Di saat utusan ini ditulis, pertembungan fizikal sedang berlaku di Medan Tahrir antara kumpulan Pro-Demokrasi Mesir dengan kumpulan Pro-Mubarak yang tiba-tiba muncul sejak malam semalam (Februari 1) sejurus setelah perutusan Presiden Mubarak yang mengatakan beliau hanya akan mengundur diri setelah pilihanraya presiden bulan September nanti. Batu dan konkrit jalanraya berterbangan dari dua belah pihak, molotov koktail menyebabkan kebakaran kecil di bangunan dan jalanraya, das-das tembakan yang tidak diketahui mana datangnya mula bergema berkali-kali, hari yang menyedihkan buat Mesir.
Kebangkitan suara rakyat Mesir yang sudah lama bermula tetapi hanya dalam kumpulan kecil mula bergabung dan dilaksanakan secara besar-besaran pada 25hb Januari 2011 berlanjutan hingga ke hari ini, hari kesembilan. Aku hanya pelajar di sini, aku warga Malaysia yang bangga. Namun, di sudut hati setelah tiga tahun aku bernafas debu udara Mesir, aku mula cintakan tanah penuh bersejarah ini, aku mula hargai suasana kecoh di sini, aku mula rindui hubungan ukhwah bersama rakyat mereka walaupun kadang-kala perlu bertegang urat bertekak. Aku faham ini bukan perjuanganku, aku faham aku hanya mampu memerhati, walaupun terdetik jauh di jiwa aku boleh bersama mereka melakar sejarah, aku pilih pilihan logik atas pemikiran minda dan jiwa, berundur diri ke Malaysia hingga semuanya selesai. Aku yakinkan hati, aku bukan pelarian.
Sejak 25hb Januari lalu, sesiapa sahaja yang ada di Mesir punya kisah mereka tersendiri, ini kisah aku.
28hb Januari 2011
Sejurus selepas tengah malam, talian internet diputuskan. Aku sempat dapatkan maklumat melauli twitter dengan hashtag search #jan25, tapi sungguh aku tak percaya. Memang hari-hari sebelumnya kerajaan Mesir sudahpun menyekat akses ke laman web Twitter dan Facebook buat beberapa kali dan kami lawan dengan menggunakan software seperti rockmelt dan tweetdeck, tapi nak putuskan internet terus? biar benar Mesir ni, internet tu nadi jiwa udara bernafas warga muda, tanpa dunia maya macam mana kami nak hidup. Pernah juga terfikir ingin angkat banner “kembalikan internet kami” di hadapan polis anti-rusuhan yang mula berjaga-jaga di jalan hadapan rumah sejak semalam. Sekelip mata, connection mula putus lebih kurang jam satu pagi, geram. Aku pasrah.
Sebelum internet putus, aku juga sempat dapatkan maklumat yang ada ura-ura kerajaan Mesir akan putuskan talian telefon, ah sudah. Mula-mula internet, sekarang telefon, line telefon? ini memang pencabulan hak-asasi kami sebagai manusia dalam berkomunikasi. Esok pukul tiga pagi, keluarga aku akan sampai dari Malaysia untuk melawat Mesir, macam mana aku nak tahu mereka dah ada dekat mana? macam mana aku nak call kereta atau van untuk jemput mereka dekat airport esok? aku terus call ayah di Malaysia, dengan penuh dramatik katakan ‘mungkin ini last time kita communicate, apa pun yang jadi esok, stay dekat airport sampai angah datang’. Jauh di sudut hati, mahu saja aku katakan ‘tak payah datanglah pa’ namun tak pernah terluah, mungkin dah terlambat. Aku menonggeng atas katil sampai tertidur, kecewa dengan dunia.
Pagi esoknya, line telefon masih berfungsi. Aku mula selesaikan urusan pengambilan dan jaulah keluarga aku yang akan sampai nanti, semuanya dapat diselesaikan namun belum ada kata putus, kami berjanji akan berkomunikasi selepas solat Jumaat.
Sejurus lepas solat jumaat, terpampang di skrin telefon ‘out of service’. “mi, phone ko ada line?”, “hah tak ada!”. Sudah. Aku gelabah, aku caci kerajaan Mesir, aku pulak yang bersemangat nak ber-demonstrasi selepas jumaat, ‘kembalikan hak kami!’. Aku mula keluar rumah dengan sahabat serumah, mencari makan dan penyelesaian untuk masalah yang menimpa, aku dah mula rasa macam tak senang bila terputus dengan hubungan dunia luar.Memang pencabulan hak asasi manusia. Lepas pinjam telefon sahabat-sahabat yang jumpa tengah jalan dan masih punya line, selesai segala yang tertunggak, gerak ke kaherah malam ni lepas maghrib. Tapi keadaan kaherah lepas rusuhan besar-besaran sejurus selepas solat jumaat, sungguh tak dapat dibayang.
Sebelum bertolak, aku ditemukan dengan dua orang sahabat baru yang akan bantu bawa keluarga jaulah sekitar Mesir, sahabat yang memang terus lekat di jiwa dunia akhirat. Malam itu juga, semua teksi di Mansoura tak mahu ke utubis dauliy (stesen bas), katanya jalan tutup ada rusuhan siap bagi nasihat tak payah keluar pergi kaherah duduk rumah diam diam katanya. Tak apalah, dah taxi tak nak bawak, kami naik tramco (van).
Jalan mula sesak, tramco pulak pergi masuk lane bertentangan, sebab jalan sebelah dah tutup. Maka benarlah apa pakcik taxi tu cakap, tadi tak mahu percaya. Tramco tu pun turunkan setengah jalan sebab memang dah tak ada jalan dah, jantung aku dah mula berdebar, kenapa jalan ke arah muhafazah ni yang sebesar-besar tak pernah lenyang dengan kereta walaupun pukul tiga empat pagi tiba tiba kosong, yang hanya ada orang berjalan, berlari anak, berkumpul, melepak. Kami ambil keputusan untuk berjalan ke utubis dauliy yang hanya tinggal beberapa ratus meter di hadapan, namun bila nampak ada satu kumpulan besar tengah berpesta di tepi unggun api bakaran getah tayar di depan, dan kumpulan tu berjalan ke arah jalan yang kami nak lalu, terus kami patah balik. Betul macam cerita Black Hawk Down masa scene pemberontak Somalia tu kawal jalan. Kami ambil keputusan, berjalan ikut celah bangunan arab ke jalan bertentangan, kena booya-booya seround, dan ambil taxi ke utubis gadid, tramco jugak menyelamatkan keadaan buat kali kedua.
Biar aku ringkaskan apa yang kami lalui setibanya di Ramses. Mata mula pedih dan berair, tak ada taxi dan tramco nak ke hayyu asyir, pondok polis dah terbakar, jalan penuh road block dengan batu tiang tayar dan udara mula bau getah daripada tayar yang terbakar, keadaan jerubu asap sampai terbatuk-batuk. Jalan Ramses yang paling sibuk tu kosong. Tepi jalan penuh dengan bekas abu benda yang terbakar macam scene cerita perang. Kami berjalan tanpa hala tuju sampai bertembung dengan kereta kebal bergerak ke arah bertentangan.
***
Ditulis semasa berteduh di kompleks rumah negeri kaherah dan dihabiskan di Jordan semasa transit sebelum bertolak ke Kuala Lumpur. Flight delay lagi lima jam. Bagus. Sampai di Malaysia, akan ku sambung tarikh esoknya setelah habis jet-lag tidur seminggu.
Aku jenuh yakinkan diri, aku bukan pelarian, aku bukan pengecut melarikan diri pulang ke tanah air. Ini kali pertama pulang ke tanah air dengan paksaan sampaikan di sudut hati, ada perasaan tak mahu tinggalkan Mesir. Namun Malaysia tetap Malaysia, hati siapa tak melonjak nak pulang ke tanah tumpah darah air mata.
Tentang penulis ini:
Livingkoshary wujud untuk pastikan penulisnya tidak berkeliaran di dunia nyata dengan minda psychosis miliknya. Penulis juga berkecimpung dalam paksi fotografi dan hasilnya ada di Kosharyphotos. Setiap kali lepas solat Jumaat, dia juga menulis di 100penulis, tempat yang wajib anda lawati. Penulis berpesan, banyakkan minum air kosong, dan jangan lupa baca Al-Quran.
Contact me: zkushairi zkushairism00
wah.. berdebar2 aku baca.. haha.. baguslah ko dh slmt smpi malaysia.. xpe. ko bukn pelarian pown. xdikira org lari dr medan peranglah.. ngee.. tp apsal family ko g mesir time org semua plak nk balik malaysia? pepown.. home sweet home.. berehat panjang la!!
ReplyDeletesedih aku bace post ko ni kucai .kakak aku pun tanak balik.sedih katenye nak tinggalkan saudara2 kite kat sane.tapi nak buat cmne kan .berdoa je la mane yang mamapu . :)
ReplyDeletethanx..berkongsi coretan pengalaman. real punya...
ReplyDeleteapa2pun alhamdulillah selamat semuanya...
sedih plak baca ayat ni '‘mungkin ini last time kita communicate, apa pun yang jadi esok, stay dekat airport sampai angah datang’.
ReplyDeletealhamdulillah kau beruntung dapat rasa benda ni even memeritkan,maybe kejadian ni dapat memberi kita kesedaran dan keinsafan.ingat yg semua berlaku ada hikmahnya..sure punya!
semoga semuanya selamat...di dalam lindungan ALLAH
ReplyDelete@as
ReplyDeletepatutnya diorang plan nak datang melawat mesir, and masa diorang datang tuu situation tak teruk sangat, but last last duduk rumah tak ke mana jee, hehe. tak rehat panjang sangat pun, class dah nak mula jugak 12th ni, kena cari ticket balik dah.
@mashi
itulahh, tiba tiba rasa macam tinggalkan kawan bermasalah :D tapi takpelah, kita doakan yang terbaik buat diorang, jangan lewatkan time aku nak grad sudah kann, nanti cuti satu semester mengajar dekat sekolah agama la jawabnya aku nanti.
@siti murni
sama sama, kongsi pengalaman sikit yang ada ni, dah utusan tak datang interview kita pulak eyh, hehe.
@wanie
masa tu aku memang risau tahap ultimate dah, sebab memang tak boleh nak contact orang kan, nasib diorang pun stay dekat airport tuu, kalau tak, tak tahu la den.
insyaAllah semua ni ada hikmah, pengalaman keluarga pun sama, nasib diorang tak trauma je, siap kata kalau ada rezeki nak datang lagi sebab tak puas hati, hehe.
@chenta
insyaAllah selamat semua, kita doakan saudara kita sekat sana aman damai, ameen.
akhirnya, dapat berita dari koshary. Alhamdulillah selamat~~ ;)
ReplyDeletealhamdulillah koshary dh slmt sampai tanah air. nova kimmy lagi selamat perjalanan. bukan pelarian. untuk keselamatan diri.. .
ReplyDeletekena booya booya seround roflmao
ReplyDeleteAlhamdulillah...kau selamat. Sempat pulak tu samakan keadan macam dalam Black Hawk Down. Horror gak tu. Bila dah ramai-ramai macam tu, macam-macam boleh jadi...
ReplyDeletewohh! dahsyatnya. nebes2! >.<
ReplyDeletepape pon alhamdulillah semua selamat. ^^
menarik2!!pengalaman kot..pape pun..egypt best!!(before rusuhan tu eh)hehe..
ReplyDelete