low-light photography tutorial.
Hanya beberapa aksesori asas yang diperlukan, pertama sekali kamera anda, dan yang penting sekali adalah tripod dan external flash. Untuk sumber cahaya, gunakan bunga api, lampu-suluh mini, lampu handset, atau apa sahaja sumber cahaya mengikut kreativiti anda. Pastikan tripod anda betul-betul kukuh supaya tiada gegaran yang berlaku semasa mengambil gambar kerana anda perlu menggunakan shutter speed yang agak lama untuk memastikan semua pergerakan dirakam tanpa blurring.
Settings
Pertama sekali anda perlu mencari persekitaran yang betul-betul kurang pencahayaan supaya dapat memastikan teknik ini berkesan. Anda boleh pilih samada menggunakan shutter speed yang lama atau menggunakan BULB, mengikut kesesuaian gambar yang anda mahu ambil. Pastikan ISO anda tidak terlalu tinggi supaya gambar tidak terlalu noisy, untuk aperture pulak, aku rasa gunakan serendah yang boleh, aku biasa guna 5" sebab belum mampu beli lens yang aperture lagi rendah. Mungkin hasil dia berbeza sikit kalau guna 2.8" or lower. Untuk external flash, aku nasihatkan untuk guna level around 1/4 or 1/8, try and error dengan persekitaran supaya model anda tidak nampak terlalu cerah.
Langkah-langkah
- Setkan shutter kepada BULB.
- Aku nasihatkan supaya guna 2 seconds delay untak pastikan anda, model dan orang yang akan berinteraksi dengan cahaya bersedia.
- Teruskan menekan capture button sampai selesai semua lukisan cahaya.
- Gunakan mini touchlight/bunga api dan bentukkan apa sahaja bentuk atau gaya yang anda mahu.
- Sejurus selepas siap membentukkan seni cahaya, shoot external flash anda ke model.
- Nantikan hasilnya.
Aku mula tertarik dengan teknik low-light macam ni masa tengah cari idea aktiviti berfaedah nak buat dengan adik-adik saudara yang kecik-kecik hyperaktif dekat kampung masa raya eidulfitri 2009 dulu. Selepas dilantik menjadi ketua gerombolan bermain bunga api, berbekalkan kamera dan tripod sudah cukup untuk mengawal keadaan sebab semua orang akan lari-lari depan kamera.
Cuma masalahnya masa tu, disebabkan kanak-kanak riang teruja bermain bunga api sampaikan dua tiga kotak habis tak sampai beberapa minit, sikit jek yang disimpan untuk diambil gambar yang proper. Dan disebabkan bunga api itu panas dan ada percikan-percikan api, agak susah untuk membuat bentuk-bentuk cahaya berdekatan dengan model.
Dan semalam, sejurus selepas tolong ambilkan gambar untuk AJK Medik Mesir dan ada sedikit masa terluang, aku, Ilmi dan semua AJK yang terlibat malam tu naik ke balkoni rumah tingkat paling atas dan mula ber-eksperiment. Kali ni dengan light-pen saiz kecil.
Note: All credits for the beautiful light-arts should go to Shukri and zakwan.
Masalah yang timbul kali ni adalah ada sedikit kesan bayang-bayang orang yang membuat lukisan cahaya. Mungkin cara yang terbaik untuk atasi masalah ni adalah dengan membuat lukisan cahaya tidak terus dari satu tempat atau dari bahagian bawah model. Tempat gambar ini diambil memang betul-betul gelap dan yang ada hanyalah cahaya lampu dari bangunan-bangunan di belakang.
Mungkin bila ada masa, kita akan shooting lagi dan mungkin cuba untuk tidak menggunakan model tetapi membuat bentuk pokok atau haiwan dengan menggunakan lampu pelbagai warna. Boleh bayang? lampu hijau untuk daun, merah untuk bunga. Dan kalau di pantai yang ada batu-batu, boleh buat ketam-ketam sedang berjalan dan banyak lagi! the limit is the sky!
jika anda suka gambar-gambar seperti ini, dan berminat, cubalah! tak sesusah yang disangka. Bila dah mula cuba baru lepas tu jadi addicted and banyak idea-idea baru rushing dalam kepala, tinggal nak buat jek.
Percubaan yang gagal
Satu lagi cara yang kami cuba buat adalah untuk dua orang yang sama dalam satu gambar dengan expressi muka yang berlainan. Tapi setelah cuba berkali-kali, still tak menjadi. Teori pertama kami adalah model tidak berdiri cukup lama, teori kedua adalah kerana kita pancar flash dua kali, gambar menjadi lebih cerah daripada yang sepatutnya. Hasil yang dapat kami buat adalah Ilmi nampak seperti casper yang sedang bergaduh dengan split personaliti.=D.
Gambar-gambar lain yang diambil malam semalam boleh tengok dekat dengan lebih besar dan berkualiti di kosharyphotos
Footnote: Sekarang anda sudah boleh ping blogpost anda di blog ini di ruangan "wired post" yang warna hijau di bawah. Hanya ikut langkah mudah pendaftaran dan khalas. Jika anda pernah buat gambar seperti ini atau hanya sekadar ingin berkongsi post anda dengan pembaca blog ini, adalah teramat dipersilakan. (InsyaAllah nanti aku akan buat review berkenaan aplikasi pselanoid tu). kalau ada soalan boleh tanya, aku mesti respond punya sebab exam dah habis, ini jek aku punya kerja sekarang.
Selamat mencuba!