, satu perkara yang betul-betul aku kesal, bapa kepada tiga anak ini, pengecut, lari dari masalah, tinggalkan wanita tersebut berseorangan membesarkan anak-anak, menghadapi ujian membesarkan fathi yang sangat memerlukan perhatian. Malu kaum Adam.

Kami masuk ke dalam satu bilik pesakit di wad psychiatry. Kelihatan seorang pemuda, khusyuk membaca Al-Quran di atas katil. Aku rasakan dia normal, tiada masalah. Namun apabila mula bercerita dengan doktor, ternyata dia sedang menghidapi OCD, obsessive compulsive disorder. Walid obses dengan kenyatannya yang syaitan menyuruhnya murtad dari Islam, sehinggakan beliau tidak pernah meninggalkan zikir, tidak memandang wajah doktor kerana beliau seorang wanita. Mengalir air mata ayahnya tatkala bercerita kepada kami apabila walid mula menjerit-jerit di jalanan dan mula menggangu ketenteraman orang lain, dan kerana itu dia dihantar untuk dirawat.  

Aku teringat konsep beberapa buku leadership yang pernah aku baca semasa rajin-rajin dulu. Cara terbaik untuk menarik perhatian orang, atau dengan kata lain, to influence people, adalah dengan mengenal pasti apa yang mereka lakukan dengan betul, dan mengulangi semula guidelines untuk melakukan sesuatu jika mereka tersalah buat. Bukan dengan memaki hamun dan membuatkan mereka rasa inferior. Jika hendak melatih kanak-kanak solat lima waktu, rotan dan maki mereka setiap kali tertinggal solat, ataupun memberi pujian pada mereka, "rajin anak abah solat hari ni" setiap kali mereka selesai solat, yang mana satu agaknya mampu memberi impak positif kepada pemikiran mereka, membawa kepada satu kefahaman yang solat ini sesuatu yang baik, yang mereka perlu sedar sendiri keindahan solat dan bukan atas dasar paksaan maki dan rotan.

Baiklah, sudah lah dengan beranalogi. Kita terus ke cerita sebenar. Jika benar 'anda' katakan bumi Mansoura ini bumi penuh maksiat, bumi neraka, pelajar Malaysia nya teruk teruk belaka. Adakah benar 'anda' pernah datang ke sini mendalami cara hidup keseluruhan pelajar ataupun hanya mendengar khabar berita, khabar angin yang mula berterbangan bukan sahaja bersama debu pasir mesir, malah mengalir bersama aliran sungai nil sama seperti parasite bilharziasis yang meninggalkan telurnya di dalam bladder dan rectum untuk meneruskan perjuangan cerita yang tidak pernah berakhir.

Jika benar anda katakan diri 'anda' seorang yang ingin berdakwah. Adakah dengan melabel sesuatu kawasan bumi neraka dan memboikot semua orang di sana mampu mebawa kebaikan? sama saja perumpamaannya dengan seorang ahli bomba yang tidak mahu memadamkan api, seorang pakar bedah yang tidak mahu mengeluarkan tumor. 

Jika benar kita mahu berpesan kepada kebaikan, adakah dengan memalukan mereka, menjatuhkan maruah mereka, menggugat kredebiliti mereka sebagai seorang bakal doktor muslim mampu memberi kesan seperti satu pujian kepada anak kecil kerana menunaikan solat atau ia seperti memaki hamun merotan mereka kerana gagal bertindak seperti 'anda'.  

Jika benar anda mahu membantu kami, datanglah ke sini, main ragbi bersama kami, berfutsal bersama kami, kita makan koshary sama sama, nak sedap sikit kita pergi aura roma green corner. Tidur di rumah kami, kenal dengan kami. Betul ke kami ni ahli neraka jahil lahanat. Betul ke kami ni kaki maksiat. Mungkin kita akan jumpa beberapa perkara menarik, tapi macam mana, nak lari menunding jari ataupun nak menawar diri membantu kami. Rasanya tempat 'anda' juga punya keadaan yang sama, tak pun, negara kita, masih tetap sama. Sia sia kita bernaung di bawah bumbung satu Malaysia.

Jika benar 'anda' mahu menjaga nama baik pelajar mesir, berhentilah mengeluarkan khabar berita yang entah betul entah tidak. Membawa cerita ke sana sini, jika mengumpat seseorang sudah besar balasannya, apa perbandingannya jika 'anda' bawa cerita mengenai 'pelajar mansoura' yang beribu bilangannya. 'Anda' perlu ingat, ramai lagi mereka yang seperti anda di luar sana, yang hanya nampak satu tompok mikro hitam pada kain rentang putih. Anda katakan pelajar mansoura teruk belaka, orang lain akan katakan pelajar mesir teruk belaka. Sama saja perumpamaannya. Tak ke dah jadi autoimmune.

Aku sedar penulisan di sini tak dapat membawa sebarang makna pada dunia. Namun sekurang kurangnya jika ada yang google 'kontroversi pelajar mesir' 'mansoura maksiat' dan sebagai nya. Ada rezeki anda ke sini.

Tapi betul kan? kalau salah sedikit, gempar satu mesir mansoura itu dan ini. Tapi usaha kami merapatkan silaturrahim, kejohanan ragbi tiga penjuru kaherah mansoura alexandria bebas kontreversi buat julung kalinya tiada page bantah bantah dan tiada blog fitnah. Tak pula diberi sokongan. 

Sudahlah, kami pasrah, kami senyum, kami ceria, kami belajar, kami berbakti. 'anda' pula?




Tentang penulis ini: Livingkoshary wujud untuk pastikan penulisnya tidak berkeliaran di dunia nyata dengan minda psychosis miliknya. Penulis juga berkecimpung dalam paksi fotografi dan hasilnya ada di Kosharyphotos. Setiap kali lepas solat Jumaat, dia juga menulis di 100penulis, tempat yang wajib anda lawati. Penulis berpesan, banyakkan minum air kosong, dan jangan lupa baca Al-Quran.
My profiles: Twitter Blogger Blog RSS Flickr Google Buzz Tumblr WordPress Facebook Contact me: Skype/ zkushairi Y! messenger/ zkushairism00

8 comments: