Monday, April 25, 2011

"i rather jump and fall, than never jump at all"



Aku mula sedar, hidup bukan lah satu laluan yang mudah. Untuk hidup kita harus kuat, harus bertahan, jika tidak, kita hanya akan diganti oleh orang lain yang berusaha lebih untuk hidup. Aku sedar kita tidak akan bernafas di dunia tanpa ujian, itu satu janji. Dan ujian itu akan datang dari pelbagai sudut, dalam berbagai cara. Samada dalam bentuk ombak yang membaham tebing ataupun hanya kerana satu sel badan yang membesar tanpa had hingga rosak seluruh sistem. Aku sedar aku juga punya ujian besar, lagi besar dari bersedia berjumpa bakal mertua.

Apa yang perlu kita buat jika kita jatuh? mudah jawapannya, bangun semula. Namun, adakah bangkit dari kekalahan, dari kekecewaan sesuatu yang begitu mudah. Jika kita jatuh berlumuran darah, lumpur di muka, berparut di bekas luka, adakah kita pasti kita mampu mencari kekuatan secukupnya untuk bangkit, menggunakan segala daya tenaga yang masih ada, melangkah satu demi satu, dan mula berlari lagi. Aku masih belum mampu, yang pasti, aku berbaring melinangkan air mata, meraung memanggil mama, tak pun bakal isteri.

Inspirasi tidak datang dalam satu bentuk yang jelas. Mungkin ini yang difikirkan di minda ku yang penuh bayangan dan mimpi yang tak putus putus. Aku tak mampu coretkan dalam bentuk kata kata, mungkin kerana aku takut meluahkan isi jiwa. Ini cara aku menyampaikan rasa.


Video ini dihasilkan bersama sahabat sahabat sekepala, semasa selingan beberapa hari sebelum peperiksaan rotation baru baru ini. Mulanya bila dah dapat konsep asal video hasil ilham dari orang-orang tersayang, aku batalkan niat untuk teruskan usaha tatkala takut mengganggu masa untuk ulang kaji fakta klinikal diabetes, hepatitis, IBD dan cushing's. Namun apabila lagu ini yang memang sudah dipilih sejak awal lagi berkumandang berkali kali, menusuk jiwa pula bila sampai satu rangkap yang katanya "I rather jump and fall, than never jump at all", inspirasi makan tuan namanya tu. Maka terhasil lah it's not over, sebagai salah satu penyertaan bersama beberapa lagi video yang penuh inspirasi dalam pertandingan anjuran PERUBATAN sempena bulan Medicophilic tahun ni.

Aku malu nak merayu undi, tapi jika anda rasakan video ini membawa mesej yang berguna, klik poster di atas post ni atau lagi senang, klik hena ho!, tonton video tu, dalami maksudnya, dan jika anda suka dan rasakan video ini patut disebarkan pada dunia, klik LIKE! pada video tersebut, setiap like anda adalah satu undi bernilai, setiap fikiran yang tercetus darinya, mampu mengubah laluan hidup, harapnya. Aku cuba embed video tu dari facebook ke sini, tapi banyak pula error-nya. Kalau tak muncul jugak di sini, tonton di sana dan paling penting sekali, jangan lupa like!


Aku sedar, aku hilang dari dunia maya, dan tiba tiba muncul semula minta buat macam macam pulak. Namun maaf pun rasanya sudah tak bernilai, apabila teruk bersifat kambing hitam di dunia maya. Aku cuba, aku cuba. Cuma satu yang aku minta, jika anda rasakan ada mesej bernilai pada video ini, share-kan di facebook, twit tentang nya, review kan di blog anda, sungguh memberi makna yang besar pada kami semua. Tarikh tamat undi adalah pada 27hb ini, tapi dalam masa yang sama, bukan undi sahaja yang kami kejar, tapi semangat inspirasi itu yang kami cuba sebar.


Terima kasih yang sangat tidak terhingga kepada anda yang menyokong kami. Sungguh kami terharu.


p/s: berminat dengan hero video ni? jangan segan silu, anda boleh flirt dengan beliau di sini!




      

Tentang penulis ini: Livingkoshary wujud untuk pastikan penulisnya tidak berkeliaran di dunia nyata dengan minda psychosis miliknya. Penulis juga berkecimpung dalam paksi fotografi dan hasilnya ada di Kosharyphotos. Setiap kali lepas solat Jumaat, dia juga menulis di 100penulis, tempat yang wajib anda lawati. Penulis berpesan, banyakkan minum air kosong, dan jangan lupa baca Al-Quran.

My profiles: Twitter Blogger Blog RSS Flickr Google Buzz Tumblr WordPress Facebook Contact me: Skype/ zkushairi Y! messenger/ zkushairism00

7 comments:

  1. nice nice.ko guna kamera apa ni weh?

    ReplyDelete
  2. dah pergi tolong like. like dalam hati juga. ;)

    ReplyDelete
  3. lame gile xupdate blog ? hehe btw awesome vid , mira dh like , keep it up ! ;D

    ReplyDelete
  4. @sizuka
    guna sony alpha a55, and then pinjam housemate punya lens, tak mampu lagi nak beli lens power macam tuu. hehe. and thank you yeh =)

    @finasoph
    thank you finaa, im glad you liked it, literally hitting the button, but paling bermakna untuk kitorang, yang by heart tu =)

    @amira
    shukron mira =) itulah, ter-sibuk pulak lately. insyaAllah nanti cuba cuba update banyak lagi, selalu je teringin tapi last last pengsan. hehe.

    ReplyDelete
  5. Video menarik. Ada bakat jadi producer. tahniah.

    ReplyDelete
  6. nice video..=))

    btw, guna software apa untuk edit this video ek?

    ReplyDelete
  7. @widurifarhana
    sorry lambat sikit reply, examss :D
    editing ni guna imovie09, dia cepat, mudah dan tangkas. hehe.

    ReplyDelete