Saturday, October 23, 2010

"haaa atuk buat nenek nangis!"

Bila fikirkan perjalanan kerjaya, takut sebenarnya. Keupayaan klinikal tu satu hal, nak puaskan hati patient pun satu hal, dan bila masuk bab menyaksikan sendiri takdir ajal ketentuan Allah, lagilah. Cukup besar peringatan depan mata. Mungkin peristiwa peribadi terdahulu banyak mengajar tentang erti redha, erti 'let go' itu sendiri. Bermula dari kehilangan Tok ki, sampailah sahabat sebelah katil di asrama masa di Jenan dulu.

Masa di hospital klang dulu, rajin juga bersembang-sembang dengan patient, mungkin sebab bila masuk waktu tengahari dah tak banyak benda yang boleh aku nak pergi menyibuk. Mula bersembang dengan sorang pak cik ni, memang usia atuk aku pun. Sebab klinikal agak complicated, jadi kita skip part tuh. Cuma yang perlu kita tahu, ada liver dysfunction jadi clotting mechanism agak terganggu, menyebabkan lengan pak cik ni lebam biru, teruk. Sampaikan perlu ditampal notis dekat tangan tu "do not take blood from this arm, please".

Nak dijadikan cerita, satu hari ni, isteri pak cik tu pun ada bersama. Sweet bila tengok couple ni. Memang cinta hingga ke akhir hayat. Mak cik ni pulak ada isu dementia, nyanyuk. Yang dia ingat adalah pak cik tu suami dia, dan anaknya ada di banting, on the way ke hospital. Tiga kali aku datang bersembang, tiga kali topik yang sama.

Jadi bila mula bercerita, pak cik luahkan perasaan yang malam semalam, ada doktor cuba ambil darah, "cucuk-cucuk tak dapat, dia cucuk lagi" katanya. Memang la susah, tangannya memang lebam biru. Tibatiba nenek tepuk paha atuk, lemah. Suara mula bergetar, menangis, "janganlah marah doktor, kan diorang nak tolong" sambil terduduk menangis. Dalam masa yang sama, ada akak staff nurse sedang memberi ubat, "haa atuk buat nenek nangis!", tergelak aku. Memang tak kena tempat, tapi bagus akak staff nurse ceriakan keadaan, kalau tak mahu terkedu aku nak pujuk nenek.

Atuk terus cakap dekat aku, "kamu ni pelajar kan, belajar elok-elok, jadi doktor yang bagus". Aku angguk sambil tersenyum. Sembang sikit lagi dan aku tinggalkan mereka, biarkan mereka berdua bersembang pulak, aku ni asyik datang menyibuk jek.

Esok pagi, bila datang semula ke wad. Tercari-cari juga mana atuk tu pergi, aku fikir mungkin dah pindah wad, atau pindah katil. Memang dekat general hospital berubah-ubah tempat patient, ikut tahap kritikal kalau tak silap. Jadi aku ikut rutin wad seperti biasa. Cuma tengahari tu, bersembang dengan houseman dan nurse, ye asyik bersembang jek aku ni. Baru tahu yang atuk semalam. Dah meninggal.(Innalillahi wa innalillahi ruji'un) Terkedu jugak kejap. Tapi control muka sebab ada student nurse dekat situ. Memang ego tahap takde kaitan. 

Aku senang attached dengan patient, tu belum treat diorang lagi. Nanti entah macam mana. Mungkin dengan sibuk dan banyak kerja akan distract dari semua tu, tengok houseman and doctors lain macam pasrah biasa jek. Patient case PBL minggu ni pun buat aku sedih, yela sebab sebelum ni walaupun orang dalam case yang kita belajar tu tak wujud, tapi aku bayang bayang jugak diorang tu macam kita punya real patient, siap fikir macam mana nak tolong dia hadapi alcoholism semua. Tapi kali ni, first time, imaginary patient mati sebab cancer. Sedih sedih. 

Ini semangat nak pergi run for cure, run for cancer esok ni.

Dulu ada cita-cita nak kahwin dengan arab badwi
Dia boleh pulak nak buat dekat perkarangan giza kan, nak bagi unik kot. Atau memang dah takde tempat lain dah nak buat sebab sekali tutup jalan entah boleh mengamuk riot bandar cairo tuh. Walaupun banyak cabaran nak sertai sekali aktiviti ni, kita harung juga. Semoga bertemu kembali kotak batu segi tiga, akan ku cari robot transformer yang tersorok tuh. Laporan larian akan ku coretkan.

Kerana larian kanser, aku sanggup pakai baju pink. sanggup.

Saturday, October 9, 2010

"100 penulis mampu mengubah hidup anda"

Kalau ikutkan masa bersekolah agama di Al-Ainani dulu, perkara yang memang aku kejar sini-sana tanpa jemu selain kawan-kawan perempuan dan pakcik ais krim yang naik motor sambil pasang lagu matkool adalah angka seratus. Mungkin kerana angka seratus agak mustahil nak dapat dalam matematik di sekolah kebangsaan, tatkala otak mungkin diciptakan untuk perkara lain, apatah lagi sains dan penulisan, kalau dah pendidikan seni pun suruh mak yang buatkan. 

Namun di sekolah agama, aku kejar angka seratus. Mungkin kerana ingin tampil di hadapan ustazah sebagai pelajar yang berkaliber. Manakan tidak bermotivasi begitu, kanak-kanak pun boleh jatuh hati pada ustazah kan? Walaupun sekarang ni nak ingat muka ustazah masa tu pun susah, tapi tersorok dalam jiwa raga aku tahu memang aku rajin hafal ayat hafazan, hafal hukum fiqh, hafal tarikh sirah, hafal fakta tauhid sebab jatuh hati dekat ustazah. Apakan daya jiwa kanak-kanak masih belum kenal erti belajar kerana Allah, namun ada juga baiknya.

Tapi bila dah meningkat tua macam sekarang ni, angka seratus dah tak dapat dikejar. Mungin kerana belum berjumpa dengan ustazah baru.=). Mungkin. Namun bila hidup makin lama, persepsi dunia melihat pencapaian lebih jauh dari angka seratus. Seratus tidak lagi digunakan sebagai identiti diri, wajah luaran personaliti.

Angka seratus memang penuh nostalgia, dan mungkin ini kebetulan yang tiada kaitan sama sekali. Namun ia mampu berikan tujuan hidup yang lebih bermakna dari mengejar angka seratus dalam ujian, mengejar tempat di hati ustazah. Angka seratus ini tidak hanya melambangkan satu identiti, tapi bermacam ragam warna warni.


Seratus penulis merupakan tempat untuk bertemu, berkongsi, berbincang dan yang paling penting sekali, memberikan rasa 'sense of belonging' kepada editor dan juga pembaca. Teringat fakta presentation lecture minggu lepas yang kata antara cara untuk meningkatkan kualiti hidup adalah untuk wujudkan rasa mempunyai dan dipunyai. Boleh marah jugak orang dewan bahasa main guna perkataan tanpa rujuk kamus dewan ni. Tapi itulah fakta. Sama seperti yang tertulis di dahi manusia yang ingin menyayangi dan disayangi. okey takde kaitan.

Sehingga kini, 80 identiti warna warni telah mula mencoret di sana. Jika anda berminat! seratus penulis masih lagi mencari ahli keluarga baru, semua yang perlu anda tahu ada di post pengenalan, (http://www.100penulis.com/2010/08/pengenalan.html).

Apa yang tersurat dan jauh dari yang tersirat adalah, seratus penulis memang mampu mengubah hidup anda. 

Sunday, October 3, 2010

"pek rendang ajaib tu ada lagi?"

Tiga perkara yang perlu dihargai sebelum meninggalkan tanah tumpah darah.

Makanan
Baru tadi menikmati open house yang terakhir untuk sesi pulang ke rumah kali ni, asli buatan Malaysia sempena saki-baki Aidilfitri yang masih ada. Tuan rumah pula sedap juga mulut cakap, "ha tambah lagi laksa tu nanti dah balik sana makan laksa guna spaghetti aje". Makanan memang akan jadi topik perbualan dengan rakan senasib dari mula jejak kaki di tanah orang sampai jejak kaki balik di tanah sendiri. "ish aku teringat nak makan nasi lemak la, jom buat nasi lemak". "ish aku teringin nak makan rendang la, pek rendang ajaib tu ada lagi?". "ish teh tarik aku buat tak rasa macam teh tarik mamak la". Siap pagi-pagi jumaat sanggup terjah udara sejuk semata-mata nak pergi makan roti canai buatan kawan di kedai, secara peribadi, bukan nak cari roti canai sangat, cuma nak cari suasana makan roti canai tu. Rasanya memang betul, masaklah rendang ajaib sesedap mana pun dekat sana (sini), masih ada missing factor, suasana. Tapi bila dah masuk bab makanan, kita redah tak ingat dunia juga. Jadi selamat tinggal suasana makan makanan di tanah sendiri.

Okeylah rendang tak ada kami balon firakh masywi (ayam panggang)

Hujan
Sejak akhir-akhir nak balik ni, memang hari-hari hujan. Teringat perasaan suka hati sampai tak tahan jiwa nak menanggungnya bila hujan mula turun dekat Mansoura semester lepas. Lima minit saja pun. Tak sama dengan hujan pagi tadi turun lebat sampai menyorok ikan koi dekat kolam luar rumah tu takut melimpah keluar ikut arus air hujan. Hujan itu rahmat. Bila duduk di tanah yang hujan tak sampai beberapa baldi setahun baru sedar hujan itu rahmat. Duduk termenung dekat luar rumah bila hujan lebat turun dah mula jadi hobi utama bila balik rumah sampai ayun mula kata angah dah jadi orang tua lama termenung sorang-sorang. Aku suka suasana hujan, sama macam suasana makan. Hujan dan makan, kombinasi terbaik.

Keluarga
Bila dah sampai saat-saat terakhir macam ni, baru mula ada rasa macam ada hurtburn sikit sikit. Kalau nak treat simptom, makan lah antacid tapi aku tahu ini bukan masalah asid perut. Tiba-tiba teringat siapa nak tekan belakang ayun bila dia sakit belakang, siapa nak kacau baby bila aku takde, siapa nak tolong mak ambil barang tinggi-tinggi dekat kabinet bila aku dah balik, siapa nak tolong angkat meja almari pasu untuk ayah bila aku takde dekat rumah. Teringat benda macam ni, terbayang suasana bila buat benda-benda tu, memang buat aku hurtburn. okeylah mengaku bukan hurtburn, homesick sikit sikit. Bila homesick kan rasa macam hurtburn, jadi makanlah Gaviscon bila homesick. Alamak mesir tak jual Gaviscon. Habislah homesick.

Maaf
Kepada semua rakan pembaca dan blogger. Maaf kerana widget komen ni kadang-kadang hilang tak tentu pasal, terima kasih pada anda kerana memaklumkan. Akan di betulkan segera, mungkin lagi mudah guna balik komen blogger, mudah tangkas dan berwibawa. (apa kata anda?) Bila dah settle down belajar ikut jadual internet pun dah register balik akan didahulukan perkara ni, suasana di sini tak sama tanpa anda semua. Akan kembali aktif dengan lawat rumah(blog) anda walaupun raya dah habis dan juga di 100 penulis semula bila proses migrasi dah selesai.

Mesej dari lagu ini buat tiga suasana yang akan ditinggalkan, dan anda.