Saturday, March 29, 2014

pencinta

Duhai pencinta dunia,
indah bukan?
pandangan mempersona,
bahagia bukan?
angin menyapa,
jiwa bergetar, mahu melonjak ke sana,
seketika atau selamanya.

Duhai pencinta dunia,
berdosakah kita?
jika kita mencintai detik indah,
butir pasir yang mencorakkan madah,

berdosakah kita?
duhai pencinta dunia?

pasti indah jika kutemui pencipta dunia.
jujur memuji, indah dunia-Nya.






No comments:

Post a Comment