Wednesday, October 3, 2012

Kitalah Cyborg

Tulang kita keras, kuat. Namun boleh rapuh, patah. Jantung kita gagah. Tapi pasti akan mengalah, pecah. Tidak kira fizikal mahupun perasaan, hati kita berdaya, kalbu kita cahaya, mampu mengalas bebanan kimia dan juga persekitaran. Sebaliknya ia juga boleh putus asa, putus harapan. 

Badan kita dibina berasaskan keunikan. Sistem jantung akan berhenti, organ hati akan rosak. Tetapi ia hanya akan berlaku jika terdapat satu penghinaan kimia mahupun trauma yang dahsyat kepada badan. Contoh, cuba bunuh diri dengan menelan 40 biji paracetamol setelah ditinggalkan cinta? itu benar benar satu penghinaan, hina hati untuk proses menyah toksik. Hina Tuhan kerana menyangka diri tak disayangi-Nya.

Jika menjauhi sebarang bentuk pencelaan. Badan mampu merawat diri tanpa kita sedar. Melawan virus dan bakteria. Merawat luka hirisan pisau. Menghadam makanan sambil menyimpan nutrien penting dan tinggalkan yang lain. Meletakkan had air dalam badan, had gula dalam darah, had hormon untuk dikeluarkan. Siapa kata cyborg tidak wujud, kitalah cyborg, merawat diri yang luka, membela nasib tercela.

Itu apa yang aku belajar dalam rotasi tulang. Aku perhatikan, sakit itu tiada siapa mampu rawat selain Tuhan. Apa yang kita mampu buat adalah memanipulasi badan untuk merawat diri berasaskan sistem dan skematik ciptaan-Nya. Kita tak mampu untuk jahit tulang bila patah, kita hanya kekalkan tempat anatomi asal dan harapkan tulang bergabung semula. Benar ada ubatan kimia yang mampu mengubah hala tuju penyakit, namun ia hadir dengan harga komplikasi yang berbagai. Terbukti kini cara terbaik merawat badan adalah dengan membantu diri kita merawat diri sendiri.


Buku pasti akan habis, dakwat akan hilang, jam akan berhenti, air akan kering, panas akan redup, cahaya akan malap, empayar runtuh. Dunia pasti akan berubah, dan terus berubah. Situasi dalam badan juga tak pernah statik, ada sel mati, ada sel baru, ada sel dibunuh badan, dan ada juga sel membunuh badan.

Badan kita istimewa. Panjatkan syukur kadang-kala kita leka. Tidak ingat pada koordinasi teratur tanpa cacat, hasil inovasi Yang Maha Esa. Tuhan Pencipta Sekalian Alam. Allahu Rabbi. 

Wad Orthopedik penuh dan terpaksa menempatkan pesakit di koridor. Pakcik baju kelabu tu patah tulang kaki -nya dan ada besi yang diletak di sekeliling kaki untuk tetapkan kaki di kedudukan anatomi.

6 comments:

  1. ahaaaaaa! penulisan ini cantik. barangkali 36,24,36. HAHAHA! 'fake head' yang secara tidak langsung mengajar kita supaya bersyukur. Nice one Chai! tak sabar aku nak masuk round orthopaedic

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama text ni sangkut Bed, tak terurai apa yang nak ditulis, macam hilang dalam kepala tak jumpa jalan. Haha! kadang kadang tulah rasa macam menulis tanpa hala tuju pun ada jugak :D Thank you bro, Ortho masyuk, suka bertukang, boleh suka ortho. :)

      Delete
  2. Replies
    1. Haa nanti kotang mesti tengok jugak. dekat emergency tingkat 6. macam macam ado :D

      Delete
  3. kita suka la layout baru awak. nampak hijau. =D

    p/s: I really admire your writing. salute!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita suka la layout baru awak. nampak pink. :P

      Delete