Friday, January 25, 2013

Pengat labu


Pengat labu merupakan satu ekstasi buat lidah aku. Entah mengapa sejak mula digelar dewasa aku punya tempat khas dalam hatiku buat makanan-makanan yang digelar, erm, tradisional? hah, ubi keledek rebus bersama kelapa parut juga dalam senarai teratas.

Tapi mungkin juga kerana, bila diri mula berfikir, tempat khas dalam hati aku itu bukannya datang dari enaknya rasa, namun ia datang dari si pembuatnya; mak.

Dua hari lepas, aku nampak sesuatu yang warnanya seperti labu semasa di pasar, aku terus sambar tanpa fikir betul atau tidak ia adalah labu. Kerana labu bukan makanan ruji yang kita biasakan untuk makan di sini. 

Pulang. Aku rebuskan dalam periuk. Aku google translate perkataan pada label harga untuk pastikan ia benar-benar labu bukan hanya keturunannya. Ya! betul tak salah! apa lagi, terus kembali ke ensiklopedia maya mencari resipi. Santan dicurah. Gula melaka di baling. Aku tambah itu ini ikut suka asalkan punya rasa yang sama seperti mak punya.

Panas berasap, rasa sudah hampir. Aku cedok ke dalam mangkuk dan aku suapkan ke dalam mulut aku yang memanggil, lidah aku teriak keriangan walau melecur. Apa lagi, ambil gambar dan terus hantar pada mak, tak kisah di tanah air sudah lewat malam. Hah, waktu begini aku bersyukur pada teknologi.

“Mak! pengat labu in the house!”

“Ermm, sedapnya! abang yang buat?”

“Mestilah mak, tengoklah anak siapa. tapi tak ada sagu lah mak, tak best”

“Tak apa, asalkan sedap. Sedap tak?”

“Mestilah sedap mak, tapi mana boleh lawan mak punya”

Aku terbayang bibir mak mengukir senyuman.

Naman pada malam tu, aku menyesal aku tak beritahu mak sesuatu. Kalau boleh undur semula pada saat itu, aku akan katakan;

“Abang buat pengat ni, sebab abang rindu mak”



Thursday, January 24, 2013

lorong kecil

Berjalan perlahan menyusuri lorong-lorong kecil, mencetus enigma, walau asing namun aku punya rasa selesa, seperti di sinilah di mana aku mahu habiskan sisa hidup jika masih bernyawa.

Lorong-lorong pintu mahligai kecil yang membentuk anak-anak sungai yang mungkin hanya pandangan harian buat penghuni merupakan sesuatu yang indah buat aku. Naik turun bukit kecil sepanjang jalan tidak langsung dicemari toksik pandangan, disirami bayu dingin menghembus muka meresap ke dalam liang-liang roma membuatkan aku berdilusi; inilah tanah air ku. Sebahagian dari ku tertanam di sini. Mungkin pokoknya sudah mati namun akarnya masih kekal di tanah, diselimut pandangan moden rakyat dan hanya disedari oleh penghuni sejarah, namun masih kuat mencengkam, hanya menanti masa untuk tumbuh semula.

Laluan lorong-lorong kecil itu tiada tamatnya jika kamu mahu, usah jalan ke arah cahaya terang di hadapan, teruskan ambil selekoh ke jalan baru, teruskan. Kamu pasti kekal dalam euphoria ketenangan yang tidak mungkin kau jumpa di tempat lain.

Namun sampai bila?

Aku berjalan ke arah jalan besar menuju destinasi sebenar. Cukup sudah bermimpi di lorong kecil. Cukup.

Toledo; Januari 2012.

*Ya, aku rindu andalucia. 

Monday, January 21, 2013

statik

Kamu tahu,
bila suasana di luar dingin dan kamu dalam balutan kepompong,
meletakkan satu sempadan antara dunia realiti dan dunia kamu,
di mana dunia kamu selesa, hangat, tenteram.
Tak mungkin mahu celik,
gerak walau getaran otot.

Aku tahu.

Itu namanya dunia selesa.
Dunia statik.

Friday, January 18, 2013

Tukul strawberry

Apa yang dah jadi, kita tutup buku. Simpan dalam almari. Moga tak perlu diungkap kembali. Selain ilmu-ilmu ketuk lutut orang tu lah moga tak hilang sampai bila-bila sebab nanti perlu untuk kerja.

Banyak pengalaman baru dari rotation kali ni, dan aku selalu fikir nak tulis semula lepas tamat musim ujian. Tapi bila fikir balik, tak perlulah. Tak perlu buka pekung di dada. Okey aku bagi contoh salah satu cerita; bila tiba di station OSCE bone x-ray, bak kata orang kita kena yakin bila jawab soalan. Jadinya aku dengan yakin bagi komen x-ray; this is a bone x-ray, AP view with good quality of an adult showing the ankle joint. Mahu terbeliak Dr. Fahmy masa tu, kemudian dia suruh baca balik soalan yang jelas dan nyata tulis fracture of the distal radius. Hah yakin lah sangat sampaikan x-ray tangan jadi x-ray kaki. Tapi dia faham aku gemuruh. Boleh juga jawab walau tak sempurna. Yakin dan gemuruh bukan satu kombinasi yang stabil. Sungguh.

Tu baru satu, lagi sembilan tak perlulah cerita.


Senjata semasa ujian. Tak apa lah bentuk strawberry boleh guna untuk budak-budak nanti. Ini je yang ada last minute beli. Tak macho langsung.

Kita selalu sebut, pesakit adalah guru terbaik. Pak cik di bawah ni memang guru terbaik secara literal. Dia tahu serba serbi tentang penyakit dia dan setiap symptom and signs lebih dari budak medik. Nanti aku nak juga ada pesakit yang handal macam ni, ajar dia semua benda dan bila tiba waktu kelas aku suruh dia saja yang ajar. Aku duduk di tepi minum kopi gaya doktor Mesir.

 

Maka tamatlah semester 9. Kau tu dah nak grad, dah ada kesedaran belum?

Monday, January 14, 2013

Rojak otak

Choose the best answer;

A) Pulse IV steroids
B) Physiotherapy and gait training
C) Surgical treatment
D) Radiotherapy
E) Traction

199. Male patient complaining of tender back. Diagnosed L4/L5 prolapse. No neurological deficit.
200. Old female with diabetes, hypertension controlled. Complaining of left sided weakness and spasticity.

What the? what the? aku tak tahulah mungkin aku yang bangang study tak cukup ke tapi what the lah. Masa baca soalan ni aku tak boleh compute yang ni semua soalan rehabilitation. Aku pun pelik apahal lah ada pulse steroid ni bukan untuk SLE ke? apahal lah ada neurology punya symptom dekat soalan section rheumato ni. And memang aku tak tahulah traction tu ada dalam lines of conservative treatment disc prolapse, dah nama lama dia spinal decompression therapy aku ingatkan ortho punya external fixation je ada traction, lagipun traction ni duduk dalam second last lines of treatment dalam buku memang aku tak focus lah. Dah aku pergi jawab surgical treatment untuk mak cik diabetes aku ingat nak kena settle brain dia dulu ke. Apalah. Apalah.

Ni baru soalan dua yang last. Belum yang depan-depan ada Moya Moya disease Creutsfeldt-jakob apa entah disease dalam pilihan answers aku bila tengok disease tak tahu ni memang aku letak tepi siap-siap dah. Apalah. Apalah.

Apalah. Apalah.

Esok essay, tengoklah mesti ada kisah macam ni jugak. Mesti.

Apalah.

Kalau nak tengok rupa rojak otak. Buat MRI otak aku.

Sunday, January 13, 2013

Choices

Life is about making choices,

I've been making choices years ago.

Another 200 choices in two and a half hours wont hurt. Right?

They say; sometimes mixing it up is good. But mixing five specialties in one paper is not good. Not good.

Lets do this sheet! 

Otak

Bila belajar neurology ni kita banyak jumpa kenyataan yang frontal lobe otak, atau secara mudahnya bahagian otak belakang dahi kita ni banyak main peranan tentang perangai atau tindak-tanduk manusia.

Maka kalau ada pathology di bahagian depan otak, simptom selalunya berkait rapat dengan tingkah laku yang tidak normal.

Contoh; stroke atau tumor di bahagian depan otak selalu dikaitkan dengan perubahan personaliti atau simptom yang selalu disalah diagnos dengan penyakit psikatri. Mereka mungkin hadir dengan OCD atau secara mudah berubah menjadi seseorang yang bukan keluarga dan rakan kenal mereka sebelum ini.

Sini aku terfikir teori, ada kemungkinan dengan banyakkan solat dan sujud, boleh membantu dalam perubahan tingkah laku manusia, secara positif maksud aku. Kita faham dengan kedudukan sujud, besar kemungkinan kita dapat tingkatkan salur darah ke bahagian depan otak, dan kita faham otak hanya akan sihat dengan adanya glukosa dan oksigen yang dibawa darah.

Maka, hypothesis aku. Jika banyak darah disalurkan ke bahagian otak, maka otak akan lebih sihat, dan ia juga boleh meningkatkan functionality bahagian spesifik otak.

Entah. Mungkin. Dan aku yakin dah ada kajian tentang teori ni. Human behavior ni kompleks.

Distraction. Esok ada 200 MCQ. Heh.

Friday, January 11, 2013

Kejar

Aku cuba kejar kau,
Laju kau lari kan.

Aku dah naik lelah,
Udara sejuk.

Tapi kau lari makin laju,
Aku panggil pun kau tak pandang.

Tolonglah perlahan sikit, masa.
Nanti dah habis exam, kau gerak laju balik.
Takpa.


Friday, January 4, 2013

Baca

Aku duduk belek buku neuro ni,
Selang seli dengan nota rheumato,
Berat nak teliti setiap patah, setiap ayat.
Tapi aku paksa.

Teringat dulu ada habiskan novel itu ini,
Lord of The rings, Game of Thrones,
sekejap je dah boleh habis.
Tanpa paksaan.

Tapi aku letak kuota baca Quran berapa muka surat je sehari.
Itupun ada hari tinggal.
Ini, aku kena paksa buat tanpa paksaan.

Kalau boleh paksa diri cuba hafal urat kranial,
Tak kan tak boleh paksa diri cuba hafal ayat Pencipta segala urat.
Sampai bila nak tunggu tiba masa betul-betul rela.
Kena lah rela dipaksa, sebelum rela tanpa paksa.

kan?

Thursday, January 3, 2013

Duit

"Kenapa nak naikkan sewa doktor? kami duduk sini lama dah. Bukan ke kami ni dah macam anak doktor?"

"Masa berubah, kos hidup pun dah berubah anak oi. Sejak Mesir revolusi ni, kawasan ni makin maju. Tak lama lagi Mansurah ni nak sama taraf dengan Tokyo dah." kata tuan rumah dengan muka stern.

"Kalau ya pun, mana boleh naik beratus macam tu. Ni dah increment lebih 300%, Mana logik?"

"Dah nak buat macam mana, aku bukan suka-suka, tapi land value dekat sini memang dah naik. kau ingat apa, sia-sia lah aku professor of economics dekat universiti kau tu. Malu tahu kawan-kawan aku semua cakap diorang naikkan sewa untuk budak Malaysia. Mana aku nak sorok muka?"

Kami tunduk. Tak ada hujah balas.

"Lagipun, Rumah akhwat Malaysia depan ni sewa dia LE1600. Cuba banding dengan sewa korang?"

"Mak aih, 1600? hampeh punya adik-adik"

Pasrah.

Perbualan berdasarkan kisah benar.

Aduhai adik-adik. Kalau benar pun korang mampu, kami ni tak lah sangat. Kalau dah sewa tu lebih LE1300 ke, tak payahlah akad. Aduhai.

Abang nak simpan duit untuk kahwin. Tahu?

Tuesday, January 1, 2013

Baru

Jujur, kalau nak re-cap semula 2012. Hah aku tak mampu. Betul banyak benda signifikan, banyak benda berlaku. Tapi aku dah serap semua sebati dalam hidup.

Tahun bukan lagi satu tanda aras masa penting buat aku. Aku fikir, kalau tunggu tahun baru, barulah fikir nak berubah ke, kerja keras ke, nak mumtaz ke. Tak apalah. Tahun baru ke, bulan baru ke, ia tetap hari baru.

Tap-tiap hari aku pasang azam baru. Tak tertunai pun.

Hari ni macam biasa, aku azamkan dalam-dalam supaya diri aku seminit nanti lebih baik dari diri aku sekarang. To achieve a long term goal, start by fulfilling smaller ones first. Ni aku nak pesan dekat anak-anak aku nanti.

Exam saya dah dekat. Doakan saya rajin belajar. Lepas tu nak mohon doa sekali lagi, doa berjaya. Tapi yang rajin belajar tu dulu. Heh.