Monday, December 19, 2011

cari jantung dan otak


Reaksi terjunan (Dive reflex); Satu reaksi yang berlaku dalam badan apabila kita terjun ke dalam air. Selepas beberapa saat, degupan jantung berkurang sebanyak 25%, aliran darah ke jejari, kemudian tangan dan kaki mula dialihkan hanya kepada jantung dan otak. Dengan demikian, badan berupaya mengadaptasikan diri kepada persekitaran, kurang oksigen digunakan oleh badan, supaya jantung dan otak dapat diselamatkan. Itu kekuatan badan kita, yang mampu mengadaptasi persekitaran, tanpa sebarang arahan.

Power gila kan?

Tapi malangnya, dalam kehidupan seharian, badan kita tidak mampu melakukan satu proses adaptasi yang mampu mengubah kelakuan kita untuk sejajar dengan persekitaran hidup. Contoh terbaik, peperiksaan akhir semester tinggal lagi 30 hari, namun badan masih belum mampu mengubah tabiat tangguh-menangguh, malas dan menyedihkan. Tiada reaksi kimia dan hormon dalam badan yang mampu menghilangkan persekitaran malas dan tangguh-menangguh.

kan bagus kalau ada pil semangat ke, pil rajin ke. 

Namun, kita perlu ambil iktibar dari kebijakan badan kita sendiri. Apabila keadaan mula berubah, kita perlu pentingkan apa yang lebih penting. Sesungguhnya perkara tersebut sangatlah penting. Tanpa jantung dan otak, kita tidak mampu hidup, tanpa tangan atau kaki, kita masih mampu. Idea inilah pil rajin kita! dengan meletakkan perkara-perkara lain seperti main game Total War: Medieval 2, baca novel Game of Thrones, dan menonton video Ray William Johnson sebagai tangan dan kaki, kita hanya perlu fokuskan kepada jantung dan otak kita. Perkara yang penting. Tanpa ia, kita tak akan dapat hidup.

pahit betuul pil rajin ni!  

Tapi itulah realiti, perkara benar memang selalunya pahit. Maka carilah jantung dan otak kita. Pentingkan apa yang betul-betul penting. Bertempiaran dan meludah sana-sini hanyalah selingan yang kita boleh abaikan kerana ia tidak mendatangkan kebaikan. Balik baca buku. Cari jantung dan otak.



"3ayez eih?  -3ayez edrablou salam"

2 comments:

  1. hijau...baju haifa pun hijau...sindrom hijau??

    ReplyDelete
  2. serious aku baru perasan gelombang hijau wohh! haha.
    okey coincidence. siap tukar dah :D

    ReplyDelete