Wednesday, August 18, 2010

"salah Ibu mengandung" - Ayah tak salah?

Bila dah hampir Seminggu kita berpuasa, dan hampir seminggu-lah juga kita cuba Istiqamah untuk Tarawikh. (bak kata baby "jom solat taWarikh!") Biarlah selipar jepun kena kebas dekat Surau, berkat gandaan pahala ibadah, kita redah tanpa kisah. Sama-sama kita doakan Hamba Allah yang terambil selipar tu banyak langkahnya ke Masjid. Masuk jugak akaun pahala kita kan.

Dan bila masuk bulan Ramadhan, bagi kanak-kanak sekolah rendah, inilah masa yang ditunggu-tunggu sepanjang tahun. Bulan yang membolehkan mereka bergerak bebas sepanjang malam atas tiket bersolat Tarawikh padahal meliar satu kampung satu taman bermain seribu macam jenis benda yang meletup-letup. (fakta berdasarkan pengalaman). Waktu zaman kegemilangan dulu, inilah masanya kita jadi hero mercun. siapa lagi berani? siapa ada mercun paling best? siapa boleh letupkan meriam tin kabat Anlene paling kuat? Biarlah keluar berita "Pihak Kastam rampas mercun bernilai dua juta", waktu tu mesti akan ada stok punya, tak payah risau.

Bila dah seminggu main mercun, maksudnya dah seminngu kita bakar mercun dan menikmati letupannya secara normal, dan keadaan begini meneybabkan kita mula bosan. Maka keluarlah idea untuk masukkan mercun kedalam telefon awam, dalam paip kosong, dalam segala ruang yang membolehkan bunyi letupan menjadi lebih menarik. Macam yang diceritakan akhbar tempatan dua-tiga hari lepas, seorang kanak-kanak dari bukit bunga, ingin memasukkan mercun ke dalam lubang najis, (ini memang idea paling kreatif yang dulu kita tak pernah buat), tapi membatalkan hasratnya kerana terjumpa bayi yang terapung meniarap di dalamnya.(Berita Harian, 13/8/2010)  Subhanallah.

Bak kata mak, "sekarang ni musim baby kene buang, semua baby 'New Year'" Faham?

kita petik apa kata Zainul Arifin dalam New Sunday Times, 
It is not a coincidence that the overwhelming majority of cases of children being abandoned after birth occur among Malay Muslims.
Kita rancang hukuman mandatori, kita rancang sekolah khas, kita wujudkan rumah pelindungan khas. Semua memberi reaksi setelah anak-anak tak bersalah ni dibuang tak kira tempat. Kalau kita anggap masalah ni sebagai satu penyakit, semua yang cuba kita lakukan sekarang ni hanya akan mengubati symptom yang wujud, 'underlying cause' masih belum kita selesaikan. Dan kalau kita rujuk kolum komen dalam NST hari ni, (16/8/2010). Artikel "Focus on saving the life of the foundling" oleh Eric Winkel. Ia merupakan Panadol terbaik yang dapat kita guna untuk ubati penyakit 'baby-dumping' ini. Dari kita fokus untuk menghukum sana-sini, adakan usaha untuk membuka ruang supaya bayi-bayi ini ada peluang untuk hidup, ada peluang nak rasa indahya siang dan malam, lebih baik dari diletak bersama sampah dan najis.

Tapi jangan kita lupa, antibiotik harus dicari! kalau tidak 'infection' tidak akan hilang. Ubat paling mujarab pada pandangan saya adalah halang sama sekali 'baby-new year' atau 'baby-merdeka' atau baby sepanjang masa daripada berlaku. (mudah ditulis dari dilaksanakan). kita perlu usaha.

Dan saya cukup setuju dengan pandangan Lily Fu, dari Ampang yang juga disiarkan dalam NST hari ini, dalam kita mencari penyelesaian, semua jawapan yang kita hasilkan berpusat kepada pihak wanita, pihak yang terpaksa menangung beban dosa sementara selama 9 bulan. Tapi masakan proses 'fertelization' hanya melibatkan ovum? mana pergi tuan punya sperma? kenapa tiada program "duhai warga Adam, anda ada tanggungjawab melindungi wanita!". Dasar lelaki, saya pun lelaki. ada yang memang suka lari. sungguh memalukan kami.

Kita merupakan generasi yang akan mengubah dunia.  Ya, Kita. Jangan biarkan perkara sebegini memusnahkan impian tersebut.

saya dedikasikan gambar penuh simbolik ini kepada dunia.

Bila ditanya, "Salah siapa bayi-bayi meninggal dalam pembentung najis, longkang dan tong sampah?"
Jawab: Salah SAYA, salah AWAK, salah KITA.

Tuesday, August 17, 2010

day#8 - the day adudu used his credit card

The first week I was home, a friend of mine suddenly said, "jom aku belanja korang victoria station".
This is what we call a 'habuan rezeki pulang ke tanah air'. 

You know that feeling, as we get older, well, obviously we are getting older. I'm sure I am. If not, little boys and girls at the age of 3-6 wont call me by the title of 'uncle'. And always, my reaction was "kenapa panggil uncle?". But even how old we had grown, how often we need to shave, and how fast we're putting on weight. when it comes to being together with these guys, I realize that we never actually change, since we were brought together by fate 7 years ago, the only thing that change was, what we're doing, studying, and living. Other people come and go within our lives, but we are still together, right as we know it.    


Jenan had brought us together, and made us a better person, or not. 
But I do personally think it made us slightly better. I believe so!



day #7- shopping is more exhausting than playing rugby

It was just a couple of days home, and I gladly became my sister's escort to search for a suitable outfit for her  engagement day. Little that I know, it was painstakingly exhausting. I could run, jump and sprint on the field, but I just couldn't bear strolling from one shop to another and then going back to the 1st shop we went earlier, just like doing ward rotations. Even ward rotations in the medical ward was far more interesting to be involved in. 

This flowers had been used by two different people in two separate engagement occasion. We really should ask Ayun to make a tutorial about it.  

day #6-KL Tower day

Dari bangku sekolah rendah lagi, dah dengar cerita dekat KL Tower ada restoran pusing-pusing, bila kita makan, kita pun pusing sekali 360". Dan walaupun aku warganegara Malaysia anak jati Klang, seumur hidup aku tak pernah jejak kaki dekat KL Tower. Lebih kurang perumpamaan sama macam orang Penang tak pernah sampai Bukit Bendera, French tak pernah sampai Eiffel Tower, Londoners tak pernah lalu London Bridge, Mesriyyin tak pernah naik kuda keliling Giza. Naik dengki aku tengok warga Bangladesh muda-muda dah boleh sight-seeing dekat viewing deck, kita yang dah tua ni baru nak sampai, baru nak mampu.
  

Sebab dari sekolah rendah aku obses dengan KL Tower, sebab tak pernah nak sampai, KL Tower-lah subjek lukisan aku yang paling digemari masa ujian pendidikan seni, ranking kedua lepas gunung-ganang dengan sawah padi plus matahari dekat tengah-tengah antara awan.


Trademark budak sekolah matahari tengah-tengah awan. 
couple of more pictures at kosharyphotos.