Thursday, March 10, 2011

"apa yang kita dah buat hari ni?"

Cuti darurat kali ini banyak membuka mata pada perkara-perkara baru. Tersedar dari kehidupan yang selama ini dilitupi selaput buih yang memisahkan diri dengan realiti dunia. Bagaimana rakyat sesebuah negara bersatu duduk berkampung dalam sejuk demi cinta mereka pada tanah air, aku pun belum tentu sanggup. Bagaimana besar ertinya mempunya sebuah tempat yang boleh dipanggil tanah air, rumah, yang selamat aman terjamin kesejahteraan, siap belanja 50 juta bawak kami balik, lepastu siap sediakan tiket balik semula lagi, sayang tak sayang rakyat dekat pelajar?. Bagaimana beruntungnya mempunyai sebuah keluarga yang sanggup membahayakan diri walaupun tahu keadaan tempat aku bukan lah masa yang sesuai untuk dilawati, datang jugak dan piramid yang ingin dilawati diganti dengan lori polis terbakar dan kereta kebal. Aku mula faham erti kehidupan, walaupun hanya merangkumi sekumit zarah dibanding dengan apa yang hidup sediakan.

Walaupun banyak masa yang dihabiskan lebih kepada membuang masa, sekurang-kurangnya masa yang terbuang tu tak sia-sia, dah boleh sedarkan aku, buat masa ni. Ada kemungkinan besar aku akan hanyut semula nanti, tapi harapnya tidak. 

Falling Off from Weldon Byrns on Vimeo.


Apa yang video ini cuba sampaikan memang tepat. "apa yang kita dah buat hari ni?" get the shot, jom usahakan sesuatu.



Tentang penulis ini: Livingkoshary wujud untuk pastikan penulisnya tidak berkeliaran di dunia nyata dengan minda psychosis miliknya. Penulis juga berkecimpung dalam paksi fotografi dan hasilnya ada di Kosharyphotos. Setiap kali lepas solat Jumaat, dia juga menulis di 100penulis, tempat yang wajib anda lawati. Penulis berpesan, banyakkan minum air kosong, dan jangan lupa baca Al-Quran.
My profiles: Twitter Blogger Blog RSS Flickr Google Buzz Tumblr WordPress Facebook Contact me: Skype/ zkushairi Y! messenger/ zkushairism00

Wednesday, March 9, 2011

"Rocky Balboa pernah berkata.."


Percaturan hidup tidak selalu membawa kita ke destinasi harapan, kadang-kala kita perlu jatuh dari gunung impian, pecah bertaburan, hanya untuk membina kekuatan untuk mendaki lebih tinggi, lebih jauh, lebih gemilang. Walaupun pendakian kita pernuh persediaan, penuh semangat, tidak semestinya kita kebal dari tiupan taufan realiti dunia. Rocky Balboa pernah berkata, "dunia ini tidak semestinya hanya cerah diterangi sinaran mentari disulami keindahan pelangi, ia akan menghentam kita terjunam ke dasar mantel bumi jika kita tak melawan". Tak pakcik Rocky tak tahu berbahasa Malaysia, itu hanya interpretasi peribadi.

Namun, seteruk mana badai menimpa, akan hadir saat ketenangan selepasya. Bumi akan diselebungi suasana yang paling gelap menandakan matahari akan muncul kemudiannya. Kita hanya perlu mengamati saat-saat yang kita hadapi, tak kira manis atau pahit, akan kita telan, dan jadikannya sebahagian dari diri kita.

Aku mula mengarut dengan tulisan tanpa hala tuju ini, adalah kerana, akhirnya buat kali yang tak dapat dikira, berjaya jugak video saat-saat aku bercuti darurat dimuat-naik ke you tube, tanpa ada masalah hak milik lagu dan sebagainya. Video ni pun tak ada hala tuju jugak. Maka hala tuju hidup harus ku cari.

Akhir sekali, buat wanita di seluruh dunia, hari ni hari anda, esok hari kami. Okey bukan, selamat hari wanita sedunia, ibu aku wanita, akak aku wanita, adik aku bakal jadi wanita, bakal isteri aku pun wanita. Ingat. anda mampu menggoncang dunia.




Tentang penulis ini: Livingkoshary wujud untuk pastikan penulisnya tidak berkeliaran di dunia nyata dengan minda psychosis miliknya. Penulis juga berkecimpung dalam paksi fotografi dan hasilnya ada di Kosharyphotos. Setiap kali lepas solat Jumaat, dia juga menulis di 100penulis, tempat yang wajib anda lawati. Penulis berpesan, banyakkan minum air kosong, dan jangan lupa baca Al-Quran.
My profiles: Twitter Blogger Blog RSS Flickr Google Buzz Tumblr WordPress Facebook Contact me: Skype/ zkushairi Y! messenger/ zkushairism00

Tuesday, March 8, 2011

"you sound just like a professional quitter dude"

I promised to write back here right after my one week jet-lag period, janji hanya tinggal abu berterbangan di udara, it accidentally exceeded another two weeks, which one week happened to be my so called adventurous seeking week, and another went to a very productive potato couch related activities, which happened after I realised that I have home-sickness disease, ya hati kental seperti aku pun punya sifat sensitif, and how I missed the art of doing nothing, home is the best place to do that you know. However, it did made me a very horrible person, I mean, virtually. In reality I'm still functioning, but in cyber world, I'm like a black sheep with a funny hat, like a chimpanzee having a diarrhoea, I was away from the crowd. Totally sorry for that. Walaupun ku sedar tiada maaf yang layak untuk ku.     

Selain alasan yang tak boleh diterima di atas, aku pun ada sedikit perjanjian dengan jiwa sendiri, kalau tak siap edit video dari semua klip-klip pendek yang direkod, selagi itulah jangan menulis, like what kind of agreement is that?, dan keadaan mula diuji dengan laluan berduri dan ribut taufan, baru ku sedar laptop sudah tak mampu untuk membuat kerja edit video. Bagai menyuruh adik kecik angkat sekotak air mineral, memang mampu tapi sampai esok belum sampai dapur, don't you dare underestimate your sister! Video yang masih lagi sedang dimuat-naikkan sekarang, how do you translate upload to Malay? I'm a bad person am I?,  merupakan klip video selama beberapa saat yang direkod di hampir semua tempat yang dilawati atas urusan rasmi dan peribadi. Jujurnya anda memang tak akan faham apa motif yang video ni bawa, because it doesn't have an objective to begin with, hanya saat-saat yang aku ingin semadikan selama aku cuti darurat yang terkejut tiba-tiba kena paksa balik ni.

And the main motivation that drives me to the keyboard, is that, I have my date for my flight back to Egypt already, kalau tak masih lagi meneruskan aktiviti kentang sofa. It came up without warning you know, without a two-weeks notice. Now I'm totally helpless, all the things that I should do before going back, not done, transferred to the next holiday checklist, if there is ever going to be a summer holiday this year that is, padan muka siapa suruh main tangguh macam nak duduk rumah tiga bulan. I'm screwed.

Harapnya video yang sedang diusahakan ni berjaya dimuat-naik ke you tube dalam kadar segera, kalau gagal kali ni, tidak akan ku teruskan lagi sebab ni dah kali ke tiga belas puluh aku cuba, you sound just like a professional quitter dude. Kalau tak naik lah video ni, aku letak je annoying orange sebagai ganti, hati dah luluh pasrah. Aku dah suruh diri sendiri untuk menulis setiap hari sampai hari yang perlu terbang, maka kita tengoklah impian tu berjaya ke tak. dream baby dream




Tentang penulis ini: Livingkoshary wujud untuk pastikan penulisnya tidak berkeliaran di dunia nyata dengan minda psychosis miliknya. Penulis juga berkecimpung dalam paksi fotografi dan hasilnya ada di Kosharyphotos. Setiap kali lepas solat Jumaat, dia juga menulis di 100penulis, tempat yang wajib anda lawati. Penulis berpesan, banyakkan minum air kosong, dan jangan lupa baca Al-Quran.
My profiles: Twitter Blogger Blog RSS Flickr Google Buzz Tumblr WordPress Facebook Contact me: Skype/ zkushairi Y! messenger/ zkushairism00