Saturday, August 27, 2011

Ramadhan belum berakhir.


Ramadhan sungguh bawa makna yang terlalu besar. Namun bila dah sampai hujung hujung ni, bila ditenung balik, macam tak cukup ja usaha, macam tak khusyuk ja terawikh, macam tak bersih ja hati masa puasa. Macam tak berserdehana ja masa buka puasa, siap makan kambing golek tak ingat dunia. Hish.

Kita dah sampai simpang 27. Kedai cina jual bunga dekat dengan rumah pun dah mula pasang lagu raya, apatah lagi mydin dan econsave. Kita dah mula teruja nak raya. Aku dah teruja nak raya. Baju raya tak beli lagi, jalan TAR confirm pack gila. Tak apalah, beli baju raya dekat tesco, bukan susah. Tengok, dah nak masuk simpang jalan mati untuk Ramadhan kali ni pun aku fikir pasal baju raya kuih raya nak cari resepi cornflakes madu chocolate lah. Mana pergi semangat nak bangun pagi sebelum sahur kejut warga rumah. Hish.

Aku sedar tahap lalai aku kali ni serupa macam tahun tahun lepas. Tapi sekurang kurangnya panggilan kejutan wake-up call kali ni hadir sebelum tamatnya Ramadhan. Rakan-rakan seperjuangan aku pun dah mula ajak berbakti, menyumbang apa yang ada, terdaya, di kala Ramadhan berbaki beberapa hari lagi. Dan antara usaha aku nak menyumbang, aku ajak korang korang korang semua sekali, alright?


Aku terpaksa assume yang kepala korang lebih kurang fikir macam aku, bila scroll post ni, tengok tengok je tak baca. Aku biasa buat macam tu, then last last, lupa tertangguh habis hilang lupa. Semua maklumat program ni ada di blog rasmi medic mesir, tapi aku akan quote-kan maklumat penting di sini. Dan, pentingnya bila dah baca, perlu bertindak sekarang juga, SEKARANG, hah dah all caps rage. Kerana program ni disasarkan tamat 27 Ramadhan, yaitu. erm. Hari ni. Jadi jangan tangguh tangguh. 
  
InshaAllah, JOM! Kasih Ramahan 2.0 mensasarkan kutipan dana sebanyak 130,000LE dan jangkamasa kutipan adalah 5 hari (bermula dari 23 sehingga 27 Ramadhan sahaja!.)
Kemana kutipan 130,000LE akan disumbangkan?
1. 50,000LE Sumbangan ke Islamic Relief, Mesir untuk tujuan pembinaan rumah anak2 Mesir yang termasuk 'anak2 yatim, miskin, serba kekurangan dan keupayaan diri' di Helwan, Cairo.
2. 46000 LE untuk Program Kasih eShrin.
Kasih eShrin (20) adalah sumbangan pak makanan Ramadhan kepada 50 keluarga miskin di Malaysia (10 buah negeri) dan 120 keluarga Miskin di Mesir (lokasi di Tanta).
3. 20,000LE untutk sumbangan ke Somalia Refugee Camp.
4. 4000LE untuk sumbangan 800 Mushaf Quran ke Ghana.
5. 10000LE untuk program komuniti dan pemeriksaan kesihatan bersama Orang Asli CAmeron Highland.
Bagaimana menyumbang?
LANGKAH PERTAMA: PLEDGE atau NIAT Sumbangan ANDA sekarang!Sila PLEDGE diborang yang disediakan, anda boleh menyampaikannya kemudian kepada wakil2 JOM! Kasih Ramadhan atau memasukkan didalam bank kemudian. Pastikan PLEDGE dan NIAT anda dilakukan semasa anda berada didalam Zon Ramadhan! LINK BORANG 'PLEDGE atau NIAT'
LANGKAH KEDUA: PEMBAYARANDi Malaysia : Masukkan ke akaun 'Mansoura Consultancy' - Maybank - 512802511290
Di Mesir : Sampaikan terus ke wakil2 muhafazah
Apa yang perlu anda buat setelah bayaran dibuat (samada di Mesir atau Malaysia)Maklum secara email slip atau sumbangan ke Zakwan Ilias (mansoura.medicmesir@yahoo.com) +60148635694
Segala pertanyaan, sila berhubung dengan :Pengarah (Malaysia) : Aiman Jusri ~+60133746393
Timbalan Pengarah (diMesir): Azizul Hakim Mahdi ~ +20142970299
Sekretariat program: Zahida ~ +60173947297
Segala perbicangan mengenai perkembangan JOM! Kasih Ramadhan 2.0, sila hadirkan diri anda ke FB group ini ! http://www.facebook.com/groups/166266350089841/ 
Anda juga boleh mendapat makluman terkini dari blog dibawah:
http://www.journeyofmedichood.blogspot.com/ http://www.tantamedicmesir.blogspot.com/

Aku tahu, mesti rasa macam dah tak sempat kan. Tapi tak tak, gerak sekarang, klik sekarang, share link link tu dekat facebook sekarang, cakap dekat mak ayah abah nenek atuk adik. Tweet link ni sekarang. Mana tahu dalam kita tengah maklumkan kenalan, ada yang tergerak nak menyumbang. Alhamdulillah. 


28hb ni insyaAllah akan join sekali program ke rumah saudara saudara kita yang miskin. InsyaAllah, aku follow-up kan laporan.

Selamat beribadah dia akhir akhir Ramadhan!

No comments:

Post a Comment