Monday, October 13, 2014

Antologi Cerpen Biohazard: Akan Datang!

Selepas berhempas-pulas berguling-guling dengan semua urusan manuskrip, penerbitan, isbn, pdp dan cetakan. Akhirnya projek ni dah hampir jadi kenyataan. Simptomatik Press adalah label yang ditubuhkan dengan impian untuk bantu penulis-penulis yang mahu terbit buku sendiri. Tapi hala-tuju ni mungkin aku akan fikir lepas aku grad nanti, sekarang ni fokus aku nak ambik exam dulu.

Buku ni insyaAllah akan siap cetak hujung oktober, dan harapnya akan masuk pasaran secepat mungkin. Untuk jualan online aku akan mula uruskan mulai Mac 2015 insyaAllah.


Maklumat lanjut tentang buku ni korang boleh tengok dekat - cerpenbiohazard.wordpress.com

4 comments: